Hai Selamat tengah hari...dah makan ke?aku baru lepas makan...perut terasa penuh bila mengadap komputer....nak duduk pun tak selesa....(adakah aku semakin ge....mukkkkk huhuhu) kalau fikir gemuk mesti tension kikiki
Okey stop!! fikir gemok....Sebenarnya aku nak share gan korang satu kisah Tentang kucing peliharaan Nabi Muhammad S.A.W yang menpunyai kucing yg di beri nama Mueeza Jom baca kisah menarik nie....untung sesiapa yg menyukai kucing....sebab kucing pun kesayangan Rasulullah...
Di ceritakan dalam suatu kisah,Nabi Muhammad S.A.W memiliki seekor kucing yang di beri nama Mueeza.Suatu
ketika,di kala Nabi hendak mengambil jubahnya,di temuinya Mueeza sedang
terlelap tidur dengan santai di atas jubahnya.Kerana tidak mahu
menggangu haiwan kesayangannya itu,Nabi pun memotong belahan lengan yang
di tiduri Mueeza dari jubahnya.
Ketika Nabi kembali ke rumah,Mueeza terbangun dan tunduk sujud kepada
tuannya.Sebagai balasan,Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap
lembut ke badan kucing baginda sebanyak 3 kali.
Dalam peristiwa lain,setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya,Nabi selalu menggendong Mueeza dan di riba di atas pahanya.Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.
Kepada para sahabat,Nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan seperti menyayangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat,dalam
sebuah hadis sahih Al-Bukhari di kisahkan tentang seorang wanita yang
tidak pernah memberi makan kucingnya dan tidak pula melepaskan kucingnya
untuk mencari makan sendiri.
Nabi S.A.W pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.Tidak hanya Nabi,isteri
Nabi sendiri iaitu Aisyah Binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai
kucing dan merasa amat kehilangan di kala kucingnya meninggalkannya.
Seorang sahabat yang juga ahli hadis,
Abdurrahman
Bin Sakhr Al-Azdi di beri jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan)
kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan di rumahnya
Geramnya tengok kucing nie.....gemoknya.....kalau peluk pasti best...bulu pun nampak bersih jer...
Pssttt Syifa memang suka kucing....Pantang jumpa kucing tak kira kucing comot pun nak pegang...Kalau pergi gerai makan pasti banyak kucing....syifa apalagi tak duduk atas kerusi asyik turun jer nak terkam kucing,siap bunyi lagi panggil kucing....
saya suka tengok kucing yang comel2... dan memang tau kucing adalah kesayangan Nabi...tapi entah kenapa... saya memang takut pada kucing... cuba beranikan diri...tapi tetap x berani...
ReplyDeletesalam kak cr..
ReplyDeletehuhuh..kucing mmg kesayangan nabi..
jgn la mendera kucing..
menarik sgt kisah ni. cikna suka kucing tp nak pegang takut. ;)
ReplyDeleteKucing memang haiwan manja yang pandai mengambil hati.
ReplyDeletedeqla sgt2 suka dan sygkan kucingggggg......
ReplyDeleteMueeza..sedap nama kucing tu..
ReplyDeletenanti nak letak nama kucing mcm tu la..hihi...
Nabi sggup lakukan apa sajakan demi kucing