05 August 2013

Pelakon Era 80-an, Rosnah Mohd Noor Meninggal Dunia

 
 http://photo.murai.com.my/842013_rosnahmeninggal-a.jpg

KUALA LUMPUR, 4 OGOS 2013: Pelakon popular era 1980-an, Rosnah Mohd Noor telah disahkan meninggal dunia pada sebentar tadi sekitar jam 2.55 petang Ahad di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Khabar kematiannya itu dimaklumkan oleh rakan Allahyarhamah, Zaridah Ishak kepada mStar Online yang menghubunginya jam 3.30 petang tadi.
"Rosnah sudah pun meninggal dunia pada pukul 2.55 petang tadi. Dan kini saya bersama keluarganya sibuk menguruskan jenazah. Buat masa ini kami belum pasti lokasi pengebumiannya.
"Kami sedang berbincang," katanya kepada mStar Online
Tambah Zaridah, jenazah dimandikan di HKL dan akan dikebumikan di tanah perkuburan di sekitar USJ Subang Jaya sejurus selapas anak sulung Allahyarham iaitu Wan Ramada Agus Putra tiba dari Australia.
Terdahulu, mStar Online pada 27 Februari lalu pernah melaporkan Rosnah, 54, dimasukkan ke HKL apabila tulang pada bahagian paha kirinya patah akibat kesan komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser payudara yang dihadapinya sebelum ini.
Allahyarhamah sering mendapatkan rawatan di HKL akibat penyakitnya itu.
Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, Rosnah telah berlakon beberapa buah filem antaranya Hantu Siang (1986), Di Ambang Kasih (1984), Aku Yang Berhormat (1983), Esok Untuk Siapa (1982) dan Ribut Di Hujung Senja (1982).
Hasil perkahwinannya dengan penyanyi dangdut Iwan, beliau dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Ramada Agus Putra, 24, Wan Shamira Puteri Octavia, 22, dan Wan Shahera Puteri Apreena, 20.
Wan Ramada sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina di Australia manakala anak bongsunya pula belajar di sebuah kolej swasta Kuala Lumpur.
Rosnah turut memiliki seorang cucu yang berusia setahun hasil perkahwinan anak keduanya.

6 comments:

  1. Al-Fatihah.. semoga arwah ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman dan beramal soleh kepadaNYA..amin

    ReplyDelete
  2. al-Fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat...

    ReplyDelete
  3. Al-FATIHAH.. laa... arwah bekas isteri iwan rupanya..

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠