13 February 2012

Jangan Sambut Valentine's Day....

Mesti pakwe makwe atau yang bercouple bengang dengan tajuk kat atas tue....Jangan marah ya adik-adikku...Kita sebagai Orang Islam tak payah sambut benda2 cam gitu.....Akak nak ingatkan saje...Ini adalah salah satu petanda kecil untuk kita mengingati sesama Islam....Faham-fahamlah ya...Cuba adik-adik baca kat bawah nie sebelum rasa marah kat akak hehehe....

Sebenarnya pada 2005 Majlis Fatwa Kebangsaan telah pun mengadakan sebuah muzakarah yang mana di dalamnya turut dibincangkan perihal Hari Valentine ini. Mereka sebulat suara memutuskan tiada amalan seperti ini di dalam ajaran Islam. Islam amat menerapkan konsep kasih sayang namun tidak sekali wujud akan amalan dan hari tertentu dalam meraikan kasih sayang ini. Amalan yang dilakukan oleh ramai orang Islam yang menyambut Hari Kekasih ini amat bercanggah kerana ia mempunyai unsur-unsur agama Kristian, aktiviti penuh maksiat dan bertentangan dengan syarak. Ia juga boleh memesongkan akidah orang Islam.
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
Riwayat Abu Daud
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Ini tidak bermakna kita tidak boleh menyambut perayaan lain cuma ritual sesebuah agama lain itu jelas haram untuk kita ikuti.

Rujukan di Majlis Fatwa Kebangsaan.

P/S: Untuk Pesanan aku dan korang semua....

12 comments:

  1. benda haram tetap haram .
    tpi remaja lanih pikiaq enjoy .

    *jawab la ngn Allah sendiri .

    ReplyDelete
  2. Kalu Majlis Fatwa dah kata haram..kita kena ikut ...
    Buat apa nak buat benda haram ini!!

    ReplyDelete
  3. walaupun fatwa dah dikeluarkan, org zaman skrg tak faham2..nak gak disambut...ntahlah apa yg best sgt...

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas ingatan...kadang2 saya sendiri pn tend utk menyambutnye...situasi dan keadaan kadang2 membuatkan kite lupe..=(

    ReplyDelete
  5. xperlu nk sambut2 valentine's day kan sis,neh kalo v.days je sibuk nk bg bunga la,apa la...huhu...

    bagi bunga hari-hari biasa pun boleh,xperlu nk ikut agma laen yg smbt v.days..huuu...

    p/s : nana xpenah dpt bunga pn..hee...

    ReplyDelete
  6. Ramai yg kata tak sambut.. Tak sambut..
    Tapi masih mengharapkan hadiah dari marka2..

    ReplyDelete
  7. btl tu.. tp herankan.. msh jgk ade yg sambut...

    ReplyDelete
  8. Matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Tak der sapa suruh membelakangkan agama demi kasih sayang kan akak.

    ReplyDelete
  9. mlm td masa gi jusco nk beli brg dapur, ada kedai jual bunga depan kaunter... selalu biasa je tp mlm td ramai bebeno org kt kedai bunda,bunga2 pun makin banyak kt kedai tu... mule2 tpkir naper yek... dh tu baru perasan ohhh valentine... huhui

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠