07 April 2012

Punca Safee Sali Bercerai

Assalamualaikum kepada pengunjung "blog Smile Be Happy"harap korang dah siap makan pagi.... tak pun belum bangun pada yg bujang hihihihi....Em em...aku nak bergosip nie....aku terbaca tentang punca safee sali bercerai...di satu blog Nie  aku terkejut jugaklah....(korang jangan caya ini sekadar gosip sahaja..) Jom! kita baca gosip tersebut...


Peminat-peminat bola sepak negara dikejutkan dengan berita perceraian penyerang kebangsaan, Safee Sali, 28, dengan isterinya Sabarina Yusof apabila Safee dengan sah melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah.

Berita perceraian itu seterusnya menamatkan spekulasi berhubung dengan cerita-cerita gosip yang didengar mengenai masalah rumah tangga penyerang bola sepak kelab Pelita Jaya itu.

Namun, terdengar desas-desus cerita yang kurang enak mengenai punca perceraian Safee dan isterinya apabila ada pihak mendakwa kemusnahan rumah tangga jejaka tersebut berpunca dari munculnya pihak ketiga yang cuba merampas Safee dari Sabarina.

Menurut sumber tersebut, pihak ketiga itu adalah gadis Indonesia yang Safee kenali sepanjang dia berkhidmat di Pelita Jaya di Indonesia.

Gadis tersebut masih lagi berstatus bujang dan begitu mengagumi diri Safee yang sentiasa komited dalam khidmatnya sebagai pemain bola sepak dan setia memberikan sokongan kepada Safee yang berjauhan dari isterinya.

Selain itu, sumber tersebut juga memberitahu, gadis Indonesia itu mempunyai rupa paras yang menarik dan mirip-mirip seperti penyanyi wanita Indonesia popular, Kris Dayanti.

Dek kerana Safee berjauhan dengan isterinya, dikatakan perkenalan dengan gadis tersebut memberikan peluang kepada gadis Indonesia itu menjaga dan mengambil berat tentang diri Safee.

Sering kali dilihat di padang sewaktu Safee menjalani sesi latihan, gadis tersebut akan hadir memberikan sokongan padu kepada Safee.

Namun, walaupun perasaan sayang dan sikap mengambil berat yang ditunjukkan oleh gadis tersebut terhadap dirinya, Safee sedikit pun tidak menaruh hati dan perasaan untuk membalas cinta yang dihulurkan oleh gadis itu.

Dikatakan juga Safee tidak mahu memberikan cintanya yang setia terhadap isterinya kepada gadis atau wanita lain.

Dalam perkembangan lain, Safee enggan mengulas lanjut berhubung isu perceraiannya manakala, bekas isterinya sahaja yang memberikan komen dan mengesahkan perceraian antara mereka berdua.

Kredit: MyNewsHub

Nota Kaki:Bukan Kris Dayanti Okey.....Cuma  raut wajah wanita yg di gosipkan itu seiras Kris Dayanti...Memang Cantiklahkan Emmm....

22 comments:

  1. sedih jugak baca mengenai rumahtangga yang bercerai berai ni.....

    ReplyDelete
  2. ishk ishk.. doakan sja yg terbaek buat mereka,saya peminat safee..sayu dengar cerita cerai berai..

    ReplyDelete
  3. cutenya button komen ni, nak jugak ekkekeke...dah tiada jodoh kan, moga jadi pengajaran kepada mereka

    ReplyDelete
  4. org indon klu yg kacukan tu mmg cantik banget!

    tpi mmg hampeh la dia berpaling tadah ke pompuan lain...grrrrr

    ReplyDelete
  5. singgah baca gosip cik Rose..

    ReplyDelete
  6. Hanya allah sahaja yang tau....

    ReplyDelete
  7. harap harap ikatan kembali terjalin antara die dan isteri..aminn

    ReplyDelete
  8. Mungkin jodoh diorang sampai disitu saja. Ada hikmah sebaliknya (:

    ReplyDelete
  9. Mati2 tadi ingat kris dayanti....

    ReplyDelete
  10. Antara masalah bila dah berjauhan kan... A bit difficult to maintain long distance relationship without full commitment of both parties...

    ReplyDelete
  11. ni gossip ke cik rose??? hehehehe

    sebijik dah kris, ingat mmg kris dayanti !!!

    ReplyDelete
  12. kalau jodoh mereka kuat mungkin akan rujuk semula kan..kita doakan yg baik-baik :)

    ReplyDelete
  13. siannn
    walau bagaimana sekalipun ... dugaan duduk berjauhan ini hanya allah sahaja yg tahu ... diri kena kuat mau lelaki watau perempuan samee sahaja .. iman kena kuat ...

    ReplyDelete
  14. sy sebenarnya tak suka baca kisah selebriti bercerai ni.klu kahwin ok lg..:)

    ReplyDelete
  15. nana igt dgn krisdynti td...huhu...apappun nana doakan yg terbaik buat mereka

    ReplyDelete
  16. tapi tak tahu la betul ke tak kan gosip ni..huhu~

    ReplyDelete
  17. sedih juga bila dgr safee bercerai sbb selama ni sya bangga dgn dia bersih dr kontrovesi dgn mana2 wanita..tp kan kak kalau betul la gossip ni dan pompuan tu mmg rupa mcm kat gambar tu sya rasa tak cantik pun..hehe

    ReplyDelete
  18. tanjat mimie tau...igtkn kris dayanti...aptb la...

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠