17 August 2011

Kek Coklat Kukus

Bahan-bahan:
1 ¼ cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 cawan gula perang
1 cawan susu perisa coklat
1 cawan minyak
¾ cawan serbuk koko
½ cawan susu pekat manis
3 biji telur
Cara Penyediaan:
Panaskan kukusan.
Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan.
Satukan gula perang, susu coklat, minyak dan serbuk koko dalam sebuah periuk kecil. Panaskan atas api kecil sambil dikacau sehingga semua bahan larut. Tutup api dan biarkan sejuk seketika. Sementara itu, pukul telur hingga kembang.
Tapis campuran coklat ke dalam mangkuk adunan. Kemudian masukkan telur yang telah dipukul. Kacau hingga mesra. Seterusnya masukkan campuran tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang 8” yang telah digris dengan minyak atau dilapik kertas minyak. Tutup loyang dengan kerajang aluminium untuk elakkan air dari wap kukusan masuk ke dalam kek.
Masukkan Loyang ke dalam kukusan dan kukus selama satu jam.
Tutup api, keluarkan loyang dari kukusan dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan.

9 comments:

  1. eee sedap giler! buatkan utk zieeee meh meh :D

    ReplyDelete
  2. best la kek ni cik rose...topping dia nk wat camne..?

    ReplyDelete
  3. sedapnya..mintak izin amik resepi yer

    ReplyDelete
  4. @wida

    Amik ler...Cik rose pun copy jugak hihihi

    ReplyDelete
  5. senangnya kak. :) cmni lelaki pun bole bt.

    ReplyDelete
  6. Hai cik rose yg cute, plz contact me soon.. nie nurul from sewlove, visit my blog to see GA Winner list ok ^ ^

    my email:lovelytotty@gmail.com

    If by this sunday 21/8/11 still not receive any respond, your winning will be void, tqvm

    ReplyDelete
  7. mmm...terliur...heee..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda..

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠