03 July 2012

Ciri Wanita Idaman Dan Tidak Di sukai Oleh Johan As ari (Botak)

Dah petang baru publish entry....tadi sibuk edit blog seseorang...Aku terbaca ciri wanita idaman dan tidak di sukai oleh pelakon pujaan ramai......

Johan As'ari ada 10 syarat kepada mana-mana wanita yang mungkin berhasrat untuk menjadinya sebagai bakal suami.

Dalam 10 syarat itu wanita yang digemarinya ialah individu yang mempunyai penampilan menarik terutama sekali berbadan harum dan juga menghormati orang tua.

Johan As'ari

"Ciri-ciri itu penting kerana ia merupakan satu faktor bagi lelaki seperti saya jatuh cinta pada wanita yang akan menjadi bakal isteri saya.

"Walaupun ia kedengaran remeh, tetapi ia sangat membantu dalam mengeratkan sesebuah perhubungan dan menjadikan rumah tangga kita lebih kukuh, Insya-Allah," katanya yang ditemui pada pelancaran filem Pencinta di Taman Melawati, di sini Khamis.

Tambah Johan lagi, seseorang wanita itu juga haruslah taat dan hormat kepada suaminya kerana ia merupakan satu cara untuk kebahagiaan dalam sebuah rumah tangga.

Malah bakal isterinya juga haruslah mempunyai ciri-ciri keibuan yang tinggi kerana ia boleh menyejukkan hati apabila melihat wanita itu peka terhadap alam rumah tangga.

Selain itu, walaupun ia kedengaran pelik, memiliki lesen kereta juga adalah salah satu kriteria wanita pilihan Johan kerana ia menunjukkan wanita tersebut seorang yang berdikari dan mampu menjaga keluarga sekiranya dia sibuk dengan kerja.

Dalam masa yang sama Johan juga amat membenci wanita yang suka bermuka-muka serta cakap lepas kerana ia tidak menggambarkan keperibadian seorang perempuan yang sempurna.

"Sama seperti wanita, lelaki juga suka wanita yang berterus terang dan tidak hipokrit.

"Tidak usah menjadi terlalu sempurna di hadapan saya semata-mata untuk menutup kelemahan, saya percaya pasangan itu saling mencintai kerana boleh menerima kebaikan dan keburukannya," ujar pelakon Juvana ini.

Ciri-ciri wanita idaman dan yang dibenci Johan ialah:

WANITA IDAMAN

1. Memiliki sifat-sifat keibuan

2. Taat dan hormat kepada suami

3. Seorang pembersih

4. Memiliki lesen kereta

5. Berbau wangi

WANITA YANG TIDAK DISUKAI

1. Sudah bersuami

2. Mempunyai sifat bermuka-muka atau hipokrit

3. Suka cakap lepas

4. Wanita yang berkira

5. Lebih tinggi daripada Johan

Note: Sesiapa yg janda tak dapatlah takcle si johan nie hihihi

34 comments:

  1. dh lambat wahai Johan..cewaaahhh!!..ado hatikan..hahaha..

    ReplyDelete
  2. wah abg botak nyew taste..leh tahan gak..hehehe

    ReplyDelete
  3. hehehe..sempat lagi bt entry...siapa ni,..pelakon ker...hah,..pelakon baru ker,..ish camana leeh tak kenal..sbb jarang tgk drama kot

    ReplyDelete
  4. lupo nak tanya..cik rose gn maxis ke celcom...jawab kat komen blog..
    jgn publish

    ReplyDelete
  5. ala...baru je nak tackle dia.. :p :p :P
    ehehehe..cute la botak ni :)

    ReplyDelete
  6. x dapat tackle jugak sebab x de lesen kreta..hihihi

    ReplyDelete
  7. Wahh..johan dlu2 suka skang kurang minat ckit..eheheheheh

    ReplyDelete
  8. hahahahahaha.. sapa2 yang janda melepas la yer... hehehehehe
    minat sangat2 kat Johan ni.. minat dia blakonjer la.. :)

    ReplyDelete
  9. bukan ke dia ni tgh hangat bercinta cintun ngan si J nabila huda tu!

    ReplyDelete
  10. sesaper yg single ada ciri2 yg botak nak bley la try tackle dia hikhikhikhik

    ReplyDelete
  11. ahhaha dia nie memang pelik
    kalau gini ader ke org nak jadi isteri dia ?? ;))

    ReplyDelete
  12. nur ade lesen kerata.. tapi nur rendah dari johan..kompom kena reject ni..hehehehe

    ReplyDelete
  13. nabila huda punya. melepas. hehe.

    ReplyDelete
  14. hallamakk..xdpt la sweety nk mggoda nee..huhuhuhu

    ReplyDelete
  15. lebih tinggi daripada johan pun tak boleh?

    ReplyDelete
  16. Johan Ashaari ni berpendidikan agama (tahfiz Quran), tapi tak nampak pula syarat yg menyatakan wanita bakal isterinya itu perlu berktrampilan sbg muslimah yg menjaga aurat dan patuh kpd agamanya?

    ReplyDelete
  17. raihan suka tgk dia berlakon..^^

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum rose....pada yg masih single boleh la isi borang nyer ye...;)

    ReplyDelete
  19. takpelah tak dapat tackle pun...

    ReplyDelete
  20. cik rose,..

    mana date entry..xdok laa..
    cmana nk tukar '10 ulasan' ngan ayat sendiri?...

    tq,

    ReplyDelete
  21. mcm2 betul yek... tp kan... selalu mmg lah kite tak dpt sesempurna mcm yg kite inginkan... sbb diri kite sndiri pun tak sempurna... huhuhui
    semoga dpt lah jodoh spt yg di idamkan tu kan kak...

    ReplyDelete
  22. sesapa yg single sila ambil kesempatan :)

    ReplyDelete
  23. perempuan tinggi dari lelaki, orang kata murah rezeki.. hehe

    apapun, terimalah pasangan kita seadanya... lelaki baik untuk perempuan yang baik...

    untuk cari yang terbaik, kita juga perlu jadi terbaik untuk pasangan... (^___^)

    ReplyDelete
  24. ala..dya xde lesen..xdpt nk tackle.haha

    ReplyDelete
  25. errr..bukan dia sibuk dating dgn nabila huda ke?

    ReplyDelete
  26. ibu tag cik rose..:)
    http://afiman81.blogspot.com/2012/07/giveaway-by-eiqa-ain.html

    ReplyDelete
  27. haha untuk aku tidak relevant... XD

    ReplyDelete
  28. wahhh tak dapat nk jadik bini dia..coz sy sndiri dah ader suami..hikhik

    ReplyDelete
  29. Bukan senang nak dapat apa yang diidamkan, apa yang penting kena saling melengkapi ;)

    Semoga Johan dapat bertemu Gadis Impian ;)

    ReplyDelete
  30. normally, lelaki mesti sk perempuan yg bersifat keibuan kan...

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠