28 July 2013

Cornflakes Chocolate


Jom tengok resipi Cornflakes Chocolate..


Bahan-bahan ( lebih kurang 100 biji )
1 kotak besar cornflakes(325gm)
1 sudu besar madu
5 sudu besar mentega/marjerin
1 sudu besar gula
6 bar cooking chocolate/450gm
3 sudu besar peanut butter *optional
50gm cocoa butter
manik hiasan jika suka
papercup secukupnya

Cara-caranya:

Panaskan mentega/marjerin dalam kuali hingga cair
Masukkan gula, madu dan peanut butter. Kacau sehingga gula larut. Selepas itu boleh lah dimasukkan cooking chocolate yg telah dipotong kecil2 supaya senang cair.
Bila kesemua bahan telah cair, masukkan cocoa butter, padamkan api dan kacau hingga cair dan masukkan cornflakes.Gaul hingga sebati.
Alihkan ke dalam bekas lain dan terus isikan kedalam papercup. Jika suka bolehlah tabur manik hiasan.


*Cookies ni tak perlu dipanaskan dalam oven semula. Kalau dipanaskan chocolate yg membaluti cornflakes tu akan cair dan mendap ke bawah papercup. Ini akan menjadikan ia tak melekat antara satu sama lain.
Cubalah.. insyaALLAH sedap..

 *Jjika coklat sudah mula sejuk, cornflakes payah sket nak stick antara satu sama lain. Boleh lah dipanaskan balik sekejap balance yg belum diisikan ke dalam cup (dgn api perlahan) pastu cepat2 isikan ke dlm papercup ya..


Kredit Resepi Kak Nor

14 comments:

  1. Simple! Boleh buat nanti.. =)

    ReplyDelete
  2. ..mcm bes je resepi ni..mudah n ringkas jugak kan..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah peberet maaakkkkk

    Pos saya sikit :)

    Tapi saya dalam pantang lagi ni. Saje blogwalking sana sini sementara anak tidur.

    Salam Ramadhan

    ReplyDelete
  4. teringin jugak nak cuba...kalau free...

    ReplyDelete
  5. wah,boleh try ni..tak pyh guna oven kan..Noey punya oven rosak...

    ReplyDelete
  6. Akak biskut tunjuk jer tiap2 tahun.. huhuhu
    Malas btl kan..

    ReplyDelete
  7. waaaa... suka makan cornflakes nie... hehhehe ... nyummy ,,

    ReplyDelete
  8. bilalah nak buat kueh...
    bz kemain nur ni...
    huhuhu

    ReplyDelete
  9. tak sempat raya cnfirm dah hbis.. hehe

    ReplyDelete
  10. biskut ni antara feveret... owh sedapnyee... ;)

    ReplyDelete
  11. Mudah tapi nampak sedap la CR..

    ReplyDelete
  12. biskut ni malas nak buat awal
    nnnt habis

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠