24 August 2011

Siapa Fazlina Dato' Ahmad Daud (Dalam siri Ramadhan Terakhir)

Peminat drama Ramadhan Terakhir mesti tertanya-tanya siapakah wanita yang memegang watak Mazni tu kan. Garang siot dia ni berlakon. Watak jahat dia memang menjadi la... sampai semua geram ngan Mazni aka Lady GaGa ni.

"Tahun lepas kite puase bulan Ogos, Ooo... tibe2 tahun ni kite puase bulan Ramadhan plak?" dialog yang tak leh blah lawak.

Aku nak share skit biodata dia. Kalau yang blom tahu lagi, dia ni adik kepada pelakon Fauziah Ahmad Daud.
Biodata Fazlina Ahmad Daud aka Mazni aka Lady GaGa (Ramadhan Terakhir)


Umur: 36 tahun

Tarikh lahir: 5 Jun 1975

Adik beradik : anak ketiga dari 3 beradik

Pendidikan: Pernah bersekolah di Sekolah Rendah Pintu Klang, dan dari tahun 1988 hingga 1990, Sekolah Menengah Lembah Keramat dan sekolah Menengah Taman Melawati.

Perkahwinan: Berkahwin dengan Nahar Ludhfi Dato ‘Johari ( anak Dato Johari Salleh, pengarah muzik RTM.

Anak: Nur Fatihah 17 tahun, Muhammad Hamzah 16 , anak kembar Muhammad Nazmi, dan Muhammad Fahad 13.

Tentang Babyfaz


BabyFaz adalah satu jenama yang dimiliki oleh Fazlina Dato’ Ahmad Daud. Beliau adalah seorang pelakon dan pengacara yang berpengalaman, telah berkecimpung didalam industri hiburan Malaysia semenjak tahun 1992. Beliau telah di kreditkan didalam lebih 50 buah drama TV, berpuluhan iklan TV dan media cetak, selain berpuluh – puluh acara sebagai penyanyi dan juga pengacara. Anak ketiga dari perkahwinan lagenda muzik dan layar perak ini, iaitu Dato’ Ahmad Daud Md. Hashim dan Datin Sa’adiah Baharom, sudahpun mendirikan rumah-tangga dengan Nahar Dato’ Johari, seorang lagi anak kepada lagenda muzik tanah-air, iaitu Dato’ Johari Salleh. Beliau juga turut dianugerahkan 4 orang cahaya mata, seorang perempuan dan tiga orang lelaki.


Hasil dari pengalaman didalam industri hiburan Malaysia, beliau menaruh minat didalam bidang fesyen, dan secara perlahan menangguk ilmu pengetahuan didalam bidang tersebut menerusi perbincangan dan pertukaran pendapat dengan sahabat-sahabat pereka fesyen. Berbekalkan ilmu tersebut, beliau mempergayakan pendekatan fesyen baru menerusi lakonannya di kaca TV, selain dari menghadiri acara-acara anugerah di Malaysia dan Singapura. Berikutan itu, ramai dikalangan teman – teman artisnya mengikuti gaya fesyennya itu.


Berbekalkan pengetahuan yang sedia-ada, beliau telah melancarkan website ‘BabyFaz’, yang menjual pakaian fesyen terbaru, hasil dari koleksi pilihannya dikalangan pengeluar-pengeluar pakaian fesyen wanita dari seluruh dunia.


Selain tujuan untuk memperagakan koleksi – koleksi terbaru dari BabyFaz, weblog ini juga turut dijadikan medan luahan untuk beliau, mencadang, mengkritik dan memberi pandangan akan fesyen – fesyen terkini yang berada di pasaran Malaysia, maupun serantaunya. Ini juga termasuk peragaan fesyen oleh kenalan -kenalan beliau dari dunia hiburan Malaysia dan Singapura. Apa yang tertulis didalam weblog ini adalah pendapat BabyFaz semata-mata, dan ianya tidak bermaksud untuk memperkecilkan mana – mana pihak. BabyFaz tidak akan bertanggung-jawab terhadap apa juga jenis tuntutan, saman atau perhitungan. Tetamu weblog ini bersetuju akan syarat – syarat tersebut.


Website dan jenama BabyFaz adalah hak milik Fazlina Dato’ Ahmad Daud dan diurus serta ditadbirkan oleh BabyFaz Lifestyle, sebuah perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Fazlina Dato’ Ahmad Daud pula diurus dan ditadbir oleh NaFaz Entertainment. 


Aku Ambik Kat sini Blog Budak nie  Khairil.com

4 comments:

  1. mmg menajdi la dia berlakon kan!

    suka fesyen, patut la dia mmg nampak stylo dlm drama tu pun kan...

    ReplyDelete
  2. Saya suka lakonan dia dlm ramadhan terakhir..mmg menjadi..

    ReplyDelete
  3. ya ker cik betty....selalu jugak Si Fazlina nie berlakon dekat Astro....

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠