Ramai betul artis nak menamat zaman bujang hihihi....Eloklah tue....Irma Hasmie sahkan bakal bertunang
Irma Hasmie mengesahkan bakal bertunang dengan jejaka pilihan hatinya pada tahun ini namun enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut.
Sebuah portal hiburan melaporkan Irma bakal mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya dalam beberapa minggu lagi.
Mereka dilaporkan memilih tarikh 27 Mac 2012 sebagai hari bersejarah itu yang dijadualkan akan berlangsung di kediaman keluarga Irma di Sungai Buloh
Laporan itu turut menyebut Irma terpaut hati dengan jejaka berkenaan ketika sama-sama menunaikan Umrah di kota suci Mekah baru-baru ini.
Bagaimanapun, Irma ketika ditanya mengenai majlis dan bakal tunangnya enggan mendedahkan sebarang maklumat ketika ini dan meminta pihak media menunggu masa sesuai.
“Saya tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan sebelum majlis itu berlangsung. Maaf, harap doakan yang terbaik dan dipermudahkan dalam segala urusan,” ujarnya.
Irma sebelum ini pernah bercinta dengan aktor Farid Kamil dan penyampai radio Suria FM iaitu Nabil (Raja Lawak) sebelum hubungan itu terputus di tengah jalan.
Pelakon yang manis menggayakan tudung itu juga pernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan pereka fesyen terkenal iaitu Ezuwan Ismail selepas sering kelihatan bersama.
P/S:Eloklah tue Irma...tak adalah lagi orang membuat tanggapan negatif terhadap irma ya....Semoga Di permudahkan segala urusan Amin....
irma ni cantikkan.. moga segala apa yg dia rancang berjalan lancar.. :-)
ReplyDeletewah..alhamdulillah!! jodoh die dah sampai..comel dan manis je die ni kan?
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan pertunangannya (:
ReplyDeleteALHAMDULILLAH..*_*
ReplyDeletehoho...manis je tgk rupa dia...
ReplyDeleteKahwin cepat, dpt anak cepat dan berbahagia selamanya spt org tua2 dulu...
ReplyDeletemanis singguh Irma bila bertudung
ReplyDeleteAlhamdullillah..
ReplyDeletesuka tgk Irma ni..
aduuu...comelnya irma..sape la lelaki bertuah tu eh...
ReplyDeletesemoga semuanya berjalan lancarkan?
ReplyDeletealhamdulillah. semoga dipermudahkan segala urusan
ReplyDeleteKurang sorang lagi orang yang bujang kat muka bumi nie.. Alhamdulillah...
ReplyDeletesemoga jodohnya berkekalan..
ReplyDeletetahniah irma
ReplyDeleteSiapalah yg bertuah dpt sicantik manis nikan.. :D
ReplyDelete