Syifa Waktu Baby...
assalammualaikum......
Rezeki dan anugerah Allah bukan sahaja yang berbentuk emas permata dan wang yang bertimbun tetapi juga anak-anak yang ramai yang baik dan soleh. Bagi pasangan yang tidak diberikan anugerah anak atau zuriat keturunan walaupun sudah lama berkahwin maka mereka perlu bersabar, berusaha dan pasrah terhadap ketentuan Allah ke atas mereka.
Tentu ada hikmah di sebaliknya yang tidak kita ketahui. Pasangan yang tidak dikurniakan zuriat terkadang lebih baik kerana mereka sentiasa bergantung harap kepada Allah, sentiasa berdoa dan merintih rayu kepada Rab al-'Alamin agar dikurniakan zuriat. Rintihan, rayuan dan harapan kepada Allah itulah sebenarnya menjadikan Allah sayang dan kasih kepada mereka.
Janji Allah bahawa sesiapa sahaja yang berdoa, merayu merintih kepada Allah pasti Allah akan menyahut dan mengabulkan permohonannya cuma mungkin dalam keadaan yang dia sendiri tidak mengetahuinya.
Dalam hadis Rasullah S.A.W bersabda :
"Sesiapa yang berdoa mengharapkan sesuatu dari Allah nescaya Allah akan memberinya, sama ada diberikan segera atau disimpan untuk kebaikannya di akhirat atau dihindarkan kejahatan darinya".
Walaupun pasrah terhadap ketentuan Ilahi yang masih belum mengurniakan zuriat keturunan namun ia bukannya halangan untuk berusaha asalkan usaha yang dilakukan tidak melanggar ketetapan syariat.
Wallahualam
sy tag Cik Rose :)
ReplyDeletehttp://nourayuadieb.blogspot.com/2012/02/1st-segmen-jom-review-blog-kami.html
betoi. betoi.. usaha dan terus berusaha .. doa dan terus berdoa... happy...
ReplyDeletetmbamnye pp
ReplyDeletebetul tu pasti ada himahnya bagi pasangan yg tidak ada zuriat..
ReplyDeleteTembamnya.
ReplyDeleteA'aa betoi tu... ank tu sbnarnya adalah harta yg terbaik kita miliki didunia ini.. kerana dgn doa ank yg soleh or solehah lah yg mampu membawa kita ke tempat yg lebih baik apabila di 'sana' nanti..
ReplyDeletesetiap perkara yg allah da tentukan pasti ada sebabnya...
ReplyDeletebersabar dan pastinya kena berusaha...
ReplyDeletebuat pasangan yg belum dikurniakan anak,teruskan usaha,bykkan bersabar dan berdoa semoga dipermudahkan..
ReplyDeletemoge mereka akn trus brusaha & b'doa, insyaAllah akn dikabulkn doa mereka... ^_^
ReplyDelete