01 March 2012

Kesian Azean Irdawati

Korang tahu ke?keadaan Azean irdawati sekarang....Aku pun tak tahu...baru tadi aku baca kisahnya....Kesian pulak aku baca kisahnya....

Pelakon Azean Irdawaty , seperti laporan Mstar Online, merayu kepada orang ramai untuk mengadakan solat sunat hajat untuknya sebagai “hadiah” sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-62 tahun semalam.
Photobucket
Azean berkata, keadaan kesihatannya semakin kritikal kerana penyakit Lymphedema: kesan pembedahan membuang 16 kelenjar yang dilakukan pihak hospital ketika menghadapi barah payu dara sebelum ini.
"Syukur Alhamdulillah, hari ini (27 Februari 2012) saya sudah 62 tahun. Saya nak minta “hadiah” sempena hari lahir saya. Boleh tak panggil orang-orang masjid buat solat hajat minta saya sembuh."
Dalam SMS kepada Mstar, Azean memberitahu dia merasakan tulang pada bahagian belakang badannya bertambah sakit manakala kakinya juga menjadi kebas. Badannya juga berasa panas. Tertekan dengan situasi yang dihadapi; dia memohon orang ramai agar mendoakan kesejahteraan kesihatannya.
"Saya rasa panasnya macam api dalam daging. Azab rasanya. Tolonglah saya (menunaikan solat hajat).
Beberapa rakan artis sedang berusaha untuk menguruskan solat hajat di beberapa buah masjid bagi memenuhi keinginan seniwati tersebut selain mendoakan kesakitan yang dialaminya itu berkurangan.

Kepada pembaca yang budiman......, marilah kita bersama mendoakan kesihatan Azean Irdawati semoga keadaannya bertambah baik...Amin...

7 comments:

  1. SEMOGA IMPIAN DIA TERTUNAI JUGAK NNT

    ReplyDelete
  2. sama2lah kita mendoakan yg trbaik utk beliau....

    ReplyDelete
  3. baca dua hari lepas dalam forum. memang kesian tapi tu ujian untuk dia kan...

    ReplyDelete
  4. sama samalah kita doakan yg terbaik semoga dia sembuh..

    ReplyDelete
  5. moga dia sembuh.. sama2lah kita doakannya

    ReplyDelete
  6. sama-sama berdoa utk beliau kan..

    hyeee cik rose ...how r u ",

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠