02 November 2012

Ann Kawin VIP?




Anne menafikan dia sudah berkahwin dengan seorang lelaki yang berstatus VIP.
PETALING JAYA: Pelakon Anne Ngasri meminta individu yang mempunyai bukti kononnya dia telah berkahwin dengan seorang ahli politik supaya mendedahkannya kepada umum.
Anne atau nama sebenarnya Ngasriah Ngasri, 28, berkata, dia terkejut bagaimana gosip terbaru mengenai dirinya itu boleh wujud ketika dia baru sahaja mengalami kegagalan hubungannya dengan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz.
"Tidak benar saya sudah berkahwin dengan mana-mana VIP atau ahli politik kerana sehingga kini saya masih solo dan kepada mereka yang mempunyai bukti saya sudah kahwin, saya mempersilakan untuk ia didedahkan kepada umum," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Anne diminta mengulas desas-desus yang diterima oleh mStar Online kononnya dia telah bernikah dengan seorang VIP yang juga ahli politik dan menjadi isteri kedua kepada individu tersebut.
Dalam pada itu, Anne berkata, dia tidak serik untuk bercinta lagi selepas hubungannya dengan Aliff gagal dan masih mencari cinta yang sesuai untuk dirinya.
Malah kata Anne, kegagalan rumah tangannya sebelum ini tidak pernah membuatkan dia ragu-ragu untuk berkahwin lagi dan berharap Allah akan mempertemukan jodoh yang baik buatnya.
"Saya masih seorang manusia biasa yang memerlukan perhatian dan kasih sayang dalam hidup. Perkahwinan itu juga adalah dituntut dalam agama kita.
"Saya sentiasa berdoa agar dipertemukan dengan jodoh yang baik suatu hari nanti," katanya.
Anne sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdul Wafi Hassan pada 26 Mei 2006 sebelum bercerai pada tahun 2010.
Mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Abdul Warits, 4, Abdul Wafri, 3 dan Nazharah Afrozah, 2.
Dalam perkembangan lain, Anne berkata, dia kini sedang sibuk di lokasi penggambaran program bual bicara berkonsepkan remaja berjudul SIS untuk siaran TV9 selain beberapa projek drama dan filem.


P/s:Aku no komen pasal gosip artis nie....kadang2 wartawan suka buat gosip untuk laku majalah dorang...kikikiki...


Jom Join SAYS Malaysia Dapat Free Rm 5.00

37 comments:

  1. Betul x betil hanye tuan badan je yg tau kan CR..hehehe

    ReplyDelete
  2. macam2 gosip sekarang..wah blog dah berubah..cantik..

    ReplyDelete
  3. lumrah kehidupan seorang yg dikenali..begitulah cr...

    ReplyDelete
  4. as salam cik rose

    ann makin lawa kan skang..makin slim, jeles aii..saya ske artis bertusung..sweet :)

    ReplyDelete
  5. haish,dunia artis.. bnyk nau lah gosipnya kn ..hehe

    ReplyDelete
  6. Mudah-mudahan Anne dapat apa yang dicari... :)

    ReplyDelete
  7. macam2 kan citer artis malaysia nie.huhu

    ReplyDelete
  8. hehehe nth mna la dorang reka cita ni..

    ReplyDelete
  9. kadang2 wartawan mmg mengada2kan ceritakan..
    tapi kadang2 mgkin btul..

    apapun, tuan bdn dan DIA je yg tahu..

    psst..berwajah baru blog akak ni... :)

    ReplyDelete
  10. ann ni dah putus erk dgn aliff aziz.. sbb skang timbul gosip aliff dgn adira pulok..hurm...xleh caye sgt ni kan...wartawan ni main serkap jrg je byk..nak lariskan majalah...

    ReplyDelete
  11. xtau menahu pun psl gossip2 artis nie..

    btw, blog akak nie mkin comel aa.. I like!! ^_^

    ReplyDelete
  12. aku minat dia ni...silapnya cuma aku kenal dia tapi dia tak kenal aku huhuhuuu

    ReplyDelete
  13. memacam betul gosip nih... kalu jd artis ada je gosip... itu kadang pelik naper ramai mak pak nk anak2 kecik2 jd artis, duk antar gi idola kecil lah bintang kecil lah, biarlah diaorang belajar sampai pandai pastu keje ni kecik2 dh suh jd retis

    ReplyDelete
  14. klu dpt vip ok gak.senang nanti anak
    saya ada buat GA.Hadiahnya handmade bag.kalau sudi jomlah join sekali
    http://cthoney.blogspot.com/2012/11/handmade-bag-ct-n-honey-1st-giveaway.html

    ReplyDelete
  15. gossip & retis mmg x boleh lari hehehe

    ReplyDelete
  16. rupa ada, badan bergetah lagi, umur masih muda,... kawin je le, selagi ada yg suka kan... kalau hati dah suka lebih baik ada pengganti drpd terus timbul fitnah..

    ReplyDelete
  17. wah gosip baru ann ngasri ek..huhu artis ni mcm2 laa hahaha

    ReplyDelete
  18. bercinta dgn mamat tu gempaq sgt

    ReplyDelete
  19. Tertunggu2 kisah artis kawin dgn nelayan, petani atau penganggur...

    ReplyDelete
  20. bkn aritu die dgn aliff aziz ke?

    huhuh....apepun kne tnye tuan punye bdn.. :)

    ReplyDelete
  21. kadang2 wartawan ni nampak macam sangat melampau bila menceritakan gosip sesetengah artis..

    ReplyDelete
  22. VIP?? xpelah xkisah lah dgn siapa janji lepas ni btahan la smpai akhir hayat :)

    ReplyDelete
  23. ritu br dgr je hub dia ngan Aliff...then gosip ngan Vip plak..mcm2 la dorang ni gosip2 kan..

    ReplyDelete
  24. dunia artis.. selalu dgn gosip :-)

    ReplyDelete
  25. kalo betul lah kan..bertuah la badan..tgk retis janda2 lg laku kan..lagi hebat..last2 kita gak x kawin2 lagik..

    eh bila lah VIP nk dtg lamar ai nih.muahahaha

    ReplyDelete
  26. Kesian kat dia..macam2 fitnah terpaksa dilalui..

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠