Mak dan bapak cantik mesti anak comelkan...dengar kata...anak Eizlan Yusof nie...nak jadik model....hahaha Jom! baca di bawah...
Kecik-kecik dah pandai bergaya dan posing....
Dikurniakan sepasang cahaya mata, Vee Zara, 4, dan Zaaref Yusof, 2, Eizlan Yusof berkata kedua-dua anaknya sudah menunjukkan minat dalam bidang seni dan pertahanan sejak kecil lagi.
"Kedua-dua anak saya punya minat dalam bidang yang berbeza. Malah, masing-masing sudah mula menunjukan minatnya sejak dari kecil lagi.
"Anak saya yang perempuan iaitu Zara, memang suka bergaya dan dia seorang yang pandai beraksi atau pose apabila di hadapan kamera.
"Saya sendiri pun tidak pernah mengajar begitu tetapi dia sendiri yang minat ke arah itu. Disebabkan itu, baru-baru ini dia ada dipanggil untuk menjadi model iklan bayi.
"Selain suka beraksi dihadapan kamera, dia juga suka menyanyi. Bayangkan dia boleh menghafal lagu artis kegemarannya iaitu Beyonce dan Miley Cyrus dengan lancar. Kagum dan terkejut juga saya.
"Sementara, anak lelaki saya, Zareef yang baru berusia dua tahun itu pula belum lagi menunjukkan apa-apa minat selain bertindak aktif dan lasak dengan memanjat pintu pagar dan sebagainya.
"Saya tidak terkejut jika Zareef bakal menceburi bidang pertahanan seperti tentera atau sebagainya," katanya yang geli hati apabila teringat gelagat anak-anaknya.
Meskipun memberi kebebasan kepada kedua-dua anaknya untuk menceburi apa jua bidang, namun dalam masa yang sama Eizlan tetap akan memastikan anaknya-anaknya diberi pengetahuan serta ilmu agama yang kuat.
"Jika betul Zara suka akan bidang seni dan modeling, saya akan menyokongya. Lagipun ibunya adalah orang yang selalu membawanya untuk pergi uji bakat.
"Cuma terus-terang, saya tidak menggalakkan untuk mereka menceburi bidang tersebut.
"Namun saya tetap memberi kelonggaran kepada bidang yang mereka minati asalkan mereka cukup pegangan agama.
"Disebabkan itu, saya akan mendaftarkan anak-anak saya ke sekolah swasta Islam seawal usia lima tahun nanti," luahnya lagi.
Eizlan Yusof dan isteri, Vie Shantie telah berkahwin pada 7 Julai 2007 lalu.
P/S: Bagus jugak Eizlan Yusof nie...nak daftar anaknya sekolah swasta Islam seusia 5 tahun...Bukan apa...ada setengah kita..mesti daftar anaknya sekolah swasta 5 tahun biar tahu bahasa inggeris hihihi...Cik rose no komen pasal tue...Mungkin ibubapa ingin yg terbaik untuk anak mereka...
comel!
ReplyDeletecantek nya
ReplyDeleteda maknya pon comel
ReplyDeletemmg comey lote
ReplyDeletemmg comel btol la anak2 Eizlan ni..
ReplyDeletebagusla mmg patut bg pendedahan agama kepada anak2 dr awal lg
jemput join contest awan sy di sini, xde sapa join so sng nak menang >_<
ReplyDeletehttp://fatirahcollection.blogspot.com/2012/03/contest-fc-untuk-semua-hadiah-bernilai.html
salam... cantiknye blog ni.. bertukar lagi :D.. semuanya cantik2 kak..
ReplyDeleteAnak adalah amanah Allah. setiap ibu bapa akan cuba yg terbaik utk anak2 mereka..
ReplyDeletejadi model saya tak galakkan...kang takpasal2 kena menanggung dosa anak tu yang terdedah sana sini...hihhiii
ReplyDeleteWah , bestla jd anak dia XD
ReplyDeleteCantik blog :)
@LadyBird
ReplyDeleteTerima kasih lady...
sangat comel geramm
ReplyDeletesalam Rose..apa kabar?mmg comel anak2 artis Eizlan & Vie ni kan?ya la dah mak-ayahnya pon cantik & kacak....
ReplyDeleteTrtarik ngan ayat Eizlan..'kagum & trkejut bila anaknya pandai menghafal lagu artis barat'...bagi k.atie alangkah sejuknya hati & kagum bila anak pandai mengaji & menghafaz Al-Quran dlm usia mereka yg kecil.
Tp biasalah dunia artis...penuh glamour..
tgk mak dgn ayah diorg la..hihi.cntik sgt anak2 diorg.
ReplyDeleteemm memang comelkan.. like mak n pak dia lah.. puteh gebu
ReplyDeletecomey laaa anak diaaa.. huhu.
ReplyDeletewah wah...memang comella....cubit pipi kang...
ReplyDeleteala, saya pun hantar ke sekolah agama jugak. tapi 4 thn la. blh nak jeles2 dgn datuk gitu? hehehe... tp anak datuk ni memang cute mute.
ReplyDeletecomel si zara...mewarisi kecantikan ibu..hehe.
ReplyDeletememang comel anak dia... serupa mak dan ayah dia... cantik dan tampan... :)
ReplyDeletemmg ada gaya model.comel sgt..:)
ReplyDeletesebab acuan dia pun cun2 dpt anak pun mesti lah cun...tp ske meka ni pandai didik istri bertudung sopan :)
ReplyDeletehai cik rose...masak ape arini..bz ker tak updated blog pagi ni..?
ReplyDeletecomel yg amat sesangatlah comel....!!
ReplyDeletewah mmg cantek & comel anak dio...
ReplyDeleteisteri die lawa ank comel.huhu
ReplyDelete