15 January 2013

Merlin Episod Akhir Musim Ke 5

Assalammualaikum..
Akhirnya Drama Siri MerLin menamatkan episodnya untuk musim ke-5 pada 24 Disember 2012 yg lalu dan cite Merlin ini juga tidak akan disambung ke musim ke-6..so Musim ke 5 adalah yang terakhir..uwaaaa sedih plak kan Merlin dah xde pasni..Setelah 5 Musim bersiaran yakni selama 5 tahun akhirnya ianya berpenghujung yang mana episod akhir Merlin mmg sangat menyedihkan bagi semua penggemar cite Merlin ni..ohhh tidak...kerana di episod akhir Arthur akhirnya Mati setelah ditusuk pedang (yg ada Nafas Naga) oleh Mordred..Namun Mordred juga mati apabila Arthur juga sempat menikam Mordred kembali sebelum jatuh pengsan. Walaubagaimanapun Arthur tidak mati serta merta..Dia masih bernafas sebelum Merlin membawanya masuk ke dalam hutan.
Ketika didalam hutan Arthur kesakitan namun masih mampu bercakap-cakap dengan MerLin..dan situasi yang paling ditunggu-tunggu oleh semua penggemar Merlin pun tiba juga, dimana MerLin akhirnya berterus terang pada Arthur yang dia adalah ahli sihir dan mempunyai kuasa magik..Arthur awalnya tidak mempercayai kata-kata Merlin dan menganggap Merlin bergurau..akhirnya Merlin menunjukkan kuasa magiknya pada Arthur..Arthur kemudian terkejut lalu berasa amat kecewa dan tertipu. Die mengatakan bahawa selama ini die merasakan die amat mengenali Merlin rupanya dia salah. Arthur terus tidak mahu brcakap langsung dengan Merlin selepas itu. Keesokan harinya Gaius sampai di tempat mereka..lalu melihat luka Arthur dan mengatakan kuasa Magik Merlin juga tidak mampu menyelamatkan Arthur..dan Arthur hanya mempu bertahan hidup dalam dua hari saja..
Arthur ketika ini masih takut2 ragu2 serta merajuk dengan Merlin..dia hanya berpura-pura tidur bila Merlin ada disitu..setelah Merlin pergi dan Gaius datang kpdnya terus die memberitahu Gaius yang Merlin tuh ahli Sihir..tapi riak wajah Gaius x terkejut pun..lalu Arthur sedar yg Gaius pun lama tahu pasal Merlin ada magik..akhirnya Gaius cuba menasihati Arthur dan memberitahunya betapa pentingnya Merlin disisinya serta betapa sayangnya Merlin kpd dirinya..akhirnya Arthur akur dan mengikut nasihat Gaius..
Merlin masih tidak berputus asa dan cuba mencari jalan untuk mengubati Arthur..Akhirnya Gaius mengatakan hanya ada satu jalan iaitu dengan membawa Arthur ke satu tempat..Kemudian akhirnya Arthur dan Merlin berangkat menuju ke tempat tersebut manakala Gaius pulang ke Istana..sedih gak masa ni bila Gaius nak berpisah dengan Merlin dan Arthur die mcam dah leh tau yg die x kan jumpa Arthur dah pasni..sedihnnyaaaa...diorang berpeluk semua..dan meneruskan perjalanan masing..Malam menjelma Arthur dan Merlin berehat dibawah pokok manakala Merlin cuba menghidupkan api dengan guna kayu ke batu akhirnya Arthur suruh MerLin guna kuasa magik die utk hidupkan api..dan Merlin pun buatlah..pastu diorang bersembang-sembanglah sedih gak masa ni..Bila Arthur mcm x sangka yang selama ni die boleh x sedar yg Merlin ada kuasa Magik..Merlin hanya mampu ckp sorry..die hanya guna magik die untuk Arthur saje bukan untuk tujuan lain..
Arthur semakin lemah manakala Morgana pula tahu yg Arthur masih hidup dan cuba mencari Arthur dan Merlin didalam hutan..dan akhirnya die berjumpa dengan mereka..die terus menggunakan kuasa magiknya kpd Melin lalu Merlin pun terpelanting jauh(haha ayat aku mmg lawak)Morgana terus menghampiri Arthur dengan gembiranya kerana dia x sabar2 mahu membunuh Arthur yg telah sedia lemah itu..Akhir saat2 yg ditunggu tiba apabila Merlin datang dari belakang dan terus menikam dengan Pedang yang sama yg menikam Arthur kpd Morgana..Merlin menikam Morgana dari arah belakang..akhirnya puas hati aku bila Morgana akhirnya mati ditangan Merlin..huhuhu Arthur hanya melihat Morgana mati didepan matanya..
Setelah Morgana dah mati Merlin dan Arthur cuba meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki kerana kuda yang mereka naiki sebelum ini telah lari disebabkan kedatangan Morgana. Namun keadaan Arthur semakin parah dan tidak mampu meneruskan perjalanannya lagi sebaliknya die hanya menyuruh Merlin berhenti dari melakukan apa2 pun krn semuanya telah terlambat..Arthur hanya menyuruh Merlin memeluknya erat2 (masa ni mmg sedih giler huhu)Merlin masa ni dah nak menangis dah..Arthur masa ni sempat berkata-kata pada Merlin..dan ayat terakhir yg Arthur cakap pada Merlin sebelum die menutup mata adalah "Thank You Merlin" dannnnnn...Arthur pun menutup matanya..sangat sedih masa ni Merlin mmg dah menangis, menjerit..dan akhirnya Merlin memanggil naganya untuk membawa mereka ke tempat tersebut walaupun die sedar semua dah terlambat.. 
(masa ni Arthur dah mati huhu)
(Merlin masih x dpt terima hakikat Arthur dah mati)
Setelah sampai ke tempat berkenaan..Merlin masih x berputus asa..die terus mengusung mayat Arthur tu..sebelum Naga berkenaan menegur Merlin dengan menyuruh Merlin untuk menerima hakikat kerana tidak ada apa2 yg boleh dilakukan lagi..Naga tersebut menyuruh Merlin menerima takdir yg tertulis untuknya dan Arthur..dan akhirnya Merlin merelakan pemergian Arthur dan melaksanakan sendiri upacara pengebumian Arthur..huhuhu sedih ooo...tapi aku x rasa Merlin kembali ke istana selepas itu..die merantau  dan menunggu kelahiran semula Arthur..dan masa ni Merlin dah jadi tua..huhuhu...
inilah ending drama siri org putih yg paling sedih yg pernah aku tengok huhuhu kalau korang nak tengok final episod cite Merlin ni bolehlah tengok kat Youtube or search kt google mesti keluarnyer..x pun tunggu tv3 tayangkan nanti maybe dalam bbrp minggu lagi..
i will miss you Merlin =(
Pssttt!!! aku memang layan cerita nie...dari episod pertama hingga episod 5....pasnie...dah tak ada dah cerita Merlin nie....sedihnya...Sinopsis tue aku copy dari blog MIss Banu Story  kalau rindu boleh baca balik kisah yg last nie....Malam tadi last kat tv 3....

39 comments:

  1. Salam dear.. I minat kot citer ni. Tapi dah lama jugak tak follow so tak kisah la baca review, tapi mmg lawak la your review, patut sedih tapi I bantai gelak dalam sedih.

    ReplyDelete
  2. tgk jugak sampai habis tu pun sbb anak tidur.. memang sedihkan bila raja arthur tu mati.. merlin ada kat sisinya.. tp part last merlin jadi tua tau.. dia lalu kat tasik tu.. tp masa dh berlalu sebab masa merlin lalu.. ada lori lalu... mmm xde sammbgan lah pulak

    ReplyDelete
  3. dah abeh erk? skali pon x penah tgk, haha~

    ReplyDelete
  4. Uwaaaaa...tak tgk habis sbb dah tertido. Harap hubby jer cerita pagi nih.

    ReplyDelete
  5. seyes sedih gile time arthur mati 2. merlin dh le syg gile kat arthur 2 laz2 gwen jdik permaisuri untuk camelot

    ReplyDelete
  6. tak pernah tgk pun.....best rupanya ye.

    ReplyDelete
  7. wah tq2..ada gak sinopsis..tak sempat tgk semalam...mlm ni mmg kena search kt youtube lah jawapnyer..sedih nyer ending dia...

    ReplyDelete
  8. owhh dah tamat? hikhik.. punya la x ikot citer ni tu yg xtau..haha..

    ReplyDelete
  9. sedih plak ending nya....dah lama gak tak layan crita ni...

    ReplyDelete
  10. Sedih kan ending dia ? Tapi ada sedikit frust sebab Arthur mati.. huhu~~

    ReplyDelete
  11. rmi jugk tgk citer ni yer.. tp sy x pnh follow hihi

    ReplyDelete
  12. BUI BACA X TGGL SATU AYAT PUN..PANDAI CIK ROSE BERCERITA WPUN ADA LUCU NYA KAT SITU..

    BUI X PERNAH TENGOK SIRI 5 NI..BUAT JER REVIEW TP X PERNAH TENGOK..HUHU

    ReplyDelete
  13. sgt sedih ending citer nih...lagi sedih sebab dah takde Merlin dah pasnih..huhu..

    ReplyDelete
  14. Nur pun layan merlin dari season 1...
    semalam dah tgk dekat tv...sedihhhh..!!

    huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  15. salam kak CR..
    huhu..mlm td pun tgk gak siri ni..
    tp kejap2 coz anak2 dah nk masuk tido. huhuh..

    bestbest...

    ReplyDelete
  16. tamat suda tp sy xtgk plak smlm..kena tgu tgk channel diva la siaran ulangan..hihii

    ReplyDelete
  17. ha? seriusly dah bis cte ni kak? biar betul ni, lps ni solehah nk tgk cte pe :(

    ReplyDelete
  18. solehah ske tengok persahabatan yg ditunjukkan oleh Arthur dan Merlin. Merlin sanggup melakukan apa2 shaja untuk Arthur. Tapi kenapa last2 Arthur yg mati. waaa xleh terima ni T_T

    ReplyDelete
  19. alamak sedihnyer.. sebab x dpt tgk malam tadi huhuhu

    ReplyDelete
  20. sy xtgk pun mlm td tp baca sinopsis ni mmg sedih plak..

    ReplyDelete
  21. sy xtgk pun mlm td tp baca sinopsis ni mmg sedih plak..

    ReplyDelete
  22. tengok kjap ja smlm tak tau kta akhir.hihi

    ReplyDelete
  23. walaupun morgana tu jahat, tapi saya suka tengok dia.hehehe

    ReplyDelete
  24. tak trsmpat pn nk follow..tau2 dh habis ;(

    ReplyDelete
  25. uwaaaaa...sedihnya.. sy bace citer awk ni pun, sy dah boleh bayang kesedihan yang menyelubungi.. and i'm crying right now. hihi. tak tau la kalau sy tengok semalam, mesti pergi sekolah ngan mata bengkak,. arthur is soooo lucky to have merln by his side until he's dead.. owh.~ merlin soooo sweet!!!

    ReplyDelete
  26. oh, ye! singgah blog sy jugak yer!!

    isyapurple.blogspot.com/2013/01/oh-merlin-so-sad.html

    ReplyDelete
  27. oh, ye! singgah blog sy jugak yer!!

    isyapurple.blogspot.com/2013/01/oh-merlin-so-sad.html

    ReplyDelete
  28. mesti ade sambungannye nie .. semalam tgk ckit jek lpas tue tertido hee

    ReplyDelete
  29. tau takpe...
    masa tengok tu rasa macam nak menjerit je....sedih nyer...
    pasni ni mesti boring dah takde citer nak tengok...

    ReplyDelete
  30. alaa nisah tak follow cite ni.. tapi mana pergi isteri arthur tu?

    ReplyDelete
  31. Bukan ke pedang lain tapi ditempa dengan nafas naga ke? sebab pedang Arthur adalah pedang pertama yang ditempa dengan nafas naga tua tu. manakala pedang modred pula ditempa dengan nafas naga muda tu.

    Jadi makanya 2 pedang yang berlainan tapi ditempa dengan cara yang sama.

    Tapi sayang..ending citer tu kurang best. Kan best kalau ada merlin 6.

    ReplyDelete
  32. hero mna blh mati..mst arthur hidp balik hehee..camelot kan penuh dgn kuasa magik dorg hahaa..lg2 merlin tu ^_^

    ReplyDelete
  33. mmg follow jugak merlin. tp y bestnya masa malam final episod tu nyaris terlepas. Tp bl tgk Ust Don ada mention pasal Merlin ni. Hbis je tgk Ust Don terus tkar channel. Terima kasih Ust Don sbb ingatkan sy psl citer ni. Heeee.. Padahal tgk jgk citer tu tp baca review pun sedy jgk lg skli.

    ReplyDelete
  34. x dapat tengok...:(

    sedih ngat nie...

    ReplyDelete
  35. nak sambung season 6..bagi arthur hidup balik..hehehe

    ReplyDelete
  36. Kan best kalau ada sambung lagi..M ni pengikut tegar cerita merlin...

    ReplyDelete
  37. jaa pun tgk merlin malam tu.mmgsedih giler ar citer dia...mmg menjadi sgt2... ramai yg bagi feedback yg baik.....cuma kecewa sbb athur mati jer...dah la dia hensem giler...hihi...

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠