11 April 2012

Aaron Aziz Dah Nak Jadik Rakyat Malaysia

 Tertanya-tanya juga apa status permohonan Aaron Aziz untuk mendapatkan taraf Penduduk Tetap di Malaysia. Maklumlah Zed Zaidi telah menimbulkan isu kemenangan Aaron Aziz kerana beliau orang luar.

Di sebalik polemik yang dicetuskan Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi mengenai isu pengiktirafan artis luar yang memenangi anugerah utama Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang, rupanya ada berita baik untuk peminat Aaron Aziz.

MyPR Aaron Aziz bakal dikeluarkan



Permohonan Aaron Aziz untuk mendapatkan taraf Penduduk Tetap di Malaysia dikatakan telah pun diluluskan oleh pihak kerajaan. Cuma mereka masih menunggu masa yang sesuai untuk membuat pengumuman dan masa terbaik bagi pelakon filem Ombak Rindu itu untuk mengambil MyPR, kad pengenalan berwarna merah untuk permastautin tetap di pejabat tersebut.

"Sebenarnya dah diluluskan cuma tunggu untuk diambil", katanya ringkas.

Perkara tersebut dikongsi sendiri Aaron yang ditemui sebaik selesai wawancaranya bersama Berita TV9 petang semalam. Aaron bagaimanapun enggan mengulas lanjut. Petikan dari  www.gua.com.my
GUA merasakan isu yang ditimbulkan sengaja digembar-gemburkan ekoran perhatian yang telah diberikan oleh media tempatan khususnya penerbit filem, stesen televisyen dan stesen radio kepada bintang kelahiran Singapura itu.

GUA hairan dengan sikap sesetengah artis tempatan yang cepat melatah dan takut dengan bayang-bayang sendiri. Mereka seakan-akan masih mahu bergantung pada tongkat dan mengelak untuk berusaha dengan lebih gigih bagi memperbaiki kekurangan mereka sendiri.

Tidak keterlaluan jika GUA katakan mereka ini merupakan golongan yang merasakan mereka jaguh kampung tetapi masih tidak berani bersaing di kampung sendiri. Cukup gentar apabila ada orang luar berjaya di kampung sendiri tanpa mahu mempelajari apakah rahsia kejayaan mereka bagi mengangkat taraf diri sendiri agar setanding dengan orang luar.

Jika sifat begini diteruskan, tidak ke manalah artis tempatan sebaliknya hanya menjadi ayam kokok di parlimen ciptaan mereka sendiri tanpa sedar tidak semua artis berpaksikan parlimen yang mereka cipta.

Lebih mendukacitakan apabila tentangan tersebut dilakukan terhadap ahli Seniman sendiri dan perkara ini diakui sendiri oleh Aaron yang mengesahkan dia merupakan ahli Seniman yang memiliki nombor keahlian yang sah. Bukankah Seniman sewajarnya melindungi ahli persatuan mereka dan bukannya sebaliknya?

Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang berlangsung Ahad lalu mengiktiraf Aaron Aziz selaku pemenang anugerah utama Bintang Paling Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular. Pemilihan pemenang dilakukan oleh pembaca akhbar Berita Harian.

  Nota Kaki:Memang rezeki betul Aaron Aziz....Tahniah....Kredit SINI

4 comments:

  1. dh rezeki aaron aziz kan..
    jemput join GA nih yer...
    http://​mulan-sahbanu.blogspot.com/​2012/04/​1st-giveaway-miss-banu-aziela.h​tml

    ReplyDelete
  2. Pasni AA jadi warganegara Malaysia la ya...

    ReplyDelete
  3. wah dh jadi rakyat malaysia ye..sy tk sokong mana2 pihak tp percaya dh mmg rezeki aaron..:)

    ReplyDelete
  4. cepat2 sikit amik...pastu sama2 bayar cukai yer...sama2 tanggung subsidi kerajaan malaysia

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠