27 July 2013

Poligami Sanggupkah Seorang Isteri

Assalamualaikum...

Sekarang niekan isu pasal Ashraf Muslim kahwin duakan...,tadi aku ada baca tentang Ashraf Muslim yang mengatakan kedua2 isterinya sedang keluar bersama-sama untuk 'Women talk',kiranya Ashraf Muslim biarkan aje mereka berdua berbicara dari hati ke hati....

 Ketika ditanya, Ashraf akui masih belum bersedia membawa kedua-dua isterinya Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah  pada sidang media khas yang berlangsung, petang semalam.

"Saya tak nak mereka berada di sini (sidang media). Saya kata, biar saya cakap dulu.

"Nanti apabila saya dah sedia untuk menampilkan kedua-duanya barulah saya ceritakan. Bolehlah nak cerita apa yang nak dicerita," katanya kepada pemberita.

Ketika sidang media sedang berlangsung, Ashraf memberitahu kedua-dua isterinya sedang keluar bersama-sama.

"Sekarang (mereka) sedang keluar sama-sama.

"Mereka ada (keluar) sebelum ini. Biar mereka berbincang ke apa ke, ikut merekalah. 'Women talk'. Biarlah," katanya.

Akui penerimaan Dayana terhadap Sakinah masih belum 100 peratus, namun mereka dalam proses menerima antara satu sama lain.

"Dalam proses. Kita tak boleh nak cakap 100 peratus sebab ini perempuan. Kita sebagai seorang lelaki kena faham perempuan.

"Ini memanglah, dalam peringkat permulaan memang cakap tak sukalah apalah tapi ini tugas saya.

"Saya sebagai ketua keluarga kena jagalah semua sekali. Dari sudut isteri-isteri saya, keluarga mertua, keluarga saya semua," katanya.

Apabila soal zuriat dibangkitkan, Ashraf menafikan itu punca dirinya berkahwin kali kedua.

"Ini (berkahwin lagi) bukan sebab zuriat atau keluarga. Bukan.

"Apabila kita ada rasa perasaan itu, kalau kita elak-elak macam mana pun, nanti ia akan...saya takut saya akan buat benda yang tak baik. Baik kita kahwinlah," katanya yang ada merancang untuk membawa kedua-dua isterinya menunaikan umrah.

Ashraf juga akui belum membawa Sakinah bertemu keluarga Dayana sejak pernikahan mereka.

"Belum lagi. Sabar dulu. Panas lagi, kena sabar dulu. Saya kena pergi keluarga sana, terangkan dan pujuk orang sana.

"Pergi sini, pujuk orang sini. Banyak kerja sikitlah apabila berpoligami, katanya.

Ketika ditanya sama ada ada peminat yang marah berhubung kontroversi ini, Ashraf berkata, kebanyakan peminatnya mengucapkan tahniah.

"Tak ada. Semua cakap tahniah. Saya cakap sikit-sikit saja. Kalau boleh tak nak...biar beritahu beginilah (sidang media).

"Penatlah nak cakap seorang demi seorang," ujarnya lagi.

Sementara itu, ketika mengulas lanjut mengenai masa depan karier isteri keduanya, Ashraf tidak akan mengizinkan Sakinah berlakon.

Namun katanya, pertimbangan akan diberikan sekiranya isterinya itu mahu kembali atau mengacara.

"Kalau pengacara itu tak tahu lagi. Kena bincang dengan dia. Tapi untuk berlakon itu, tak lah," ujarnya yang turut membuat perancangan untuk membawa kedua-dua isterinya menunaikan umrah.
Sumber-sinar harian

gambar tunang ashraf muslim
 
Tak usah bicara tentang peyung emas
kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci Khadijah dan Fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun....

Tak usah bicara tentang setia
kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggung jawab
kerana
Aku tahu aku lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaaan
kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
kerana
Aku di asingkan darimu kerana dia

Sucinya aku,kau miliki ketika di Mekah
Hebatnya dia,kau sembunyikan ketika di Thailand

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah
Kerana satu dunia tahu
Hanya itulah jawapan mudah untuk lepaskan kekhilafan yg di sengajakan...

Sajak di atas adalah bukan  luahan hati Dayana tau...Entah siapa yang buat sajak nie...aku pun tak tahu....sajer aku na share sajak nie....

Nota Pink: Aku bagi lesen hubby aku kawin lagi kikiki...korang caya tak?Tapi hubby aku tak nak katanya Isteri yang nie sorang pun tak sanggup nak layan ada hati nak kawin lagi....Entah2 kat mulut dia jer cakap cam tue...hatinya lain waaaa!!!....(Pasti cik hubby aku baca nanti kikiki biar dia baca...kisah aku nak buat puding roti semalam tak jadi pun dia tahu...terus malam tadi...dia suruh beli barang untuk buat puding roti hari nie....Aku tanya dia "mana tahu...hal puding roti tue....Ibu tak cerita pun kat abah kikiki...Cik hubby aku jawab...dia tahulah....Pastu aku cakap kat dia....nie mesti baca blog nie kikiki...cik hubby aku terus diam sambil senyum...)
 

8 comments:

  1. tu bukan puisi dayana..ada seseorang dh mengaku meminta maaf pd pihak umum..dia yg tulis..mmg ashraf pun mengatakan demikian

    ReplyDelete
  2. Samalah kita CR, kononnya beri 'green light' tapi dalam hati, masya allah, cuma Dia yang maha mengetahui.. hihihi

    Siapa sanggup berkongsi kasih tapi kalu udah Qada & Qadar, redha jerlah TAPI kalau boleh.. xMO3x

    ReplyDelete
  3. xsuke dye ckap ashraf muslim ni...sesuka ati dye je

    ReplyDelete
  4. Doakan kebahgiaan org lain same seperti kite mendoakan kebahgiaan kite jua..... Amin,,,,,

    ReplyDelete
  5. Isteri mana la yang nak dimadukan. Walau dia kata tak kisah, dalam hati mesti terguris sikit. Huhu~ Bertabah la Dayana~

    ReplyDelete
  6. xtahu nak komen apa pasal asraff muslim ni, harap dia boleh bsikap adillah..

    wahh...hubby akak silent reader yea.. :)

    ReplyDelete
  7. akk sma mcm sy.. sy x kisah pun suami sy nk poligami, tapi dia sendiri tahu kemampuan dia... dia marah kalau sy ckp pasal pmpuan lain... sebab dia hnya ada saya... hehe.. touching you bila dia kata gtu.. tpi mmg sy x tolak n tak takut... sy sndiri ckp kt suami, jgn kata gtu.. sy sedia jika Allah nak uji.. sebab suami anugerah bukan hak milik..

    ReplyDelete
  8. huish x abis2 lagi rupanya psl dorang ni.. mls nk komen sebnrnya.. tp hrp2 AM tu berlaku adil la.. jgn ckp aje.. tp bab dia kata perasaan tu x boleh elak kan, habis tu kalo dia terpikat lagi kat pompuan lain so dia kawen lagi la ye? huhuhu.. oppss.. terkomen pulak..hahahahah...

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠