08 March 2012

Akhirnya Jodoh Fasha Sandha Adalah Jejai

Putus sambung...putus sambung...tup-tup kawin jugak tahun pada 29 April 2012.Jodoh mereka berdua memang kuat walaupun pelbagai rintangan menghalang mereka hihihi....


fasha kahwin
Menurut Berita Harian, segala persiapan sudah pun selesai dilakukan. Manakala jemputan untuk majlis perkahwinan mereka ke Bali hanya sekitar 100 orang termasuk ahli keluarga dan media. Memang benar-benar ekslusif.
Walau sebelum ini ramai meneka mereka akan melangsungkan pernikahan di Jakarta, Indonesia, ia tidak benar. Sebaliknya pulau peranginan eksotik iaitu Bali menjadi pilihan kerana mood romantis yang wujud di pusat peranginan terkenal itu. Mengikut perancangan, busana pengantin mendapat sentuhan pereka tempatan popular, Rizman Ruzaini, manakala kepercayaan untuk menyolek wajah bakal pengantin pula diberikan kepada jurusolek kegemaran ramai artis ternama, Tiar Zainal.
Apa pun tahniah kepada Fasha akhirnya bakal bergelar isteri juga. Semoga segala persiapan berjalan dengan lancar. Rasanya gambar pre wedding Fasha dan Jejai pun sudah selesai ditangkap. Harap-harap sudilah berkongsi dengan peminat.

P/S:Woi!! belum apa-apa lagi dah ada gambar 'pre wedding' hihihi apa-apa pun tahniah!! untuk pasangan ini...

11 comments:

  1. sampai dah jodoh dia.... :)

    moga berkekalan hingga ke akhirnya... ;)

    ReplyDelete
  2. congrats even x minat ngan fs ni but dh jodoh khen, moga kekal hendaknyer @_@

    ReplyDelete
  3. sampai dah jodoh dia.... :)

    moga berkekalan hingga ke akhirnya... ;)

    ReplyDelete
  4. Kawin juga akhirnya.. ;)
    Moga kekal hingga ke Syurga.. ;)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. semoga segalanya berjln lncar.. mmg jodoh mereka kuat..

    ReplyDelete
  6. i am fasha lover . hehe SUKANYA kt si fasha ne tao :DDD

    ReplyDelete
  7. akhirnya.... suke ngn lakonan fasha n disiplin dia.... bab sosial tuh takmo campor heheheh boleh gitu

    ReplyDelete
  8. perghhh...jodoh Fasha ni la sorang2 je yang memiliki kete Camaro dalam citer transformers tu!hehe...setailo gilaaa!

    ReplyDelete
  9. sebelumgambar pre wedding pun dh bykgambar lebih dr tu.haha..

    Alhamdulillah sbb fasha dh bertemu jodoh..:)

    ReplyDelete
  10. SYUKUR ALHAMDULILLAH,JADI JUGAK DIA ORG

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠