Pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat pasangan sama cantik sama padan, Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani menimang cahaya mata. Jika Lisa mengandung, pasti ramai peminat setianya yang akan gembira dengan berita tersebut. Malah, kami juga boleh bayangkan, anak mereka nanti pasti comel seperti ibu bapanya juga.
“Ramai yang tegur penampilan Lisa sekarang yang agak berisi sedikit. Tidak dinafikan, selepas berkahwin, berat Lisa dah naik iaitu dari 46 ke 50kilogram sekarang. Alhamdulillah, sama juga seperti kehidupan orang lain selepas berkahwin, Lisa bersyukur sangat dengan kehidupan sekarang,” ujar Lisa memberitahu tanggal 23 Mei lalu genap 3 bulan usia perkahwinan mereka.
“Ia satu proses yang sangat seronok. Walaupun sibuk, namun masing-masing saling memahami sebab dalam satu industri. Kami merancang masa dan walau sesibuk manapun, kami akan tetap berusaha untuk luangkan masa bersama-sama.
“Malah, ketika Lisa shooting filem ‘Dendam Orang Mati’ hari itu, Yusry juga akan datang ke lokasi dan buat kerja dia di sana. Macam sekarang, Yusry sedang sibuk dengan ‘post-production’ filem ‘Vikingdom’ dan juga ‘29 Februari’, namun kami akan cuba juga cari waktu bersama.”
Sebelum ini timbul cerita kononnya Lisa ‘menghalau’ Yusry dari lokasi penggambaran ‘Dendam Orang Mati’ dan Lisa memberitahu, “ Saya bukan halau cuma saya tak bagi dia datang ke set sebab waktu itu saya ada satu babak berat.
“Saya kena buat babak mengamuk dan jika saya tahu dia datang, saya tak boleh nak buat. Ini kerana saya akan cair bila melihat muka dia. Saya hanya bagi dia datang selepas selesai buat babak tersebut. Sebelum ini pun ketika kami sama-sama berlakon filem ‘Ular’ dan memerlukan babak kami memandang antara satu sama lain, Lisa tak boleh buat. Malah, menjadi persoalan juga di sini, adakah Lisa mampu bekerja di bawah arahan dia selepas ini. Apapun, Lisa rasa memang tak boleh kerana bila tengok wajah dia saja, Lisa akan cair.”
Menyentuh soal anak pula, Lisa memberitahu menyerahkan segalanya kepada rezeki dan mengakui tidak merancang mengenai soal cahaya mata. Dalam pada masa yang sama, Lisa yang bakal muncul dengan filem ‘Saya Amat Mencintaimu’ dan ‘Istanbul Akan Datang’ pada bulan Ogos ini juga turut memberitahu tidak sabar untuk berpindah ke rumah baru mereka nanti.
“Buat masa sekarang, kami akan berulang-alik ke rumah keluarga Lisa dan juga dia. Rumah kami berdua kini masih dalam pembinaan dan akan siap tidak lama lagi. Idea asal bagi dekorasi rumah baru kami adalah dari Yusry sendiri. Citarasa kami juga agak sama, jadi tidak susah untuk buat keputusan mengenai konsep rekaan dalaman rumah kami. Bagi rumah baru kami ini, kami bersepakat memilih konsep English-Europian-American.” [sumber]
P/S:Rupa-rupanya...berat badan lisa sudah naik dari 46kg ke 50 kg...Wah!! nampak sangat lisa happy dan bahagia bersama yusry....(Dulu aku waktu bujang berat aku 43kg..kalau naik pun sampai 45 kg...tapi sekarang dah lebih2 beratnya...diet pun tak mau turun hihihi betapa bahagianya berada di samping suami aku ) korang camna pulak....?Sebelum kawin kurus lepas kawin mok hihihi cer..cerita sikit..
lisa tu kalau gemok pon tetap comelkan. jangan marah yer abg yusry hahaha
ReplyDeletehikhik.. samo cam Lisa.. masa nikah 47.. pehtuh sebulan naik jd 50kg wakakakaka...
ReplyDeletesinggah sini tgok cikRose pink
Biasa camtu ek..dh kawen berat naik..dh pregnant lagi lah naik...
ReplyDeleteingatkan lisa dh ngandung..saspenn jek..hihi..sweety lom kawen..so xtau la akn naik ke x..huuhuu
ReplyDeletediorg ni comel kan? ade bby sok nnti msti lagi cumel~~
ReplyDeleteberat badan naik???hahaha..pernah jgk sampai overweight..last2 control mkn n diet...en asben je makin kedepan pewotnye..ehehe. :)
ekekek dah lama isu nie ..
ReplyDeletex sabar nak tunggu dia betul2 ngandung ;))
sama comel dua org ni;) dila pun naik 4 kilo lpas kwin..hihi
ReplyDeleteingatkan betul-betul mengandung.
ReplyDeleteitu lisa,
ReplyDeleteizan lak masa tunang tembun..masa nikah susut...masa pas kawen tembam..masa nak dapat anak ..kering.,,,sekarang 50/50..dah stabil..hihihi
ooo patutlah lisa makin berisi... ingat dah prgnant tp sennag hati.. biasalah kan.. :-)
ReplyDeletesy sblm kawen berat ok.. ngam2 dgn tinggi... tp dah kawen, adoiiii makin kurus kering.. hahhaha
ptot pn lisa nmpak tembam..mmg org kawen jd mcm tu ea?haha...nmpaknya mcm ssah btol nk jg bdan lpas kwen kan?
ReplyDeleteperghh..tajuk entry cik rose ni, betul2 mengujakan..hihi..
ReplyDeletebagus yusri jaga lisa, naik tu..:)
hehe. berat menten je stkt ni kot. turun naik gitu la. ;)
ReplyDeletealamakk tang berat ni seriau...hahahahaha dari 45kg pernah cicah ke 62kg! agagagaga seriau la nak story sebab skang dalam 49kg kadang2 masuk 52kg pon dah seriau...akekekkee btw..sweetnya lisa punya karakter!
ReplyDeleteBUI PUN SAMA..DULU SEBELUM KAWEN BERAT X SAMPAI 50 SEKARANG..HUH,MALAS NAK CERITA..HAHAHAHA..
ReplyDeletehope mereka sentiasa bahagia. ^^
ReplyDeletesuka misai yusri..hahaha
ReplyDelete[as kawen memang ramai berisi.. dni bukan takat berisi... siap kena keluarkan isi sept ni hehehehe
ReplyDeleteorg len gemuk naper akak makin kurus, makan hatikah? tentu sekali tidak..
ReplyDeletepsangan comel.. hehehehe.. :)
ReplyDeleteitu tandanya Lisa dan Yusry sangat2 bahagia..
itu bhagia namanya..hihi.
ReplyDeletehope mereka bahagia hingga ke akhirat
ReplyDeletehanya victoria beckham je yg lps kawen trus kurus kering... hehhehe
ReplyDeletetak sabar nk tunggu lisa dpt baby...
ReplyDeletedulu sebelum kahwin kurus je..45-48 skrg ni br dpt capai berat ideal 55-60...suka suka suka...cuma kena kontrol lemak kt perot jgn bg meninggi...huhu
lorh.. baca tajuk pun ingatkan ngandung betol2... hikhik
ReplyDeleteSenang hati...sbb tu bdn naik ☺☺
ReplyDeletehehhe.. hrp2 cpt2 sorg dpt anak
ReplyDeletelama cik en x terjah blog kawan2 cik en ni..nak tau sebab pe.. kena tengok entry ini
http://www.nurfuzie.com/2012/07/kovensyen-kecemerlangan-diri-dvs-2012.html
Belum rezeki untuk Lisa lagi, takpe masih awal lagi tu :)
ReplyDeletep/s: Kak, samala macam Myra sebelum kawen kurus, dah kawen, hmmm alahai :)
lisa tu cun..gemok pon tak pe..hhehehe
ReplyDeletesalam Rose.Maaf lewat ya.okey..k.atie dah PM
ReplyDeleteyusry jg elok la tu hihihi....tp lisa ttp comel
ReplyDeletelisa mmg nmpk sgt2 da gemuk..ehehehhe btw hope mrk bahagia...
ReplyDeleteassalamualaikum rose...semoga mereka bahagia hendaknya...;)
ReplyDeletekalau izan... lebih kurang aje sblm ngan selepas kawen. tapi paling kurus pernah capai jugalah lepas bersalinkan si kembar. cam tak percaya bawah 50kg. skrg tgh peknen mcm dipam2 pun adooo...
ReplyDeletehah, tambah 1 kg, berat lisa sama dengan berat masz sekarang.. ngeh3
ReplyDeletepasni dia tak turun2 dah laa sebab ngandung :)
ReplyDeleteharap2 ada la nanti ^_^
ReplyDeletelama tak ke sini.. dah lain sangat.. cantik!
ingat betol lah mengandung nyer hah....
ReplyDeletetengah bahagia tu..:)
ReplyDeleteberat bdn PU dulu 50kg..bile bertunang naik 55kg..khwin je terus naik 60kg...smpi skang maintain 60kg je..
ReplyDeleteyerla dia mmg tembam lani..ati senang kot..hehee
ReplyDeleteAku pun bahagia gak sama bini aku ..terus perut naik tak mahu turun-turun..hehehehehe
ReplyDeletedya tak kawin lgi..haha..
ReplyDeletekenapa bila kawen berat badan mesti naik?
ReplyDeleteCik rose,..header miaduniaku hilang...mana pergi????...walau dah habis loding???
ReplyDeletehihi..so sweet..
ReplyDeletesemoga kebahagian berkekalan dan yusri dapat membimbing lisa menjadi isteri solehah :) amin~
hoho...syukurrrlaaa....moga2 dimurahkan lagi rezeki dorang berdua ni...
ReplyDeletesebelum & selepas kawin for sure ada beza punya..nak-nak lagi pompuan dah beranak pinak...huhuuh...diet pun takmo turun dah...sentap sungguh....tunggu puasa ni ingat sebulan tak nak makna nasi...tapi boleh ke....
ReplyDeletemasa belum kawin tanya bila nak kawin. dah kawin tanya bila nak dapat anak. dah dpt anak akan tny bila nak tambah lagi.adehhh...
ReplyDeletela ingatkan betol2 ngandung..xpa sabar yer lisa n yusry...=)
ReplyDelete