Pada hari ini, Budiey ada baca di BPop, Berita Minggu tentang pelakon Anne Ngasri mengakui hubungan cintanya dengan penyanyi Aliff Aziz sudah pun putus.
Namun begitu, Aliff Aziz seperti mahu mempertahankan hubungan cintanya dengan Anne Ngasri. Jelas dapat dilihat dari laman Twitter Aliff Aziz yang jelas ditujukan kepada Anne. Aliff seolah-olah mahu menyelamatkan hubungan mereka yang difahamkan retak menanti belah selepas hari raya yang lalu. Aliff begitu berharap Tuhan memberi kekuatan kepadanya untuk terus berdepan dugaan cinta mereka.
Namun, dari apa yang Budiey baca, memang sah kini cinta itu dah hilang dari hati Anne Ngasri.
“Sudah tiada jodoh antara kami. Tiada tarikh khusus bila kami putus cuma yang boleh saya katakan ia terjadi baru-baru ini. Keputusan dibuat bukan atas tekanan keluarga atau kenyataan Darling kepada rakan media sebelum ini. Ia membabitkan saya dengan Aliff yang cukup peribadi.
“Saya minta maaf sebab tak dapat berkongsi punca perpisahan kami. Tak perlu diulas dan diungkit lagi. Biarlah hanya saya dan Aliff saja yang tahu. Mungkin saya nampak macam muda dek saiz badan tetapi saya perlu tegas dalam membuat keputusan ini. Saya ada tanggungjawab yakni tiga anak untuk diberi perhatian.”
“Saya tidak nampak hubungan kami selama ini akan ke arah yang diharapkan (berkahwin). Anggaplah tiada jodoh. Jadi, biarlah kami kembali kepada landasan asal. Masing-masing boleh fokus kepada kehidupan dan kerjaya yang sudah dibina. Kami masih berhubung dan kekal berkawwn atas paksi profesional. Saya ada hantar SMS pada dia.”
Sebelum buat keputusan, Anne ada solat istiqaroh. Anne nyata tak menyesal dengan keputusan yang dibuat. Anne tak pernah anggap percintaan dengan Aliff selama ini sebagai satu penyesalan terbesar dalam hidup. Sebagai manusia, Anne percaya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
“Saya hargai kasih sayang dan cintanya kepada saya selama ini. Tak rugi pun dan tak perlu saya nak cerita keluh kesah berdepan dengan situasi ini. Ini adalah dugaan yang kecil jika nak bandingkan saya pernah diceraikan ketika sedang mengandung pada usia dua bulan.
Darling Tak Campur Peribadi Anne
Darling menyifatkan komen tentang hubungan adiknya dengan Aliff Aziz bersifat umum. Darling tiada niat nak mencampuri urusan adiknya malah Darling sendiri tak tahu yang hubungan adiknya berdepan dengan masalah. Namun, pernah satu ketika, bapa kami sendiri suruh kami adik beradik melakukan solat hajat untuk masa depan Anne.
Profesional
Selepas putus cinta, Anne akui dia masih berkawan dan hubungan profesional. Selepas ini, jika ada watak yang sesuai untuk Aliff Aziz, pasti diberikan kepadanya berlakon di bawah syarikat produksi miliknya iaitu NS Star Sdn Bhd dan Nasreen Pictures yang turut menerima dana Insentif Kreatif Negara dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, baru-baru ini.
Drama terbitannya, Shanxi yang disiarkan di RTM turut disenaraikan dalam pencalonan awal Anugerah Skrin 2012.
Pada 26 Februari ini, telefilem Janji Kita lakonan Datuk Rahim Razali, Izara Aishah, Anne, Bell Ngasri, Amar Asyraf dan Sharifah Sakinah akan bersiaran di TV9. Jangan lupa tonton drama ini pada hari Rabu jam 8.30 malam ya.Budiey
My Note: Lagipun Si Aliff nie muda dan playboy...tak sesuai untuk Anne...Aku sokong mereka berdua berpisah kikikiki(jahatnya mulut aku ) ramai lagi yg sesuai dengan Anne...Kalau tak silap aku bekas hubby Anne makwenya pakai tudung...
Jom Join SAYS Malaysia Dapat Free Rm 5.00
haha..no komen.. budak tu mude lagi kot...
ReplyDeletemoga anne bertemu jodoh yg lg baik utknya..
ReplyDeleteINGATKAN SAMPAI KE JINJANG PELAMIN..HUHU..
ReplyDeleteartis oh artis..huhu
ReplyDeletekesian .. dh pegang tgn bagai ptus pulak. ermm
ReplyDeleteyalah tiada jodoh.. ader hikmahnya, mg anne terus tabah hadapi dugaan ini
ReplyDeletedah takde jodoh nak wat mcm mn yer dak...
ReplyDeleteoooo dorang ni mmg bercinta la dulu ye huhu xtau plak..mmg terhangat la entri cik rose ni hehehe
ReplyDeletenak ckp kesian ke tak ek...?
ReplyDeletemmm...takpela...jodoh Allah dah tentukan...lgpon dah buat solat istikharah...
mgkn Allah bg petunjuk...kan kak?
Lerrrr..bkn arituh beria2 dieorg nk kawen ker..hurmmmm..dh xde jodoh kan..
ReplyDeleteoooo...takpela..takde jodoh :)
ReplyDeleteAda gak baca tadi...tak dak jodoh nak buat camna..
ReplyDeletekalau dh takder jodoh nk wat guane..ala..muda sgt la aliff tu..
ReplyDeletecik rose..saya kan bukan ape..bile gi shopping brg dapur tu saya angkut la sekotak innershine tu..kalau nk beli sendiri mmg tak mapu ler..kan kita tak keje..heheh..lagipun 12 botol tu saya minum utk sebulan..selang2 la..bkn minum ari2 pun..botak la tokey..
ReplyDeleteklik2 nuff
mcm2 dunia retisss nikan...!
ReplyDeletemungkin ada hikmah di sebaliknya..
ReplyDeletedh xder jodoh nk buat mcm mn....
ReplyDelete