25 April 2013

KITARAN HAID DAN WAKTU SUBUR(Untuk Wanita)

Assalamualaikum..




Korang pandai kira tak? tentang kitaran haid? hari nie aku nak kongsi dengan korang tentang kitaran haid seorang wanita.Dari anak dara sampai sekarang aku belum faham tentang kitaran haid nie ha ha ha....siapa yang belum tahu boleh baca....



Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tetapi wanita mempunyai kitarannya sendiri, ada yang 25 hari dan ada juga yang lambat iaitu 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.  

Terdapat empat fasa dalam kitaran haid. Fasa pertama (Hari 1 - hari 4) Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) atau lebih senang nak faham, hari di mana haid keluar.  

Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid adalah penting untuk ditanda dikalendar dan tamat selepas beberapa hari. 

Bagi yang merancang untuk mengandung, digalakkan untuk menanda di kalendar pada setiap bulan. Ini memudahkan untuk korang mengetahui tarikh subur dan tarikh korang akan datang haid pada bulan hadapan. Fasa kedua (Hari 5-13) Ini dipanggil Follicular.

Pada fasa ini hormon estrogen meningkat. Ketika fasa ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasanovari pula, ovum atau telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang. Fasa ketiga (Hari 14) Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku.

 Telur akan terkeluar dari sarangnya disebabkan peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormon (LH). Telur ini jika tidak disenyawakan oleh Sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalui saluran folofio ke rahim.  

Fasa keempat (Hari 15-28) Ia dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur terkeluar dari sarangnya, sejenis hormon di panggil progestrone dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah Progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, dinding rahim akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok merlin(HAHAHAHA!) proses akan mengalami kitaran semula pada hari pertama. Maka begitulah yang akan terjadi pada setiap pusingan berulang-ulang.

Bilakah Waktu Subur? Waktu subur ialah pada waktu ovulasi berlaku. Ini kerana pada waktu itu, telur sudah keluar dari sarangnya. Bilakah waktu tepat ianya berlaku? Waktu tepat ianya berlaku adalah 14 hari daripada tarikh pertama datang haid atau ketika fasa luteal bermula.  

Okay, kalau tengok kalendar kat atas ni, ini adalah contoh kitaran haid. Haid pertama bermula pada 7hb April (pink kaler)
 Dan kiraan diteruskan hingga hari ke14 (green kaler) jatuh pada20hb April. Ini bermakna pada 20hb April hingga 22hb April adalah waktu subur anda.(Terdapat juga kajian yang menyatakan waktu subur adalah 5 hari). Kemudian, kiraan diteruskan hingga hari ke 28 iaitu jatuh pada 4hb Mei. Maka haid pada bulan Mei jatuh pada 5hb Mei jika kitaran haid anda sebanyak 28 hari. Kerana setiap wanita itu mempunya kiraan masing-masing dari 28-35 hari. Jadi tahukah anda berapakah jumlah kitaran anda? Bawak-bawaklah semak semula dan catit pada kalendar. ;)

Cara lain untuk mengetahui waktu subur?Pada waktu subur suhu badan wanita akan naik sebanyak 1 darjah celcius daripada kebiasaannya. Juga terdapat cecair jernih daripada kemaluan disebabkan hormon yang meningkat pada waktu itu. Menganggar waktu terbaik untuk mendapat zuriat Oleh kerana telur atau Ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

 Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap satu lelaki itu adalah jutawan! waaaahhh!)ia juga boleh bertahan selama 3 hingga 5 hari! (wow!) Ini bermakna jika suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk Ovum berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama. hiks (apekaaaaa) Oleh itu untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap hari walaupun disiang hari kecuali pada bulan ramadhan (ingat tue....bulan ramadhan tak boleh tau hihihi....) 

pada hari ke 11,12,13,14,15,16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya kiraan haid anda adalah 28 hari. 

Kredit SINI

23 comments:

  1. Nina xpaham nk kira waktu subur. Sb kadang2 28jari. 29 hari.30 hari. Bulan ni pulak first time 35hari. Huuuuu. Ingatkan dah pegnant. Tp terover lewat pulak.

    ReplyDelete
  2. crc, info bagus ni..ramai pompuan mesti akan search benda ni termasuk diriku..hehe

    ReplyDelete
  3. siyes.. deqla x pndai nk kira..lagipun piyed deqla ni x teratur..mmg ssh kot nak kira.. hukhuk

    ReplyDelete
  4. sejak bersalin ni, tak period sejak bualn 12 lagi..mmmm

    ReplyDelete
  5. Tau sikit2 tapi tak in details la.. MQ ni jenis period tak regular.. So susah nak kira...

    ReplyDelete
  6. kak, org lelaki wajib baca entry ni ;-)

    ReplyDelete
  7. Tq Cik Rose share..tau dah tapi ini menambah pengetahuan..lebih faham :)

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah,walaupunsaya dah tahu,saya suka membaca....saya sejak anak dara haid memang teratur,cuma sejak kebelakangan ni haid makin cepat...mungkin faktor usia agaknya hehehe

    ReplyDelete
  9. waduhhhhhhhhhh cr jadi misi le pulak..

    bab2 anatomi ni yg le yg lemah nak ingat walaupn belajar mengenainya kemain lg..

    ReplyDelete
  10. tq share ye cik rose..m3h punya kitaran tak tetap&berubah2..hee
    done klik2 nuffnang

    ReplyDelete
  11. setakat ni tak pernah merancang pun masa anak pertama ngan kedua..cuma waktu lepas anak pertama, isteri ambil pil perancang keluarga..lepas berenti ambil pil sepanjang dua tahun, tau2 dah mengandung anak kedua lak..lepas anak kedua ni konon2 bajet ikut kalendar la nak merancang, tapi tak terancang pun..baru2 ni isteri cakap period dah lewat pulak..hehehe..

    ReplyDelete
  12. Masa JR belum dpt anak dulu memang dah hafal benar teori kesuburan ini. Malah kdg2 suami pun rasa tertekan sebab di waktu subur isteri sering bertanya: "Dah siap ke...?"

    Hahahahhaa....

    ReplyDelete
  13. saya suka baca bab2 ni CR..nice infos :)

    ReplyDelete
  14. tau tau...ada makna CR syer nie,..eheh..mg hajat nak menambah tercapai CR...

    ReplyDelete
  15. pentingkan untuk merancang keluarga...

    tapi opercaya tak, Nur tak pandai nak kira..huhuh

    ReplyDelete
  16. salam k,cr..
    tenkiu 4 sharing..
    kitaran cma selalu 8 ke 10 hari.. hhihi

    ReplyDelete
  17. pernah dulu belajar biologi tp dah lupa. hihi..

    ReplyDelete
  18. hi ms Rose Cute! im married and i've been trying to pregnant for few months but is never work! i also not really good in counting my 'waktu subur". last month period on the 29/12/2013 and this month was 29/01/2013. my period will last for four(4) to five(5) days.U can reply me in malay is not a problem.i need to your advise. Thank You so much.

    ReplyDelete
  19. Kalu skrg period tak dtg .tp bli test urine tak de pown tanda hanil .Mcm mne tu ?

    ReplyDelete
  20. tq foe d info...sgt2 membantu...ni lh satu2 nye penerangan yg saya boleh phm...selame ni ade gk bace2 tp tk pnh pham...suke!! TQ

    ReplyDelete
  21. TQ for d info..sgt2 membantu..penerangan yg senang nk phm..selame ni ade gk bace2 tp tk pnh phm... :)

    ReplyDelete
  22. semua wanita harus ambil kisah tentang hal ini

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠