06 July 2013

Sinopsis Drama Ramadhan Yang Hilang Slot Samarinda TV3

Mengisahkan konflik antara dua beradik, Zafirah dan Delisha apabila Delisha yang merupakan anak angkat kepada ibu bapa Zafirah menerima lebih perhatian dan kasih sayang sehingga Zafirah terasa disisihkan. Delisha yang sering didera secara emosi dan fizikal oleh bapa tirinya merupakan seorang kanak-kanak yang murung. 
Pelajarannya jauh ketinggalan kerana Delisha sering ponteng sekolah dan tidak serius dalam pembelajaran. Jauh berbeza dengan personaliti Delisha, Zafirah merupakan seorang kanak-kanak yang periang, bijak dan bahagia dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi oleh ibu bapanya, Zubir dan Saadiah. Hidup Zafirah berubah selepas Delisha dijadikan anak angkat oleh Zubir. 
Zubir sering mengingatkan Zafirah supaya melayan Delisha dengan baik dan menganggapnya sebagai adik kandung. Namun, sikap Delisha yang berlagak seperti budak sombong menyebabkan Zafirah sukar bertolak-ansur dengannya. Zafirah sering ditegur jika berlaku perselisihan faham antara Delisha dan Zafirah. 

Menarik jugak jalan ceritanya....bolehlah layan nanti hihihi

8 comments:

  1. bestkan cite ni kak? mama pun follow gak citer ni

    ReplyDelete
  2. Skrg ni byk layan cerita ber episod....rilex dulu. Tak larat kejar...

    ReplyDelete
  3. Ni cerita tahun lepaskan Ros.....mcm nak tengok tp tak tertengok lagi!

    ReplyDelete
  4. bace sinopsis mcm best. . mesti ceritanya pon best ni

    ReplyDelete
  5. mmg best cite ni, tp syg sbb xtgk dri awl

    ReplyDelete
  6. alaa.. semlm lupa nk tgk..huhu

    ReplyDelete
  7. mmg best citer die ni kak.. tp tulah.. tak dan nak tgk bile anak da conquer remote tv.. erm

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠