27 February 2012

Pokok Ketum Di salah gunakan...

Hai!...korang pernah dengar tak pasal air ketum?...Haaa aku pernah tengok daun pokok dan aku jugak pernah merasa airnya....hehehe...Okey aku nak story macam mana aku boleh rasa....Ada satu hari ...aku kat dapur  kampung aku...waktu arwah mak aku masih ada....waktu tue aku tegur mak aku minum..."mok minum air menda tue? Mak aku jawab.."minum air tebu..."jawab mak aku selamba...Aku pun cakap la..aku nak minum jugak...aku memang hantu air tebu...Pastu mak aku beri aku minum....Glurppp!!!..."Aaaa....air apa nie mok pahit lempang...air tebu manis lenting..."Arwah mak aku senyum....Aku siap basuh lidah aku gan air paip tau....Itulah rasa kenikmatan air ketum pahit lempang....Sebelum di minum daun ketum di rebus dahulu sehingga kaler airnya bertukar menjadik kaler hijau cam air tebu yg jual kat tepi jalan atau pasar....hehehe....airnya pahit mengalahkan ubat kat klink....


Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth.

Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.
Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.
Antara kesan buruk penyalahgunaan melampau daun ketum ialah :
- susut berat badan(nak kurus boleh amalkan hehehe)

- insomnia
- anoreksia
- bibir menjadi kering
- sembelit atau kesukaran membuang air besar
- kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi dan sebagainya
P/s:Sebenarnya....orang dulu-dulu...mengamalkan daun ketum nie untuk di buat ubat sakit urat...memang confirm hilang sakit urat....kat kampung aku memang ada kat tepi sungai...Budak-budak sekarang salah gunakan....

23 comments:

  1. salam Rose.Emm.k.atie xpenah tgk/minum air ni..sellau gak tgk kat berita org kena tangkap sbb air ketum ni!.Rupanya begitu al-kisahnya ya...
    Cantik header baruuuuuuu..

    ReplyDelete
  2. ha'ah... mak sy pun kata air ketum ni disalah guna sekarang...

    ReplyDelete
  3. sembelit??oooo...xmau xmau xmauuu...phobiaaaaa! >_<

    ReplyDelete
  4. lah ingt sedap camne airnyer sampai org suke beno minum...siap di haramkan lg... huhuu

    gini lah kalu manusia suke beno salah gunakan bnda2 yg berkhasiat,,,

    ReplyDelete
  5. Itulah dia baik untuk mengubati penyakit.. tapi diacampur aduk sehingga menjadi mbuk tu yg salah tu...

    ReplyDelete
  6. air daun ketum ni pahit ke upenya... camne org leh minum sampai disalah gunakan ek.. ingat ke manis...hehehee

    ReplyDelete
  7. salam kak rose... dh lama lady x ke sini, rindu kat blog cantik pink2 ni..

    akak, lady xpernah tgk daun ni.. dengar pernah..

    ReplyDelete
  8. boleh kena tangkap kan kalau minum air ketum nih?

    ReplyDelete
  9. sy dgr je sblm ni n x penah tgk rupanyer lg

    ReplyDelete
  10. tapi budak mudo nak air ketum tu untuk buek apo?

    ReplyDelete
  11. hubby akak selalu guna dulu .. dia cakap amik sbb ubat bisa badan .. bila tahu ia salah , akak selalu larang
    tapi adakalanya dia amik jugak sbb x tahan bisa badan .. akak diamkan aje .. hope x memudaratkan dia .. sbb dia kerja besi ( bengkel besi )

    ReplyDelete
  12. huhu.. lya x pnah tgk pon pokok daun ketum.. dia ni dlm ktegori dadah kan?>?

    ReplyDelete
  13. Sok nak beli satu bag ler...urat kaki terseliuh!!

    ReplyDelete
  14. sayang nye nikmat ubat tu disalah guna..hm...

    ReplyDelete
  15. BUI TERINGIN NAK RASA JUGAKLAH..HAHAHA

    ReplyDelete
  16. skang ni ramai sgt orang salah gunakan daun ketum ni kan? macam2 hal berlaku

    ReplyDelete
  17. biasa la tu. org2 kita ni kreatif tak bertempat. apa nak jadik la. pokok ubat pun dah jadik barang terlarang.

    ReplyDelete
  18. Banyak khasiat daun ketum ni..tapi dah disalahguna....

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠