26 March 2012

Comotnya Syifa

Selamat pagi you all...hari nie adalah hari isnin...Sewaktu aku kerja dulu...hari isninlah hari yang paling malas...nak tahu kenapa? hari isnin adalah hari first kerja hihihi...Korang yang kerja hari nie mesti liat nak bangun pagi? betul tak....
nie syifa baru lepas makan comot betul...Syifa sekarang dah pandai minum air masak sendiri tau.....dan memang sangat-sangattttt suka minum air masak,kalau separuh letak dalam bekas yg dia pegang dalam gambar tue pasti habis hihihi...korang mesti suka jugak kalau anak korang suka minum air masakkan...air memang elok untuk kita... (abaikan kat  kerusi yang kena conteng oleh si kakak hihihi)

KEBAIKAN MINUM AIR MASAK SELEPAS BANGUN DARIPADA TIDUR.

Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat. Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya. Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.

Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa. Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.

Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.

Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:
Tekanan darah tinggi – 30 hari
Gastrik – 10 hari
Diabetes – 30 hari
Sembelit – 10 hari
Kanser – 180 hari
Tibi – 90 hari.

Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

 tengok kat hidungnya pun ada nasi hihihi...Kadang-kadang tue...kalau kita suap nasi ke mulut dia..pasti dia akan keluarkan nasi tersebut dan suapkan ke mulut kita balik....kikiki...


Nota Kaki: Semoga ceria di pagi isnin yang indah "smile Be Happy" kerja rajin2 ya...yang surirumah masak apa hari nie?



21 comments:

  1. anak-anak sy pun alhamdulillah suka minum air masak..yg maknya lak nk kena paksa diri minum air masak HEUHUEHUE

    ReplyDelete
  2. tu diaaa.tembamnya syifa.rasa nak cubit2 pp dia tu.gerammmmmmmmm!

    ReplyDelete
  3. good info...sha mmg amalkan minum air waktu pagi tapi lepas mandi...& slalunya segelas je...pasni nak cube ikut info ni plak la...thanks for sharing ya...oh ya, bagus syifa diajar minum air masak ni....

    ReplyDelete
  4. bulat mata syifa ..
    akak suke minum air masak
    kewajipan dari anak dara layie
    skrg sellau ingatkan anak2 kepentingan air masak
    even mereka ke sek akak bekalkan minum air masak ;)

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan dr kak Nurul dan follow sini...
    Tembamnya pipi Syifa....

    ReplyDelete
  6. Bagus la Syifa suka minum air masak. Anak bujang akak tu, ya Allah..siksa nak soh minum air masak. Dia minum bila terdesak haus sgt. Geram betul akak sampaikan akak tak buat air manis dlm peti tu.

    ReplyDelete
  7. bagusnya, anak saya sejak baby sampai sekarang susah benor nk minum air masak... kalau minum pun seteguk dua jer...nk kata abis sebotol tu payah... ada tips x camner nk bg dia suka? at least for my second baby nih leh la ajar minum air masak...

    ReplyDelete
  8. 4 gelas?! wah, byk tu hi hi... aida ni if terlebih air masak, sure kat ofis ulang-alik tandas selalu!!! but tq for the good tips :)

    ReplyDelete
  9. auntie mia nak cubit pipi tu skit... boleh tak?

    ReplyDelete
  10. Salam Kenal..

    Comelnye syifa...
    pp die sangat best...
    Kiss cikit...Muaaah...

    ReplyDelete
  11. hehe ingat kan syifa yang conteng kusi tuu..bagus syifa suka minum air masak kan..air yang terbaik adalah air masak tu la kan ...

    ReplyDelete
  12. Petua aruah ayah saya ialah lepas bangun pagi pergi minum segelas air masak dan kumur-kumurkan ia sebelum ditelan, insyaallah mudah ke tandas. Memang sampai sekarang saya amalkan petua itu dan dengan izin Allah saya tak pernah hadapi masalah sembelit...

    ReplyDelete
  13. Tembam si Syifa...hehehhee

    ReplyDelete
  14. BUI SELALU AMALKAN MINUM AIR MASAK SEBELUM TIDUR..

    COMELNYA SYIFA..PIPI DAN MATA SAMA2 BULAT..EIII,GERAMNYA

    ReplyDelete
  15. cutenyee dia!!

    btol tu bgus sgt2 minum air masak..

    ReplyDelete
  16. mmg sealu amalkan minum air masak lepas bangun tidur,tp yg nie macam byk plak syaratnya.hehe..

    syifa tembam ttp comel..:)

    ReplyDelete
  17. bkn snang bdk2 nk sk minum air msk.. bgus syifa :-)

    harini sy msk ikang singgang dgn sambal belacang..hihii

    ReplyDelete
  18. tembamnye shifa niiii!! gerammmmm

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠