22 July 2013

Dah Putus Cinta ke?

 
 http://photo.murai.com.my/7222013_uqashabrreak-a.jpg

 Aku rasa baru lagi dorang berdua couple....tup-tup aku baca kat Murai tadi dah putus....pelikkan...Entah benar atau tidak jom! baca di bawah...


KL, 22 JULAI 2013: Sebenarnya, Murai Batu suka sangat tengok pasangan bercinta, Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose sebab mereka nampak sweet dan sepadan sahaja bila berdua, tapi tak sangka pula bila ada seorang rakan Murai Batu dapat hidu yang mereka ni baru sahaja putus cinta.

Bila rakan Murai Batu ni kata ada yang tak kena dalam hubungan cinta mereka ini, Murai Batu apa lagi, mulalah buat siasatan sendiri. Tak adalah siasatan terperinci sampai pergi menghendap mereka berdua ni tapi Murai Batu cuba lah tengok di laman Instagram mereka berdua.

Yelah, mereka berdua ni agak aktif juga dengan Instagram. Bila belek ke dalam dua-dua akuan Instagram mereka ini, Murai Batu perasan macam ada something fishy je dalam setiap post gambar dan caption yang dimuat naik oleh Uqasha Senrose.

Tiga hari lalu, satu gambarnya dimuat naik dengan caption "I hope u will be happy when I'm gone" yang bermaksud ' Saya harap awak akan bahagia bila saya tiada' . Apa maknanya itu? Kepada siapa Uqasha tujukan?
Bunyinya macam sedih sahajakan? Biasa ayat-ayat begini dituju kepada kekasih ketika kita sedang frustkan? Betul tak Murai Batu cakap? Ala Murai Batu bukanlah doktor cinta tapi sedikit sebanyak fahamlah dengan perasaan orang bercinta ni.

Tapi ada satu lagi yang benar-benar meyakinkan Murai Batu yang Uqasha seperti sedang frust atau putus cinta, bila baru semalam Uqasha post gambar berupa satu quoted mengenai 'Letting Him Go'. Him? Go? Adakah Uqasha sedang belajar bagaimana mahu meninggalkan Pekin?
Lebih menyakinkan yang Uqasha sedang furst bercinta atau putus cinta apabila caption untuk gambar yang di post itu adalah #repost form @riwanpa.. #tears #moveon #strong . Maksudnya? Air mata? Teruskan? Tabah?

Murai Batu pun mula simpulkan daripada caption ayatnya itu. Mungkin dia sedang menangis untuk teruskan hidup tanpa Uqasha dan perlu tabah? Itu yang Murai Batu dapat simpulkan lah.

Entahlah, Murai Batu pun tidak dapat nak pastikan, tapi ramai jugalah peminat yang memberi komen di laman Instagram miliknya itu untuk memberi kata-kata semangat supaya Uqasha tidak bersedih.

Apa-apa pun Murai Batu harap Uqasha dan Pekin dapat menyelesaikan masalah dalam hubungan mereka dengan cara baik kerana mungkin ada jalan penyelesaian selain putuskan hubungan cinta yang sudah terjalin beberapa bulan lalu begitu sahaja.


Mungkin ada hikmah di sebalik yang berlaku..jodoh semua tue ketentuan Allah..tak kisahlah kita bersama dengan orang tue kejap atau lama...Kalau tiada jodoh nak buat camna....

10 comments:

  1. deqla lagi la xtau pun depa kapel..haha..

    ReplyDelete
  2. mcm2 lah kisah kalau retis ni kan !

    ReplyDelete
  3. hrp2 d bln yg mulia ni, depa ni strong n tabah

    ReplyDelete
  4. Biar putus cinta sebelum kawin, asal jgn putuskan cinta selepas diikat tali perkahwinan...

    ReplyDelete
  5. Uqasha cantik.. kejap aja blh dpt penganti tu

    ReplyDelete
  6. bile masa dieorang kapel? hehehehe

    ReplyDelete
  7. nmpk sweet2 aje diorang ni.. tetiba je eh..

    ReplyDelete
  8. sama macam deqla...ni nur baru tahu depa couple...

    ReplyDelete
  9. falsya baru tau yg dieorg nie couple..hehehe..before nie xpenah dgr..;)

    ReplyDelete
  10. LAH DAH PUTUS?BIASALAH SEDANGKAN KAWIN LEH CERAI..ARTISNIE MCM2 1001 CERITA

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠