13 February 2014

Wanita hina Sultan Selangor ditahan

Assalamualaikum....

Zaman sekarang nie...kalau tak suka orang atasan atau Sultan pasti membuat status kat Facebookkan....Almaklumlah zaman dah canggih...

PETIKAN antara kata-kata yang menghina Sultan Selangor dilakukan Josephine Mary di dalam laman sosial Facebooknya.
SHAH ALAM 12 Feb. - Seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung status Facebooknya yang mengandungi hasutan, cacian dan fitnah melampau terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Wanita berusia 27 tahun yang dipercayai pemilik akaun Facebook dengan nama Josephine Mary itu ditahan di rumahnya di Kajang, Hulu Langat dekat sini pada kira-kira pukul 1 pagi ini.
Dia kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk diambil keterangan dan dibebaskan pada sebelah petang dengan jaminan polis
Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita berkenaan.
Semalam pegawai pengiring kepada Sultan Selangor, Asisten Supritendan Ahmad Rohisham Ahmad membuat laporan di Balai Polis Seksyen 6 di sini terhadap sebuah blog yang menyiarkan pautan Facebook mengandungi hasutan, cacian serta fitnah melampau terhadap baginda.
Laporan itu dibuat Ahmad Rohisham selepas mendapat perkenan baginda.


8 comments:

  1. assalamualaikum rose...susah juga kalau ada yg mcm ni...;)

    ReplyDelete
  2. tiap negara kan ada undang2nya sendiri, kalu tak blh nk hormat undang2 negara tuh... sile lah pindah negara lain... yg se agama ngn sekaum kan lebih mudah... kite hidup rukun damai skrg nih naper nk jdkn pecah belah... alahai

    ReplyDelete
  3. Apalah yang dia jadi kurang ajar macam tu. Kalau kat Selangor Sultan yang paling tertinggi. Kalau tak suke tepuk dada tanye selera. Mohon Sultan jangan benarkan dia tinggal di Selangor lagi.

    ReplyDelete
  4. salam. itu yang payahnya bila suka hati komen itu ini..post itu ini..
    tak pasal pasal kena tangkap

    ReplyDelete
  5. melampau2kan skrang ni..tak hormat negara...!

    ReplyDelete
  6. itulah.. buat apa xnk pikir dulu... x psl2 jer terkena btg idong sendiri blk...

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠