16 April 2013

Andai Itu Takdirnya (Slot Lestary)


Assalammualaikum,
Aku tak sabar nak tengok telemovie "Andai Itu Takdirnya" yang di lakonkan oleh -Fizo Omar,Nelydia Senrose,Azlee Khairi dan Nanu Baharuddin.Sesiapa yang pernah baca novel nie pasti tak sabarkan...Jangan lupa malam nie tau hihihi....Jom kita baca sinopsisnya..

Sinopsis:

Aleya, gadis cantik datang dari keluarga sederhana.Dia menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang juga rakan kuliahnya di universiti di United Kingdom,Syed Adam Aizril. 
Syed Adam Aizril-jejaka tampan,digilai wanita. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan sombongnya berada di tahap yang tinggi.Mentalitinya mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar getaran hatinya pada Aleya.
"Salahkah Leya mencari bahagia?" Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya?Hina sangatkah sebab beribu dan berbapa orang miskin.Walaupun miskin,tapi Leya masih ada maruah diri.
Satu peristiwa menyatukan mereka.Tapi dek ego,sombong dan pentingkan darjat Syed Aizril melayan Aleya dengan hina sekali.

"Kuasa cinta,tiada siapa yang dapat menghalang.Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril, Ketika menyulam bahagia,muncul Sharifah Emilin,sepupu kepada Syed Aizril membuat onar,Dendam Emilin pada Aleya harus ditunaikan -dia menganggap Aleya perampas Syed Aizril yang konon dianggap kekasihnya,Namun bagi Syed Azril hanya Aleya yang bertaktha di hati.
"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."

Cinta...cinta telah menjadikan ALeya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang tang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."

Ketabahan Aleya yang ingin anak-anaknya membesar dalam keadaan sempurna tatkala doktor menyatakan dia mempunyai ketumbuhan dalam kepala membuatkan dia kembali pada Syed Aizril yang kononya sudah berubah.
Kebahagian yang dikecapi hanya sementara bila Syed Aiziril mula cemburu buta pada isterinya.Walaupun cintanya hanya untuk Aleya,ego mengatasi segalanya.Aleya akur dengan kehendak suaminya yang akan bernikah dengan Lin.Di kala penyakitnya semakin parah,dia keluar dari rumah besar itu dengan harapan yang musnah. Ditinggalkan Dania kerana dia tahu ajalnya akan tiba...
Masih adakah peluang kedua buat Syed Aizril?


Kalau baca sinopsis novel di atas..memang sedih gilerkan.....tak sabar nak tengok....Kadang2 baca novel dengan drama tak samakan....ialah....novel panjang....drama cuma 2 jam jer kikiki

23 comments:

  1. confirm mlm ni ye..mmg akan depan TV ni

    ReplyDelete
  2. Bestnya sinopsis dia..tak sabaq nak tengok

    ReplyDelete
  3. tak baca novel tp mcm nak tengok citer ni. kalau sempat. ;)

    ReplyDelete
  4. patutlah bila tgk tajuk mcm pnh dengar...huhuhu....

    ReplyDelete
  5. memg nak tgok, selalu kalau baca novel ne mesti nages

    ReplyDelete
  6. saya dh lama tak layan tv.kiki :)

    ReplyDelete
  7. x penah baca novel dia.. tp teringin gak nk tgk..huhu..

    wahh cantik la background tajuk pos akak... hihi... ;)

    ReplyDelete
  8. info terbaru... drama dan novel x sama... nama aje yang sama.. info lanjut http://admya.blogspot.com/2013/03/drama-andai-itu-takdirnya.html

    ReplyDelete
  9. dah baca novel ni...sampai nangis tersedu-sedu...mmg sedih sgt....touching sungguh...geram & marah sgt kat aizril....mcm2 dia buat & hina aleya...sabar je aleya...hmmmtak puas baca skali novel ni...mlm ni tak nak miss cita ni..thanks ya

    ReplyDelete
  10. Novel ni dh baca...mmg sedih citer dia..

    ReplyDelete
  11. wahh..thnks sbb bg info ni. tak tau pula novel ini pun di dramakan juga hehe..xsabarnya nak tgk ..

    ReplyDelete
  12. best novel dia..tp napa nama depa tukar ya..mintak la best mcm novel dia

    ReplyDelete
  13. Salam K.cr..
    Huhu..lama x movie marathon.. mood nk tgk tv pun nan hado..


    mnarik gak sinopsis ni.. :)

    ReplyDelete
  14. hm , sedih ek , kebanyakan citer skg amek dari novel kan , papepown , cerita yang dari novel , bagi CP bes jugak ,

    reply dari entry CP :

    terjah jangan tak terjah , ehe , cik ros taknak letak link tuk senarai bloglis baru ??

    ReplyDelete
  15. macam best je kak..harus tengok ni malam ni..

    ReplyDelete
  16. Belum sempat tengok sampai ke sudah. Teringin juga nak menontonnya.

    ReplyDelete
  17. mesti die twist jugak cite dari novel. huhuhu. layan tonton je la nnt. :)

    ReplyDelete
  18. Baru lepas tengok...
    bukan adaptasi novel rupannya...

    ReplyDelete
  19. ahaaaaa x yah tgk dah sbb dah baca sinopsis ekeke ;)

    ReplyDelete
  20. macam lain aje cite nye kat tv tu...huhu..ape pon best jugak citenye tu...

    ReplyDelete
  21. aha la..tajuk je sama tapi certa lain. apa pun ok gak certa tu

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠