Isu Rita gan Aidil belum settle lagi hihihi...Aidil menegaskan dia tidak akan mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anaknya....Baguslah kalau cam gitu....Jangan pulak lepas cerai abaikan anak-anak....Anak-anak bukan tahu apa pun....
SEREMBAN – Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak, menegaskan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap dua anaknya hasil perkahwinan dengan pelakon, Rita Rudaini Mokhtar.
Menurutnya, semua keperluan anak-anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Rafqa Arjuna, 1, diuruskan dengan baik dan beliau sentiasa bertanyakan khabar mereka dari semasa ke semasa.
“Gilalah kalau tidak mengambil tahu tentang anak-anak. Saya tidak pernah mengabaikan makan minum mahupun susu mereka.
“Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai masalah rumahtangga kami berdua. Biarlah kebenaran terhadap perkara ini hanya diketahui oleh saya dan Rita,” katanya di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Rita Rudaini semalam yang mengakui menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Aidil Zafuan yang memaklumkan telah membuat permohonan untuk bercerai.
Menurut Aidil Zafuan, beliau mempunyai alasan sendiri untuk tidak pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
“Saya tidak mahu cakap kerana ia akan memburukkan lagi keadaan,” katanya.
Jelas pemain skuad Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu, beliau tidak pernah menghilang atau melarikan diri daripada menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.
Mengenai status perkahwinannya, Aidil Zafuan memberitahu, beliau tidak mahu berselindung dan mengakui telah memfailkan tuntutan permohonan bercerai di mahkamah.
“Saya telah membuat tuntutan itu dan saya menyerahkan segala urusan kepada peguam dan sedang menanti perkembangan proses tersebut.
“Saya tidak mahu memburukkan isteri dan tidak mahu masalah ini menjadi kontroversi umum,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap, semua pihak menghormati keputusan yang dibuat dan tidak membuat tohmahan atau menganggu kehidupannya serta Rita Rudaini selepas ini.
Aidil Zafuan, 25, dan dan Rita Rudaini, 36 bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008, setelah hubungan mereka tidak mendapat restu daripada keluarga pihak lelaki.
mcam2 la
ReplyDeletentah la tak tahu nak cakap apa lagi.. Semoga lepas ni Rita akan lebih bahagia bersama anak2 dia.. dah la Aidil tak yah nak menegakkan benang yang basah...
ReplyDeleteah..sudah...takleh caye langsung
ReplyDeleteitulah dulu kawin senyap2 pastu mcm2 masalah timbul...maybe aidil nih msh terlalu mentah masa kawin dulu kot...
ReplyDeletesemoga betul lah apa yg dikata jgn anak2 diabaikan...kesian
hurmmm tulah
ReplyDeletenak kawin dulu macam nie
nak cerai punn macam nie
siannnnnnnnnn rita ..
walau bagaimana sekalipun yg ingin dia beritahu kmungkinan rita salah , akk tetap kesiankan rita ..
she's a woman with 2 kidss maaaaaaaa huhuhuh
ps : dik nanti bagi id ym leh .. kita ym nak .. susah nak tanye pasal blog nie ekkeke .. kalau ada lah ;)
jodoh mereka tak panjang...
ReplyDeletesemoga kebajikan anak2 mereka tak terabai lepas ni... itu yg penting...
Mana ada suami/istri yg bercerai akan kata "saya akan mengabaikan anak2 saya lepas ni...pasti!!!". Hanya sejarah yg akan mencatatkan kebenaran atau kepalsuan percakapan seseorang......
ReplyDeleteartis ni kahwin cerai , kahwin cerai . dorang ingat benda ni boleh dibuat main2 kew .. enthlah but aku nk katew kat sni klu tak bersedia lagi baik takpyh kawin kecian dkt sape2 yang dah ade anak tu .. haissh sabar jela
ReplyDeletebiasa lah laki ne kan..ckp aje lebih..kasihan kan anak-anak yg jadi mangsa keadan...
ReplyDeleteartis melayu msia dah jadik mcm artis barat..kawin cerai kwin cerai je..hish..tak kesian ke ngan anak2??
ReplyDeletesesuka hati dorang jer..yg jadi mangsa anak2..
ReplyDeletehaish macam2sekarang ni,seolah2 bercerai itu satu perkara yang ringan pulak...emmm..
ReplyDeletepadahal bercerai itulah perbuatan yang paling dibenci ALLAH.nauzubilahminzalik...
xtau nk komen apa dah... hrp aidil tunaikn tggungjawab dia jugaklah lps ni.. sian ank2 yg msh kecik..
ReplyDeletentah tak tahu nak percaya siapa.hehe
ReplyDelete