Dah petang baru publish entry....tadi sibuk edit blog seseorang...Aku terbaca ciri wanita idaman dan tidak di sukai oleh pelakon pujaan ramai......
Johan As'ari ada 10 syarat kepada mana-mana wanita yang mungkin berhasrat untuk menjadinya sebagai bakal suami.
Dalam 10 syarat itu wanita yang digemarinya ialah individu yang mempunyai penampilan menarik terutama sekali berbadan harum dan juga menghormati orang tua.
"Ciri-ciri itu penting kerana ia merupakan satu faktor bagi lelaki seperti saya jatuh cinta pada wanita yang akan menjadi bakal isteri saya.
"Walaupun ia kedengaran remeh, tetapi ia sangat membantu dalam mengeratkan sesebuah perhubungan dan menjadikan rumah tangga kita lebih kukuh, Insya-Allah," katanya yang ditemui pada pelancaran filem Pencinta di Taman Melawati, di sini Khamis.
Tambah Johan lagi, seseorang wanita itu juga haruslah taat dan hormat kepada suaminya kerana ia merupakan satu cara untuk kebahagiaan dalam sebuah rumah tangga.
Malah bakal isterinya juga haruslah mempunyai ciri-ciri keibuan yang tinggi kerana ia boleh menyejukkan hati apabila melihat wanita itu peka terhadap alam rumah tangga.
Selain itu, walaupun ia kedengaran pelik, memiliki lesen kereta juga adalah salah satu kriteria wanita pilihan Johan kerana ia menunjukkan wanita tersebut seorang yang berdikari dan mampu menjaga keluarga sekiranya dia sibuk dengan kerja.
Dalam masa yang sama Johan juga amat membenci wanita yang suka bermuka-muka serta cakap lepas kerana ia tidak menggambarkan keperibadian seorang perempuan yang sempurna.
"Sama seperti wanita, lelaki juga suka wanita yang berterus terang dan tidak hipokrit.
"Tidak usah menjadi terlalu sempurna di hadapan saya semata-mata untuk menutup kelemahan, saya percaya pasangan itu saling mencintai kerana boleh menerima kebaikan dan keburukannya," ujar pelakon Juvana ini.
Ciri-ciri wanita idaman dan yang dibenci Johan ialah:
WANITA IDAMAN
1. Memiliki sifat-sifat keibuan
2. Taat dan hormat kepada suami
3. Seorang pembersih
4. Memiliki lesen kereta
5. Berbau wangi
WANITA YANG TIDAK DISUKAI
1. Sudah bersuami
2. Mempunyai sifat bermuka-muka atau hipokrit
3. Suka cakap lepas
4. Wanita yang berkira
5. Lebih tinggi daripada Johan
03 July 2012
34 comments:
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
dh lambat wahai Johan..cewaaahhh!!..ado hatikan..hahaha..
ReplyDeletewah abg botak nyew taste..leh tahan gak..hehehe
ReplyDeletediman nyerrr
ReplyDeletehehehe..sempat lagi bt entry...siapa ni,..pelakon ker...hah,..pelakon baru ker,..ish camana leeh tak kenal..sbb jarang tgk drama kot
ReplyDeletelupo nak tanya..cik rose gn maxis ke celcom...jawab kat komen blog..
ReplyDeletejgn publish
ala...baru je nak tackle dia.. :p :p :P
ReplyDeleteehehehe..cute la botak ni :)
x dapat tackle jugak sebab x de lesen kreta..hihihi
ReplyDeleteWahh..johan dlu2 suka skang kurang minat ckit..eheheheheh
ReplyDeletehahahahahaha.. sapa2 yang janda melepas la yer... hehehehehe
ReplyDeleteminat sangat2 kat Johan ni.. minat dia blakonjer la.. :)
bukan ke dia ni tgh hangat bercinta cintun ngan si J nabila huda tu!
ReplyDeletesesaper yg single ada ciri2 yg botak nak bley la try tackle dia hikhikhikhik
ReplyDeletesuka john ni...
ReplyDeleteahhaha dia nie memang pelik
ReplyDeletekalau gini ader ke org nak jadi isteri dia ?? ;))
nur ade lesen kerata.. tapi nur rendah dari johan..kompom kena reject ni..hehehehe
ReplyDeletenabila huda punya. melepas. hehe.
ReplyDeletehallamakk..xdpt la sweety nk mggoda nee..huhuhuhu
ReplyDeletelebih tinggi daripada johan pun tak boleh?
ReplyDeleteJohan Ashaari ni berpendidikan agama (tahfiz Quran), tapi tak nampak pula syarat yg menyatakan wanita bakal isterinya itu perlu berktrampilan sbg muslimah yg menjaga aurat dan patuh kpd agamanya?
ReplyDeleteraihan suka tgk dia berlakon..^^
ReplyDeleteassalamualaikum rose....pada yg masih single boleh la isi borang nyer ye...;)
ReplyDeletetakpelah tak dapat tackle pun...
ReplyDeletecik rose,..
ReplyDeletemana date entry..xdok laa..
cmana nk tukar '10 ulasan' ngan ayat sendiri?...
tq,
mcm2 betul yek... tp kan... selalu mmg lah kite tak dpt sesempurna mcm yg kite inginkan... sbb diri kite sndiri pun tak sempurna... huhuhui
ReplyDeletesemoga dpt lah jodoh spt yg di idamkan tu kan kak...
sesapa yg single sila ambil kesempatan :)
ReplyDeleteperempuan tinggi dari lelaki, orang kata murah rezeki.. hehe
ReplyDeleteapapun, terimalah pasangan kita seadanya... lelaki baik untuk perempuan yang baik...
untuk cari yang terbaik, kita juga perlu jadi terbaik untuk pasangan... (^___^)
cik rose minat johan yer..:)
ReplyDeleteopsss tak nak dia..hehe
ReplyDeleteala..dya xde lesen..xdpt nk tackle.haha
ReplyDeleteerrr..bukan dia sibuk dating dgn nabila huda ke?
ReplyDeleteibu tag cik rose..:)
ReplyDeletehttp://afiman81.blogspot.com/2012/07/giveaway-by-eiqa-ain.html
haha untuk aku tidak relevant... XD
ReplyDeletewahhh tak dapat nk jadik bini dia..coz sy sndiri dah ader suami..hikhik
ReplyDeleteBukan senang nak dapat apa yang diidamkan, apa yang penting kena saling melengkapi ;)
ReplyDeleteSemoga Johan dapat bertemu Gadis Impian ;)
normally, lelaki mesti sk perempuan yg bersifat keibuan kan...
ReplyDelete