Terlupa....
di tutup pintu di dada malam
teragut manis kenangan
terkadang ia duri berbisa
di lubuk penbatahan
mengukai kebenaran
mencari kejujuran pahit
meniti titian damai nan rapuh
bagi berlabuh di pergigian
pantaimu berombak
kesetiaan seteguk karang
bersama sumpah
bersama janji
terleraikan di telan gelombang membesar
atau semakin utuh abadi
seteguh taj mahal
ketulusan cinta shah jehan
kerana di sinilah
melimpahnya aliran sungai merah
di pembuluh meranting seribu liku
di pohon rimbunan terbakar
bersama janji
bersama sumpah keramat
bersama kejujuran, amanah terpahat
terhimpun di kawah degup nadi
memintal kesetiaan di dedaun hari
agar palitan pahitan silam tiada terkuak
untuk di ratah kekancah luka
kerana bersama janji
kita berlanggir kasturi di perdu ini
kerana bersama janji
kita melakar sejarah damai di bibir alam
dan bersama janji kita lena
di buai mimpi di malam kemenangan
bersama janji damailah kita di sini...
Karya,
Kamaliehudie Ns
MRSM Tun Ghafar Baba Jasin Melaka.
03 August 2011
8 comments:
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
uiii..ingatkan cik rose yg karang td tu..tgh dlm mood berchenta ka nii heheh..
ReplyDeletepenuh puitis
ReplyDeleteBercinta gan suami tak per hihihi
ReplyDeletehihihi Thanks Lya...
ReplyDeletepuitis... tujukan tuk cik hubby erk..
ReplyDeletewahh nice ! hehe thnks akak sbb follow kita ye :)
ReplyDeleterajin2 lah singgah belog kitaaa . muahhh :)
Tuju Kat Cik Hubby...hihihi
ReplyDeleteThanks Cik Pipi Tembam sebab follow back...
ReplyDelete