24 February 2014

Rasanya Berbaloi Tak Pergi Zoo Negara?

Assalamualaikum...


Aku nak jawab pertanyaan Syasya..berbaloi tak pergi Zoo Negara...Emmm aku malas nak komplen lebih2...Aku ada terbaca satu blog pasal Zoo Negara Nie...mengatakan harga tiket mahal dan tidak berbaloi...Korang baca ler....hihihi


Harga tiket RM30 memasuki Zoo Negara dianggap mahal

KUALA LUMPUR: Kebanyakan rakyat Malaysia merasakan bahawa harga tiket sebanyak RM30 yang dikenakan kepada pengunjung Zoo Negara adalah agak mahal.

Tinjauan pandangan dan undianyang dilakukan oleh laman sesawang Astroawani.com mendapati 73.97 peratus orang tidak bersetuju untuk membelanjakan sebanyak RM30 untuk berkunjung ke Zoo Negara kerana merasakannya tidak berbaloi.

Daripada jumlah tersebut, 18.56 peratus pula bersetuju dengan jumlah RM30 yang dikenakan kepada pengunjung itu manakala 7.46 peratus pula, hanya bersetuju untuk membelanjakan jumlah tersebut seandainya Zoo Negara mempunyai tarikan binatang seperti panda.

Zoo Negara

Menerusi laman Facebook Astro AWANI pula, ada yang mencadangkan bahawa harga tiket sepatutnya mengikut hari atau kadar kemasukan pengunjung seperti yang dicadangkan oleh Mansor Ibrahim.

“Harga patut mengikut permintaan, murah hari biasa dan mahal hujung minggu dan cuti awam, cuti sekolah, beri 20 peratus diskaun bagi yang datang balik dalam tiga bulan dengan membawa tiket lama. Kurangkan harga 30 peratus bagi yang membeli lebih dari 10 tiket atau kumpulan melalui bas pelancung. Warga emas, OKU 50 peratus diskaun”.

Selain itu, Muhammad Hazeeq pula merasakan harga tiket sebanyak RM30 itu adalah mahal dan membantutkan rancangan keluarga untuk beriadah bersama.

“Zoo tempat yang bagus untuk beriadah bersama keluarga....tapi caj yang mahal mungkin membantutkan rancangan keluarga tatkala harga barangan semakin naik”.

Rosmizan Roselin pula membidas amalan rakyat Malaysia yang terlalu kedekut untuk mengeluarkan duit seperti membuat sumbangan kepada zoo namun masih lagi mahu meminta diberi pengurangan dari segi harga tiket itu.

“Kalau nak murah bagi la sumbangan. Bukan senang nak murah nak jaga haiwan2 tu semua. Cakap memang senang tetapi berapa banyak syarikat korporat yang menaja haiwan-haiwan itu. Nak harapkan Zoo Negara memang tidak mampu. Sedih tengok orang Malaysia semakin kedekut hendak keluar duit tapi tak malu dan tidak segan silu nak minta duit dari orang lain. Takut nanti dari ada sedikit terus tidak ada langsung. Bersyukurlah dan banyakanlah memberi dari meminta-minta. Mudah-mudahan rezeki lebih murah. Katawhat u give u get back, karma lah tetapi yang ini kedekut pulak.”

Selain itu, pengguna Twitter pula ada yang bersetuju dengan harga RM30 itu sebagai harga tiket masuk namun dengan syarat, pengurusan Zoo Negara perlu berusaha meningkatkan kemudahan zoo itu supaya bertambah baik.

Malah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya juga pernah 'tweet' mengenai harga tiket Zoo Negara yang dianggap mahal pada 13 Oktober lalu.


Hari tue...kitaorang masuk dapat harga murah sikit....You all bayangkan my famili seramai 5 orang...dewasa harga tiket satu rm 30.00...kanak2 rm 20.00 kot...ingat2 lupa...you all kiralah...total berapa...kalau beli makanan kat dalam mahal tau....

Waktu kitaorang ronda2 Zoo tue...pihak Zoo sedang renovate tempat panda...memang besar tempatnya....belum siap lagi....Yang aku tak puas hati nak kasi makan gajah pun kena bayar hihihi...kesian gajah2 tue...

Okey Itu Ajer...Terima Kasih

21 comments:

  1. dah lama tak menjejakkan kaki ke Zoo Negara tu sebenarnya kak, tak pasti apa yang telah dinaiktaraf atau diubahsuai untuk menjadi tarikan sampaikan harga tiket melambung macam tu, kalau naik sebab penambahbaikan baguslah tapi kalau tidak, macam tak berbaloi jer...

    ReplyDelete
  2. Pendapat masing2..duit keluar pun masing2..kalau mahal tapi berbaloi tak pe ..tapi kalau mahal tak puas hati tu yang duk bising..kaksura last pergi 2012..masa pergi yg last ni rasa tak puas hati...

    ReplyDelete
  3. hmm tu lah.zoo skrg x mcm dulu.bila lah dorg nk upgrade zoo zoo ni kan =)

    ReplyDelete
  4. harap yang terbaik..taklah nanti orang mengata..

    ReplyDelete
  5. teringin nak bawak Amir pergi Zoo...tapi belum sempat lagi...insya Allah, one fine day...^_^

    ReplyDelete
  6. mmg x berbaloi lah.. walaupun dkt jer tp dah lama x ke sana sbb faktor rege mahal la kak.. hihi... sepatutunya kurangkan la sikit rege.. kesian bebudak yg nk tgk binatang..

    ReplyDelete
  7. sebab tu mcm dah lama je x g zoo... heheeh

    ReplyDelete
  8. bagi saya ok la rm30 bukan tiap-tiap hari pergi,
    lagi pun bukan senang nak jaga binatang2 ni kan :)

    ReplyDelete
  9. tu dia dah naik rm30 dulu saya masuk 20++ je.. sebenarnya untuk bawak anak2 jenjalan berbaloi gak..dan leh gak sumbangkan keperluan hewan2 kat zoo tu..tapi saya suka tengok live show dia..

    ReplyDelete
  10. lama beno tak singgah sini ehh, blog pon dah tuka wajah lorrr..sihat ke kak rose??

    ReplyDelete
  11. Solehah xpenah g sini. Jd xtau nk komen pe. Sll g zoo Taiping je :)

    ReplyDelete
  12. Akak last pi zoo negara masa akak darjah 6..umur 12 thn. Skang akak dh nak masuk 39 tahun dan anak sulung akak dah 18 tahun, huhu. Tak penah bawak anak2 masuk zoo negara ni mgkn sbb kat Taiping pun ada zoo dan bayaran lebih murah dari zoo negara dan ada harga istimewa pulak utk penduduk Taiping dgn syarat alamat kat ic alamat taiping laa.
    Tp mmg ada betulnya laa...haiwan2 ni makanan dorang bkn murah2 dh. Pisang sekilo pun dh berapa RM skang ni. Ayam pun...kan. Lain laa kalo lemak2 ayam tu...mgkn dorang leh amek dari tempat proses penyembelihan ayam. Tu lom campur ngan makanan2 haiwan lain....Rimau sekor kenyang ke makan ayam sekor sehari...kan..hmm. Skang ni mmg syarikat korporat pun susah nak sponsor utk zoo ni sbb takde kepentingan kot ngan bisnes dorang. Susah kan...harga tiket zoo mahal menyusahkan pengunjung. Tp kalo tak naikkan harga tiket...lama2 nanti haiwan2 kat dlm tu leh pupus dh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kata ALoNa. Rm30 tu okaylah. Pada akak dapat jgk sedikit sbyk ilmunya. Bkn senang nk jaga binatang ni. Klu tak de zoo tak de lah kita dapat tgk haiwan ni in real life. Sekadar tgk nat geo kt tv jerlah

      Delete
  13. adus.. tapi tu la sy pon pernah kesana, memang rasa mcm zoo negara ni tadek apa pon. yg ada cuma haiwan2 yang dah tua.. haiwan2 pon dah mcm boring je nampak.. hahaha.. tapi sy ada jugak pergi zoo melaka lepas tu, wpon haiwan kat sana muda2 drpd zoo negara, tapi saya rasa saya puashati lagi la labur duit kat zoo negara.. hihi.. sbb zoo melaka compare dgn zoo negara best lagi zoo negara.. hihi

    ReplyDelete
  14. oatutnya kalau nak tarik pengunjung jgnlah letak harga mahal2....

    ReplyDelete
  15. lama gak xpegi zoo... Bila tengok kos yang perlu untuk selenggara zoo ini, RM30 itu ok dah cuma perlu penambahbaikan supaya pengunjung rasa berbaloi dengan harga yang dibayar...

    ReplyDelete
  16. assalam fieda..lama sangat dah acik tak masuk zoo..tak tau dah sampai macam tu harganya..lebih baik pi mandi kan Fieda..masuk waterworld ke..ada juga yang tak sampai RM30,00..atau pun lebih sikit

    ReplyDelete
  17. sory..che rose..fieda pulak perginya..sebab baru baca blog fieda..silap tulis..maaf ye rose

    ReplyDelete
  18. Bagi eyqa mungkin tiket mahal sebab nak tampung penjagaan haiwan2 kat sana. BTW, eyqa cadangkan supaya pihak zoo negara buat aktiviti yang lebih menarik and perbanyakkan kemudahan-kemudahan bagi pengunjung zoo negara! :)

    ReplyDelete
  19. bagi saya bolehler hargatu.. kalau dapat murah lagi bagus...
    nak jaga binatangtu bukanlah murahkan..

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠