22 March 2012

Shahrizal Jazsle Sukar bangun Pagi..

Sekarang nie....macam2 gosip mengenai seorang pelakon niekan....Aku pun tak tahu entah betul ke tidak tentang isu nie....mengatakan Jaszle banyak menimbulkan masalah kat lokasi kerana lewat bangun pagi....



" Pelbagai khabar angin bertiup mengenai masalah disiplin yang selalu ditimbulkan oleh Shahrizal Jazsle ketika berada di set penggambaran. Itu belum kira lagi dengan kontroversi hubungannya sebelum ini dengan beberapa pelakon wanita tempatan.
Namun begitu, kita lupakan sebentar dan mari dengar pula penjelasan dari mulut Shahrizal sendiri. Ya, OHBULAN! tahu ramai yang tidak sukakan Shahrizal Jazsle, biasalah kan, artis baru tapi semua di’kaut’nya.
Ketika sesi sidang akhbar pelancaran drama dari slot Lestary yang berjudul “3 Janji” telah memberikan kami peluang untuk mendapatkan penjelasan menyeluruh mengenai masalah yang menimpa pelakon filem “Azura 2012″ ini.
“Sejak akhir-akhir ini, saya ada masalah bangun lambat. Saya sendiri pun tak tau kenapa saya bangun lambat,” ujar Shahrizal memulakan perbualan.
Shahrizal menjelaskan walaupun dia sudah menyediakan loceng jam untuk bangun pagi, namun dirinya masih tetap sukar untuk bangun tidur. Masalah ini dikatakan berpunca dari Shahrizal sendiri yang mengaku bahawa dia sukar untuk tidur awal. Disebabkan itu, Shahrizal mengambil nasihat kakaknya yang juga seorang doktor.
“Kakak saya ada memberikan saya pil supaya senang tidur, namun setelah memakannya, hampir 2 hari pula saya tidur,” jelas Shahrizal lagi.
Shahrizal ketika ditanya adakah dia ada mengambil jalan untuk menyelesaikan masalah yang menimpa dirinya ini, jelasnya, dia akan cuba mengatasi masalah ini sendiri. Dia turut menjelaskan bahawa isu putus cintanya dengan Miera Liyana juga bukan punca dia bangun lambat.
Dalam pada itu, Shahrizal telah diberi kepercayaan oleh pengarah drama “3 Janji”, Heykal Hanafiah, untuk membawa watak Kursyi dan digandingkan bersama Liyana Jasmay untuk drama bersiri 13 episod ini."

Ps: Sekarang nie aku duk sibuk melayan 3 janji pulak hihihi hari tue aku tengok episod pertama macam best jer.....tak sabar nak tunggu episod seterusnya...

6 comments:

  1. mcm2 hal la dia ni..

    p/s: eh eh..comel header tu.. =)

    ReplyDelete
  2. Salam Rose..moninggggg.Mcm2 kisah artis ya...
    Comelnya header baru Rose..pandai Rose tukar2 header,tpt komen pon cantik!!!

    ReplyDelete
  3. da bgn lambat so x solat subuh lettew

    ReplyDelete
  4. a'aaa sy pun tgh layan 3 janji..hihii

    ReplyDelete
  5. emm klu diiplin teruk tak lamalah jadi artis..:)

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠