12 September 2012

Nabi Kita Sangat Sayang Pada Kucing

Aku baru baca tadi tentang nie..terasa pulak nak share gan korang....Jom! kita baca...




Nabi menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu bukanlah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci. Lantas kenapa Rasulullah Saw yang buta baca dan tulis, berani mengatakan bahawa kucing suci, bukan najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?
Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak sel bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.
Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing. Benjolan ini bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.
Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih,permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. 
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. 
Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahagian-bahagian khusus.
Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya. Hasil yang didapatkan adalah:
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif kuman (tiada kuman), meskipun dilakukan berulang-ulang kali.
2. Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif kuman.
4. Hanya sekali sahaja kuman yang ditemui semasa proses penyelidikan dan kuman itu termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dari 50 ribu pertumbuhan.
5. Tidak ditemui kumpulan kuman yang beragam.
Berbagai sumber yang dapat dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikroba. Air liurnya bersih dan membersihkan.

Komen para doktor yang pakar dalam bidang kuman


Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Hewan Baitharah, jarang sekali ditemui adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit. Subhanallaah !
Dr. Gen Gustafsirl menemui bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. (Inilah sebabnya jika terkena air liur anjing harus dibasuh dengan tanah)
Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai agen pembersih yang bemama lysozyme.
Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.
Tetapi ketika sebahagian doktor dan percubaan yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemui bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan dan ia lebih bersih daripada manusia.

Peristiwa yang berlaku kepada Rasullah dan sahabatnya


Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada masa itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum.




Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu bukan najis. Ia binatang yang suka berkeliaran di rumah,” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilat bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa seorang budak memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, dia lupa mengenai bubur tersebut.
Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit demi sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliaran.” Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhu dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Subhaanallah!! Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah SAW yang buta baca dan tulis ini tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih? Segala sesuatu yang baru ditemukan oleh para ilmuwan semasa ini, ternyata sudah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad SAW sejak 1500 tahun yang lalu. 


My Note: Aku terbaca entry nie kat SINI  Kecik2 dulu arwah mak aku suka cium hidung kucing...kikiki...kadang2 aku pun terikut tau....

Click HERE to earn extra money!

Jom Join SAYS Malaysia Dapat Free Rm 5.00

12 comments:

  1. tahu kucing binatang kesayangan nabi...tp kita takut nga kucing... seblm dia dtg nk gesel2 kita lari dl.. sbb kesian dgn dia...

    ReplyDelete
  2. sy tahu pasal ni tp mslhnya sy takut kucing.. takut kne cakar.. hihii

    ReplyDelete
  3. deqla suka kucing, deqla lgsg x takot kucing..dah brape kali kena cakar pun deqla x penah serik..hihi..ada baca psl ni..sbb tu la kucing haiwan kesygn nabi kan..actually, kucing tu pembersih sbb kucing suka jilat bulu dia kan? :)

    ReplyDelete
  4. wani mmg tau nabi sayangkan kucing..tp wani dr dulu sampai la xberani dgn kucing hihi

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing. Saya suka kucing, tapi tak der lah sampai nak bela.

    ReplyDelete
  6. CR thanks sharing yer..tp kucing mmg comey kan.. ;)

    ReplyDelete
  7. yana ada bela kucing. suka kucing sgt!! heheh org kata klu bela kucing murah rezeki ^^

    ReplyDelete
  8. Wah..banyakkan kelebihan kucing sebenarnya..indahnya ciptaan allah.. :)

    ReplyDelete
  9. kami sekeluarga sgt syg pada kucing..

    ReplyDelete
  10. saya sgt syg dgn kucing..mereka sgt comel yg teramat sgt plus mereka binatang kesayangan baginda SAW..thx for sharing..suka baca :))

    ReplyDelete
  11. tahu juga...tapi izan mmg takut ngan kucing..mmg sekeluarga izan gitu...beza ngan keluarga belah hubby mmg suka kucing..mia pun suka sgt kucing..

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠