13 April 2012

Teruknya Aku

Hai! Selamat Pagi Semua...Terima kasih aku ucapkan kepada sesiapa yang sudi baca blog aku...Walaupun aku tidak pandai menyusun ayat2 yang power hihihi...

Buat Masa Sekarang Syifa Baby Ibu hihihi


Tadi aku baca kat  Blog Intan  jeles pulak aku bila tengok scan baby  dan dia story pasal baby dalam kandungannya...Terukkan aku....hihihihi Sesiapa yang sudah menjadi seorang ibu pasti teringin merasai saat bahagia sewaktu mengandung walaupun anak yang ke berapa....
Aku nak tanya korang?Kalau korang dengar sahabat atau kawan kita mengandung?korang ada rasa teringin jugak tak ?hihihi....aku tanya ikhlas nie....Jangan tipu tau...Lagi-lagi yang susah dapat zuriat....huhuhu

Setiap ibu hamil ingin tahu: Berapa besarkah si-bayi anda sekarang? Sudahkah dia berambut? Bilakah kuku jarinya dibentuk? Apakah rupanya? Artikel-artikel di sini disertai gambar-gambar yang menunjukkan perkembangan bayi dalam kandungan (fetus atau janin) dari minggu ke minggu, termasuk saat-saat perkembangan yang terpenting, sepanjang kehamilan anda.

Anda juga boleh menonton video meninjau kehamilan animasi 3D kami yang menunjukkan perkembangan fetus atau janin anda dari saat persenyawaan hingga masa bersalin. Semua video tersebut disertai sari kata Bahasa.

Sebelum bermula, kami juga ada informasi bagi ibu-ibu yang ingin memahami proses ovulasi.


Fetal development diagram - conception

Persenyawaan

Saksikan apa yang berlaku bila persenyawaan dicapai.

Fetal development diagram - one month

Satu bulan

Bayi anda adalah embrio yang mempunyai two lapisan sel, yang kemudiannya akan bertukar menjadi organ-organ dan tisu-tisu.

Fetal development diagram - two months

Dua bulan

Pada masa ini, saiz bayi anda adalah lebih kurang saiz kacang merah dan dia sentiasa bergerak. Dia mempunyai jari tangan berselaput.

Fetal development diagram - three months

Tiga bulan

Pada masa ini, kepanjangan bayi anda sekitar 7sm hingga 8sm (3in) dan berat badannya lebih kurang separuh buah pisang. Dia sudah mempunyai cap jarinya.

Fetal development diagram - four months

Empat bulan

Bayi anda sekarang berukur 13sm (5.5in) dan berat badannya 140g (5oz). Rangkanya mula mengeras dari tulang rawan yang lembut menjadi tulang.

Fetal development diagram - five months

Lima bulan

Kening dan kelopak matanya telah siap dibentuk. Ukuran bayi anda akan melebihi 27sm (10.5in) jika anda meregangkan kakinya.

Fetal development diagram - six months

Enam bulan

Berat badan bayi anda sekitar 660g (1.5 paun). Kulitnya yang berkedut mula menjadi lembut dan licin bila ditempatkan lemak.

Fetal development diagram - seven months

Tujuh bulan

Pada masa kini, ukuran panjang bayi anda melebihi 40sm (15in). Dia boleh membuka dan menutup matanya dan mungkin melihat sekitarannya.

Fetal development diagram - eight months

Lapan bulan

Berat badan bayi anda sekarang sekitar 2.2kg (4.7 paun). Lapisan lemaknya bagai "mengisikannya", menjadikan bayi anda kelihatan comel montel, dan paru-parunya sudah siap berkembang.

Fetal development diagram - nine months

Sembilan bulan

Sudah hampir masa bersalin! Secara purata, bayi lelaki yang baru lahir berukur 52sm (20.5in) dengan berat badan 3.4kg (7.5 paun), dan bayi perempuan yang baru lahir berukur 50sm (19.7in) dengan berat badan 3.2kg (7 paun), tetapi bayi-bayi memang banyak perbezaannya pada masa ini.


ultrasound scan

Bulan ke bulan dengan skan ultrasound

Lihat ringkasan kami mengenai perkembangan bayi anda dari dua bulan kehamilan. Dalam setiap bulan, terdapat gambar 3D yang interaktif dari imbasan yang mungkin memberi gambaran tentang rupa bayi anda.
Note: Walaupun sakit dan azab ketika bersalin...teringin mempunyai anak ataupun tambah bilangan anak tetap ada bagi seorang yang bergelar ibu....Betul tak?

28 comments:

  1. huhuhu... sy yg belum kawin ni pun teringin nak ada anak sendiri kak..
    kalau ikut umur sy ni memang dah sesuai kawin dan ada anak...
    tp jodoh blm ada lagi...

    ReplyDelete
  2. mmg teringin nak ader baby. dah masuk 2 thn kawen tp masih xde tanda2 nak dpt baby

    ReplyDelete
  3. ye... sekarang ni kalau ada jer bakal2 ibu cakap pasal kandungan, wah terasa jeles pulak dalam hati sanubari ni.. hikhikhik.. memang rindu saat2 mengandung dulu.. tapi buat masa sekarang tak nak dulu.. Biar Baby Haiqal dapat kasih sayang yang sepenuhnya dulu.

    ReplyDelete
  4. Kalau tanya myra, berjuta kali teringin nak bergelar Ibu..
    Dah lebih 2 tahun menanti tapi belum juga rezeki.. ;)

    ReplyDelete
  5. izan sangat teruja bila tahu kawan2 mengandung...terdetik tik..tik..tikk..dalam hati nak juga mengandung lagi...

    ReplyDelete
  6. perkongsian yg hebat dikkk
    terasa nak ngandung , tapi terpaksa pendam perasaan itu sbb dah x leh huhuh
    apa2 punnn syukur dgn kurniaan allah mereka bertiga tuu ;)

    ReplyDelete
  7. wah.. citra pon sama cik rose.. walau pon baby citra dah 2 tahun tp rs cam x puas ms dia kecik2 dulu pengen nak de baby kecik lg huhu..

    info yg bagus ni tq for sharing :)

    ReplyDelete
  8. falsya pun teringin gak bile baca blog ina..tp itu semua rezeki kan..insyaALLAH kalau berdoa n berusaha mesti ade kan..;D

    ReplyDelete
  9. tak ternilai nikmatnya saat anak untuk dilahirkan....

    ReplyDelete
  10. Kalu dengar kawan2 megandung atau nak dapat bb memang akan rase seperti nak mengandung lagi...saye rindu saat tu...

    ReplyDelete
  11. mesi la.. kite kn pompuan ada naluri sebegitu

    ReplyDelete
  12. sebab baby br 7 bulan so blum tingin nak menambah.tapi nnt dah dekat usia2 tahunmulalah tingin walaupun time sakit nak deliver dulu rasa dah trauma hehe

    ReplyDelete
  13. Cik Rose tahniah ye menang GA Eqbalzack.. dapat perfume tu..

    ReplyDelete
  14. ada sorang kawan yang dah kahwin n dah ada anak pun . siyesly jeles dengan dia .. teringin pulak nak ada baby comel . tapi , tulah rasa takut memang ada . tapi ibu Tia boleh aje . sampai dah ada anak sampai 7 orang lagi ..

    ReplyDelete
  15. dulu ms sy blm plan lg nk prgnant.. mmg rs seronok sgt dgr kwn2 prgnant.. tp bila dh start plan nk prgnant... rs mcm jeles... nk jugak prgnant... skrg ni bila dh prgnant... rs seronok sgt2.. lbh2 lg bila tgk alisha sgt xcited bila jumpa baby.. lg buat tingin nk bg alisha dpt adik cpt2... nanti alisha ada kwn.. blh main sama2..hihii

    ReplyDelete
  16. jgnkan yang dah kawin n beranak pinak, sya yang bujang ne pun teringinnnnnn sangat nakk anakkk kakk..huhu

    ReplyDelete
  17. Umi pun nak ada baby ..tak sabar nak ada baby ..harap umi nanti diberi rezeki yang cepat .. amin2. seronoknya tgok orang mengandung :)

    ReplyDelete
  18. saya memang teringin nak ada anak..
    tapi sayang nya tak kawen pun lagi..
    huuuhuhuhu
    kadang tu sedih sangat dengar kes buang bayi....

    ReplyDelete
  19. mmg teringin cik rose..nak2 anak dara kita dah besar ni..tp pikir2 biar la dulu..

    ReplyDelete
  20. cik rose..cer ajar kita camne nak letak gambar bunga yg cik rose letak kat side bar dan bawah post entry ni...bunga ros tu..ctk plk..cik rose skrg dah handal..saya kena belajar la dengan cik rose..

    ReplyDelete
  21. Baru sahaja melawat rakan yang baru saja menimang cahaya mata and honestly, saya teringin sangat mahukan anak sendiri. Cuma jodoh belum sampai. Allah Knows Best.

    ReplyDelete
  22. Tanya la sesiapa yg bernama wanita semuanya teringin kann...Dah lama tk mengandung...suka tengok org mengandung...

    ReplyDelete
  23. hihi saya pun kadang2 tgk baby comel2 ni, rasa teringin pulak nak menambah

    ReplyDelete
  24. saat yg paling indah sy kira..:)

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠