Assalmualaikum...
Salam Hari Jumaat buat semua pengunjung blog "smile Be Happy serta rakan2 yang tidak jemu2 singgah ke blog aku... Semoga hari yang mulia ini kita semua akan dirahmati dan di berkati...Gambar2 kat bawah aku carik kat google...
SubhanAllah...Hatiku benar-benar tersentuh bila melihat gambar di atas...Seorang lelaki yang tidak menpunyai kedua-dua belah kaki....Masih mampu untuk mengerjakan seruan Allah!Apatah lagi kita yang sempurna fizikal?SubhanAllah...
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda:
Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki
para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t.
Para Malaikat selalu mengelilingi bumi.
Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir.
Apabila mereka dapati ada satu majlisyang dipenuhi dengan zikir,
mereka turut mengikuti majlis tersebut dimana mereka akan
melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah
memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut danlangit.
Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar,
para malikat naik ke langit.
Allah s.w.t bertanya para malaikat meskipun Allah mengetahui pergerakan mereka:
“Dari mana kamu datang?”
Malaikat menjawab:“Kami datang dari tempat hamba-hambaMu di dunia.
Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dari-Mu.”
Allah s.w.t berfirman:“Apakah yang mereka pohonkan.?”
Para Malaikat menjawab:“Mereka memohon Syurga dari-Mu.”
Allah berfirman:“Apakah mereka pernah melihat Syurga-Ku?”
Para Malaikat menjawab:“Belum, wahai Tuhan.”
Allah berfirman:
“Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Syurga-Ku?”
Malaikat berkata lagi:“Mereka juga memohon daripada-Mu perlindungan.”
Allah berfirman:“Mereka pohon perlindungan-Ku dari apa?”
Malaikat menjawab:“Dari Neraka-Mu, wahai tuhan.”
Allah berfirman:“Apakah mereka pernah melihat Neraka-Ku?”
Malaikat menjawab:“Belum.”
Allah berfirman:
“Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Neraka-Ku.”
Malaikat terus berkata:“Mereka juga memohon keampunan-Mu.”
Allah berfirman:
“Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada mereka
apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala
kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan.”
Malaikat berkata lagi:
“Wahai tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hamba-Mu.
Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk
menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa
ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu.”
Allah berfirman:
“Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak
dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan.
kagum tengok mereka...takde halangan untuk solat..
ReplyDeleteSalam jumaat :D
ReplyDeleteSalam jumaat kak rose...
ReplyDeletesemoga hari ni lebih baik drpd semalam,kan...amin!
subahALLAH... sesungguhnya ALLAH itu maha Pengampun..
ReplyDeletedimana2 sekalipun boleh janji niat nak berjumpa allah tuu ;)
ReplyDeletewalau apa pun keadaan kita.. kita mmg patut solat kan..
ReplyDeletemmg kagum tgok mereka dlm gambar tu..:)
ReplyDelete