01 February 2012

Drama Runtuhnya Sebuah Dosa Sempena Maulidur Rasul

Tak sabar aku nak tengok cerita nie...Gandingan mantap antara Remy Ishak Dengan Buah hatinya...Tiz Zaqyah Pada tarikh 5 Feb 2012 nanti....
 Tentu ada yang masih ingat lakonan Tiz dan Remy dalam Cerekarama Aduh Sayang yang lalukan.... Sweet sangat tengok lakonan mereka menjadi suami isteri dalam drama tersebut. Kini sekali lagi mereka ditemukan dalam drama sempena Maulidur Rasul. Kali ini drama bertajuk Runtuhnya Sebuah Dosa lebih berbentuk islamik dan penuh  dengan pengajaran.


Drama Runtuhnya Sebuah Dosa



Sinopsis Runtuhnya Sebuah Dosa
Tragedi tanah runtuh telah menjadi titik baru di dalam kehidupan dua keluarga yang menjalani kehidupan yang berbeza. Shahdan mengahwini Manisa dan mempunyai dua anak iaitu Emelda dan Daniel. Mereka menjalani kehidupan yang sosial manakala Mansur berkahwin dengan Cempaka dan dikurniakan dua anak iaitu Rashidi dan Amira.

Cempaka begitu tabah menghadapi kematian Mansur akibat tragedi itu namun Manisa tidak dapat menghadapi kematian Shahdan. Setelah terjaga dari koma Emelda menginsafi segala perbuatannya dan dia mula rapat dengan Rashidi yang membantunya ke jalan yang benar. Namun Danial tidak dapat menerima perubahan dalam diri Emelda tetapi segalanya berubah setelah dia mendapat bayangan arwah bapanya.

Antara pelakon hebat yang membintangi telefilem arahan Erma Fatima ini antaranya Tiz Zaqyah, Puteri Fatin, Beto Kusyairy, Remy Ishak, Aziz Singah, Azizah Mahzan, Datuk Rahim Razali, Liza Zain.


Runtuhnya Sebuah Dosa bakal ditayangkan pada 5 Februari 2012 pukul 10.00 malam di TV3.
P/S: Mesti best cerita nie...pelakonnya semua mantap-mantap...

10 comments:

  1. salam rose...tgk senarai nama pelakunnya mmg mantap2kan..mesti citernya best.
    Kdg2 k.atie xdpt nk tgk drama melayu ni..HB lebih suka bukak channel sukan..bolasepak.

    ReplyDelete
  2. Eija suka jugak layan slot cerekarama TV3, tp itu la selalunya kena berebut tv dgn anak2...nasib ler sapa yg dpt tgk tv citer siapa, kalau x thn nak dgr anak nangis, bg jgk ler dia tgk kartun, kita layan komputer..hehehe

    ReplyDelete
  3. Mesti tonton.. :) Cantik blog ni.. Salam perkenalan.

    ReplyDelete
  4. @♥♥azatiesayang ♥♥

    ya ker hehehe...umah cik rose nasib baik ada tv dua...kalau tak berebut jugak gan anak2 atau hubby...

    ReplyDelete
  5. Salam Cik Rose,,
    Tenkiu sudi follow blog anty yer.. dah follow sini juga.
    Dari sinopsis,, cerita ni mesti best. 5th hari ape eik.. Lari tengok calendar jap.

    ReplyDelete
  6. Wah..mmg suke gandingan dua pelakon nie..(^_^)

    ReplyDelete
  7. mcm best je ni.. harap2 sy xterlepas utk tgk.. takut tertidur plak..hahahh

    ReplyDelete
  8. pelakon semua mantap..klu berkesempatan nak gak tgok..:)

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠