Puding Roti Bakar

Author : Cik Rose Cute | 2:51 PM | 11Total Comments |
PUDING ROTI
 
Bahan 1
*Roti - 4 keping
*Susu Full Cream - 1 cawan
*Mentega - 1 sudu
*telur - 1 biji
*Tepung Jagung - 1 sudu (tepung gandum baisa pun OK)
*Kismis
*Gula - 1 sudu
*Esen Vanila - 1/2 sudu teh
Bahan 2
*Susu cair - Setengah tin
*Gula halus - 1 sudu
*Tepung Kastard - 1 susu
----------------------------------
Carik carikan 4 keping roti :

Tuang Susu Full krim atas Roti. Saya biarkan lebih kurang 10-15 minit. Ikut resepi asal 30 minit..=)
Campurkan telur, tegung jagung, gula, mentega, esen vanila. Kacau ja sebati, tak payah susah-susah nak keluarkan Mixer, senangkan...

Bila dah sebati, tuang dalam rendaman roti tadi, kacau-kacau rata..
Tabur kismis atasnya. Saya guna kismis Ustaz Kazim, super special..=)
Dan, bakar dalam oven yang dah panas, guna api atas bawah 180'c lebih kurang 30 minit...
---------------------------------
Ok, buat kuah dia pulak....
Campurkan tepung kastard, gula dan susu cair. Masak atas api sehingga pekat.
Ok..siap.. !!
Kuah dia masuk dalam peti..=) best makan sejuk-sejuk..
Tadaaaaaaaaaaaaa....siap da..
Wangi sungguh baru keluar oven.
Jangan makan dulu, tunggu buka nanti naa..=)

Resepi nie aku copy kat blog Cahaya Mataku manalah tahu ada rasa teringin nak buat hihihi
mungkin hari nie kot....kalau rajin...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

11 comments:

  1. fav akak jugak ni..memang sedapp...ni yg buat akak rasa nak buat ni..hehehe

    ReplyDelete
  2. sedapnyaa.. huhu. nk try laa. ada msa nnti

    ReplyDelete
  3. br mkn semlam.bkn buat tp beli hehehe

    ReplyDelete
  4. allaaaa.. kalau takde oven nak pakai ape...??// =(

    ReplyDelete
  5. Macam sedap je ni, bolehla cuba nanti.

    ReplyDelete
  6. Takde oven bleh kukus 45 minutes.kalau nak lg best letak gula hangus dulu then letak adunan

    ReplyDelete
  7. nmpk mcm simple je.. boleh cuba..

    salam ramadhan kak ros. ;)

    ReplyDelete
  8. terliur tgk..deqla pun teringin nk buat..

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠