YoonA bawak dua watak dalam Love Rain.Watak first sebagai Kim Yoon Hee, seorang gadis kolej pada tahun 1970-an yang baik, pure gila dan innocent. then, watak kedua pulak, YoonA jadi Jung Ha Na pada
tahun 2012. Ha Na ni seorang gadis yang ceria dan aktif.Memang berbeza watak yang Yoona jadi Jung Ha Na daripada Kim Yoon Hee yang nampak pasif gila dan tak banyak
cakap. Sebenarnya, Ha Na merupakan anak perempuan Yoon Hee dalam drama Love Rain.
Kim Yoon Hee seorang gadis pendiam hihihi
Jung Ha Na ceria dan gila-gila..
***
Hero dalam drama nie adalah pelakon lelaki korea yang di gilai ramai...Jang Geun Suk! sebenarnya, aku dah tulis atas tadi kalau korang perasan...Jang Geun Suk juga membawa dua watak dalam cerita ni. sama je macam YoonA.
satu watak dalam tahun 1970-an dan satu lagi watak dalam tahun 2012
jugak. dalam 1970-an, dia jadi Seo In Ha, student art yang tak
pernah bergaul dengan perempuan, tetiba fall in love at a first sight
dalam masa 3 saat kat Kim Yoon Hee. berlainan pulak dengan watak Jang
Geun Suk dalam tahun 2012 yang mana Seo Joon ni memang casanova habis. kalau Ha Na tu anak perempuan Yoon Hee, Joon ni pulak anak lelaki In Ha.
Seo In Ha yang tidak pernah bergaul dengan perempuan..
Seo Joon Casanova
***
JOM! BACA SINOPSIS PULAK
Drama "Love Rain" mengisahkan percintaan dalam dua zaman.
yang pertama, pada tahun 1970-an yang mana Seo In Ha jatuh cinta kat Kim
Yoon Hee waktu hujan. tapi, macam biasa lah... drama...pasti banyak liku2 pertemuan merekakan...
Belum pun sempat In Ha nak bagitahu bahawa yang dia suka kat Yoon Hee,tiba-tiba kawan baik Seo In Ha ,
Dong Wook terlebih dahulu meluahkan perasannya terhadap Yoon Hee, Dong Wook juga suka Yoon Hee. So, wujudlah percintaan tiga segi....hihihi biasalah drama korea tak sah kalau tiada percintaan tiga segikan...
Pada tahun 1970an
percintaan In Ha dan Yoon Hee tak berakhir dengan happy endingkan...,so sambung
lah pulak cerita pasal percintaan anak-anak dorang berdua ni pulak kikiki. tapi, aku
tak tau lagi lah macam mana kisah percintaan Joon dan Ha Na. sebab aku
baru tengok sampai episod 4. hehe =D
Pendapat akulahkan...drama korea nie...slow sikit....kalau 5 bintang aku bagi 3 jer hihihi (jangan marah ya...)
Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal drama ni, boleh klik sini =)
***
Sebenarnya, aku ni bukan lah hardcore sangat dengan Korean Drama. aku langsung tak follow perkembangan Korean Drama yang terbaru.Waktu bujang dulu memang minat habis lah dengan Korean Drama. habis semua drama yang tayang kat tv aku tengok hihihi .Nasib baik cd aku tak beli...
Layan jerlah story aku hari nie...hihihi
dulu suka jugak dengan jang geun suk tu...tapi bila tengok imej dia dalam satu vclip..tak berkenan la pastu.hehe
ReplyDeleteMacam menarik jer citer nih.. Nak suh incit somi donlod lah.. Ihik! ^_^
ReplyDeleteSalam Rose..K.atie tak pernah tgk citer korea ni..mmg tak sempat pon nk tgk :D
ReplyDeleteBelum smpt lg nak tgk..:(
ReplyDeletedrama ni sumpah best..!!
ReplyDeletePEMINAT TEGAR DRAMA KOREA RUPANYA CIK ROS NI .
ReplyDeleteDRAMA NI MMG SLOW..TP BEST..JIWANG2..HAHAHA
ReplyDeletedeqla bknlah penggemar korean.. huhuhu...
ReplyDelete