Berzina Dengan Ikhlas

Author : Cik Rose Cute | 8:44 AM | 22Total Comments |

Tadi dekat FB aku ada terbaca kisah nie dekat SINI...Semoga kalian boleh renung-renungkan bersama...Aku baca pun tekejut jugak dengan pengakuan seorang pemuda yang melakukan zina adalah kerana niatnya suci..



Berzina Dengan Ikhlas | Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu surat kepada Dr Danial Zainal Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu ialah: Dr. Danial yang dihormati. Saya telah bercinta dengan seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina. Tetapi saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya. Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya mengatakan tindakan saya adalah gentleman. Tetapi saya telah dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah pandangan dan nasihat tuan.

JAWAPAN DR. DANIAL

Yang Ikhlas yang dihormati. Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara dan saya berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah saya menulis jawapan ini kepada saudara.

Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the Roman Empire telah menulis bahawa: Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas…..Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!

Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu. Nabi bersabda, Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi)

Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya. Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud: Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu! (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.

Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara. Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya. Semua adalah halal bagi Machiavelli.

Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!

Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia. Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar Der Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia – Killer Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia – Wabak Pembunuh di Syurga Seks), sebagai tajuk muka depannya. Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserang masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics).

Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden.

Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya! (Hadis riwayat Ahmad & Thabrani)

Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran.

Kaum Lut hancur kerananya.
Kota Pompei hancur kerananya.
Empayar Rom juga hancur kerananya.
Justeru, kembalilah ke pangkal jalan.

(Semoga jawapan ini juga mendatangkan manfaat kepada mereka yang lain)

WALLAHUALAM


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

22 comments:

  1. Kalau betul ikhlas kawen dulu kan, kenduri ke apa belakang cerita, huhuuu
    Macam2 sekarang

    ReplyDelete
  2. haihh.... apa nak jadi dengan zaman sekarang ni

    ReplyDelete
  3. salam alaik :)
    selamat berpuasa,selamat beramal.nice entry thanks kerana berkongsi dan menyebarkan perkara yg bermanfaat :)

    i like this "Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya."

    btw,inilah jadinya bila agama diketepikan.atau agama itu dipelajari hanya utk pekerjaan mungkin ? too sad .

    ReplyDelete
  4. ambil kata2 nasihat dari orang yang arif bab dosa pahala ni...

    ReplyDelete
  5. Hi…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. nice sharing kak, semoga jadi panduan pada kita semua..

    ReplyDelete
  7. pd yana kalau seseorang tu ikhlas dengan seorang perempuan die harus menghormati perempuan itu.. bukan berzina.. ikhlas berzina? itu bukan la ikhlas tp hasutan syaitan.. apepun semoga die kembali ke pangkal jalan. amin.

    ReplyDelete
  8. adake berzina kerana ikhlas.. haram tetap haram dik oii walaupun ikhlas.. kalau ikhlas nikah terus jadikan yg halal.. masa tu nk buat ape pun terpulanglah dah halalkan...

    ReplyDelete
  9. kalu sy jawapan kpd lelaki tu: andaikata teman wanita dia mengandung, sanggupkah kelak dia menerima gelaran / momokan / sindiran 'anak luar nikah' ke atas ank nya itu?

    p/s ada jg manusia mcm ni..

    ReplyDelete
  10. muhasabah utk diri sendri..

    ReplyDelete
  11. haha ikhlas sangat. tergelak pulak tasneem baca entry ni. na'uzubillah. :'(

    ReplyDelete
  12. Leh pulak mcm tu??
    hmm...kurang iman...
    Mintak dijauhkan dari anak cucu cicit..

    ReplyDelete
  13. lor...mcm tu pon boleh...dunia2...

    ReplyDelete
  14. bkn masalah ikhlas ke tak tp masalah dosa halal ke haram..haishh

    ReplyDelete
  15. ade jugak mcm ni. zina ikhlas. huhu. tak dibuat org yg tahu pikir.

    ReplyDelete
  16. moga dijadikan iktibar buat kita semua...

    ReplyDelete
  17. ambil pengajaran dari kisah inikan !

    ReplyDelete
  18. ikhlas ke tak tetap dosa.. huhuhu...

    ReplyDelete
  19. Ya Allah ya Tuhan Kami..berikanlah petunjuk kepada dia dan semua umat Islam di dunia ini..Ameen

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠