22 February 2012

Puding Roti (Aku Copy Dari Blog Fieda)


Ni puding roti yg belum masak..baru nak masukkan dalam oven..

Tengok tu duk dalam oven bukan main lagi dia naik...macam kek pulak..masa ni saya dah tak sabar giler nak keluarkan...

Ok..dah masak ...tp bila keluarkan dari oven dah leper sikit jadinya...

Dah siap potong untuk dimakan...Tapi rasanya saya punya puding ni kurang garing sikit..nanti cubaan kedua kena garingkan lagi barulah lagi best...Ni pun best jugak...

Saya tepek resepi dari blog CIK PUANHADY

BAHAN-BAHAN
4 keping roti
2 biji telur ayam
1 sudu besar butter - cairkan
1/4 cawan gula (equals to 50gram)
235ml susu cair - nak guna fresh milk pon boleh 
1 sudu teh esen vanilla - takde pon takpe 
kismis ikut suka hati 


CARA-CARA
Toast roti ke dalam toaster sehingga garing. Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam acuan.
Tabur sedikit kismis di celah-celah dan di atas roti, kemudian tuang butter yang telah 
dicairkan tadi ke atas roti tersebut.
Pukul telur, susu, gula dan esen vanilla sehingga sebati dan tuang ke dalam acuan yang berisi roti tadi.
Tabur lebihan kismis dan biarkan adunan telur menyerap sebentar ke dalam roti.
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan sehingga keperangan selama 
20-25 minit dengan suhu 180 C.
 
 
P/S:Puding nie bukan aku buat okey....Aku cuma copy paste...senang bila aku nak buat nanti hihihi

10 comments:

  1. igt cik rose yg buat td.nanti bila cik rose lak buat jgn lupa tepek tau..

    ReplyDelete
  2. cik rose..nanti kalau dah buat share tau...hehehe..sedap puding ni cik rose...simpan dlm peti mkn sejuk2...

    ReplyDelete
  3. @ratusiput

    iya ker...bukan cik rose fieda yg buat...huhuhu

    ReplyDelete
  4. @fieda

    okey fieda...buat masa sekrg oven tak ada dah rosak...

    ReplyDelete
  5. ptotla cam pernh tgk ayat2 tu..hihi..t try la sis ea..

    ReplyDelete
  6. Lama tak buat mendalah ni. Ingat nak buat la ptg ni.

    ReplyDelete
  7. resepi dia pun simple je kan.. senang nak buat

    ReplyDelete
  8. sedapnye tgk, akak pun ada plan nak buat, tapi memandangkan kureng sihat, terpaksa tunggu hujung minggu ni

    ReplyDelete
  9. oven dah elok nanti buat tau..

    ReplyDelete
  10. Ha ha M pun dah try buat masa Besday Khalish ari tu..sedap..

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠