Individu Yg Mencuri Duit Lisa Surihani Sudah Di temui

Author : Cik Rose Cute | 9:19 AM | 26Total Comments |
Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung penipuan membabitkan ibu dan pelakon, Lisa Surihani, 26, yang kehilangan wang RM50,000 selepas kad mesin juruwang automatik (ATM) mereka ditukar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani berkata, pihaknya kini mengenal pasti individu yang terbabit mengeluarkan wang itu selepas membuat kad ATM baru tanpa pengetahuan mangsa.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Lisa Surihani rugi rm50,000 
Isnin lalu Harian Metro melaporkan Lisa Surihani, 26, dan ibunya, Siti Amira Ahmad, 62, kerugian RM50,000 apabila wang dalam akaun bersama milik mereka hilang selepas kad ATM mereka ditukar. Kehilangan wang itu disedari Siti Amira ketika ingin mengeluarkan wang jam 10.30 pagi di mesin ATM di sebuah bank di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, dekat sini, 11 Januari lalu. Sumber polis berkata, ketika membuat semakan baki simpanan, Siti Amira mendapati wang dalam akaun bersama itu berkurangan dan mengesyaki berlaku penipuan kerana sebelum ini dia tidak membuat pengeluaran wang. Menurutnya, apabila dirujuk kepada bank, dia diberitahu kad ATM miliknya tidak boleh digunakan kerana sudah ditukarkan kad baru oleh individu lain tanpa pengetahuannya. “Berikutan itu, Siti Amira bersama Lisa Surihani membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi pada hari sama,” katanya. Sumber itu berkata, rekod pengeluaran menunjukkan wang dalam akaun dua beranak itu dikeluarkan di beberapa tempat dan terbaru di Kuantan, Pahang, Selasa lalu. 
 
Nota Kaki: Nak tahu jugak siap yg ambik duit lisa tue....Emmm...Manusia memang tidak pernah cukup...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

26 comments:

  1. Laaa eksited kemain Aina baca, ingatkan dah kena tangkap :p Haha!

    ReplyDelete
  2. Mcm mana bleh tukar kad atm tanpa pengetahuan dorg?
    Bukan ke kene ada ic sume..?
    Hmmmm...

    ReplyDelete
  3. heran btl cmne lah dia boleh buat keje cmtu ek.sng sgt nak tukar2 kad org..pelik2...mesti ad jgk org bank yg terlibat ni.klo x, xkan sewenang je leh tuka..bahaya2...


    *** yeaaaaa...nama kite yg-3 waiting list** hihi..

    ReplyDelete
  4. kaya sekejap, pastu kena tangkap..padan muka

    ReplyDelete
  5. boleh jd org terdekat yg punye keje nie...

    ReplyDelete
  6. entah2 sedara mara dia ..
    sbb bukan mudah pihak bank nak bagi buat kad baru without IC owner .. mereka juga ada peraturan mereka .. hurmmm

    ReplyDelete
  7. nak tahu jugak...sapa lah agaknya....

    ReplyDelete
  8. cekup sgraa sblum org lain jd mangsa.. jahat betol

    ReplyDelete
  9. Kesian Lisa kan. Smoga pencuri tu ditangkap secepat yg mungkin.

    ReplyDelete
  10. macam2 hal..kesian lisa.byk tu 50k

    ReplyDelete
  11. TAK SABAR NAK TAU SIAPA PENCURI TU

    ReplyDelete
  12. singgah kalai ke 2 pg nie....
    mg yg di cr kan ketemu..bukan rezeki lisa agaknya...ada hikmah sebaliknya..

    ReplyDelete
  13. sapelah agaknya eh...
    mmg tamak betul..!

    ReplyDelete
  14. nak tahu orgnya..tak sabar nak tengok

    ReplyDelete
  15. hurm nak tengok jgk sape yg sggp wt macm tu..huhu

    ReplyDelete
  16. sapolahhh yg punye kojer tu yeppp. myb org2 terdekat lisa & ibunya. kannnnn

    ReplyDelete
  17. sapa lah yg terlebih cerdik pandai tu kan..kesian Lisa ngan ibu dia..

    ReplyDelete
  18. salam kak cr..
    huhuh.. citer ni pun cma baru tau minggu lepas.. cian lisa..semoga pencuri tu dpt diberkas..

    ReplyDelete
  19. rasain lu!! kan dah kena tangkap!!

    ReplyDelete
  20. krna duit org sgup buat pe je kan

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠