KUALA LUMPUR, 22 NOV 2012: Pelakon Anne Ngasri enggan mengulas panjang lebar tentang kenyataan penyanyi Aliff Aziz bahawa dia masih menyintai pelakon Anne Ngasri dan kesal apabila mendapat tahu bahawa bekas kekasihnya itu sudah pun bertunang dengan seorang ahli politik.
Malah adik kepada Darling Ngasri ini menganggap bahawa apa yang telah berlaku di antara dia dengan Aliff adalah kisah lalu yang tidak perlu diungkit-ungkit lagi.
"Anne rasa dah tak perlulah diceritakan lagi tentang masa-masa lalu dan Anne anggap segala-galanya sudah pun berakhir dengan baiknya. Tiada manusia yang sempurna di dalam hidup dan cukuplah kalau Anne katakan bahawa hubungan kami (dengan Aliff) sudah pun berakhir. Tidak perlulah dicanang perkara lampau.
"Apapun, fokus saya sekarang bukan lai perkara-perkara remeh yang lepas. Yang telah berlaku, biarlah berlalu. Kini, Anne lebih tumpukan tentang persiapan majlis kahwin dan masa depan bersama bakal suami dan anak-anak. Itu yang lebih utama," katanya kepada murai.com.my.
Anne Ngasri juga berkata, dia bersyukur kerana mempunyai orang-orang yang rasional yang terus menyokong kehidupan serta kerjaya seninya.
"Anne harap juga jangan ada pihak yang menuding jari kepada bakal suami Anne dan menganggap dia sebagai penyebab perpisahan saya dengan Aliff. Sebabnya, bakal suami Anne hadir selepas hubungan Anne selesai dengan Aliff. Dia (bakal suami) juga tidak pernah campur mengenai hubungan kami sebelum ini," katanya lagi.
Pada tanggal 11 November lalu, Anne Ngasri telah mengejutkan industri hiburan apabila mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli politik kelahiran Johor, Mohd Sumali Reduan berusia 40 tahun di kediaman keluarganya di Taman Bukit Permai, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Anne Ngasri yang memiliki tiga cahaya mata bersama bekas suaminya, Wafi, bakal menikahi Sumali pada bulan Disember ini.
ala...barang yang lepas usah di kenang...
ReplyDeleteas salam
ReplyDeletemacam2 lah si alif ni..papepun doakan kebahagiaan anne
pula dah .....
ReplyDeletesemoga derang bahagia...huhuhu....
ReplyDeletealahaiii...biase la tu..masa bercinta kentut pun wangi...dah putus x kentut pun busuk..huhuhu
ReplyDeletejodoh pertemuan di tgn Tuhan
ReplyDeletemg anne bahagia dgn pilihannya
ReplyDeleteno komen..hehe
ReplyDeletebarang yg lepas...haiii jgn dikenang. kalo dikenanggg..meracun diri:- kata p.ramlee...hehe..
ReplyDeleteDah terlepas daripada genggaman baru sibuk nak mengungkit ... tengok je laa aliff ooi...
ReplyDeletedah tade jodoh dengan aliff takleh kate ape la kan
ReplyDeletedah xda jodoh kan..
ReplyDeleteORANG TGH FRUST MCM TU LAH..^_^
ReplyDeletedh gila talak ke ape mamat tu
ReplyDeleteTengok sini ==>> Tips Isi Minyak Kereta Yang Betul
Frust aliff ni..
ReplyDeletekena terima kenyataanlah kan..dah xde jodoh...
moga semuanya berjalan lancar nanti..macam2 lah zaman sekarang nyh..:)
ReplyDeletesuke sangat ann ngan wafi dulu...
nak kata kesian kat Aliff pun x boleh, dah nama pun jodoh kann... ^_^
ReplyDeletekisah yg lepas jangan dikenang
ReplyDeleteassalamualaikum rose...semoga tiada masalah lg selepas ni kan...;)
ReplyDeletesusah nak lupa la tu. huhu.. hanya diorang tau perkara yg sebenar kan.
ReplyDeleteoh..gossiiiippp lagikkk . haha mcm2 la artis2 ni pening pikir kan mereka.lbh baik pikir kan cik rose lagi baik.hehe.akak ape kabar?sehat?moga sehat n ceria selalu :) cendol misssssssssssssssssss u :)
ReplyDeleteaiseyman.....melepas aku huhuhuuu
ReplyDeleteno komen heheh
ReplyDeletesama2 kita doakan yang terbaik buat mereka :)
ReplyDeletekalau dah rtisss... huhuhuh
ReplyDeleteYg lps tu usah dikenang la..biar la dia bahagia ngan insan lain ngan anak2 tu nnt
ReplyDeletebenda dh lepas sudah2 la kan
ReplyDeletetak usah ungkit2 biarlah anne tu bahagia kan..dah xde jodoh nak buat mcm mana
ReplyDelete