Selamat malam...malam2 baru aku nak publish entry.....Tadi kat tv 3 aku tengok iklan KFC yg terbaru....Korang perasan tak iklan KFC kat tv 3 tue....Macam kelakar pun ada tapi menarik jugak...
"Balik Makan....ooo balik makan...."
KFC Malaysia memperkenalkan slogan baru ‘So Good’, yang menggantikan slogan popularnya sebelum ini, iaitu ‘Finger Lickin’ Good’ dan memperuntukkan RM3.5 juta bagi kempen promosi serta pengiklanan.
Pengarah Kewangan KFC Holdings (Malaysia) Bhd, Mohammad Alwi, berkata kumpulan itu bercadang membelanjakan RM2 juta bagi mempromosikan slogan baru itu, dan RM1.5 juta bagi sajian kegemaran popular yang diperkenalkan semula, OR Chicken Chop.
“Tagline ‘Finger Lickin’ Good’ sangat baik dan sudah banyak memberi manfaat kepada kami selama ini, namun tagline baru, iaitu ‘So Good’ membolehkan kami menyampaikan dengan efektif mesej dan jenama kami kepada sasaran yang lebih besar,” katanya kepada media selepas melancarkan slogan itu serta pengenalan semula sajian chicken chop di Kuala Lumpur, semalam.
Katanya, penukaran slogan itu dibuat dan akan digunakan di 14,000 restoran KFC di seluruh dunia.
ada iklan baru ek? nampak sgt lama tak tgk tv. hehehe...
ReplyDeletextgk lg iklan br kfc ni,,
ReplyDeletesape yang nyanyi lagu ni ye.sedap gak suara die....
ReplyDeleteanak saya leka kalau dgr iklan kfc ne ,best kalau dgr ...
ReplyDelete