26 January 2013

Manusia Dan TanggungJawab

Salam...buat semua...


Setiap manusia mesti mempunyai 1 tanggungjawab yang besar..tidak kiralah apapun tanggungjawab tersebut.
masa yang tidak mencukupi @ kegiatan sosial yang berlebihan @ mencari rezeki tanpa batasan selalunya menjadi alasan apabila di tanya mengenai masa yang di luangkan kepada anak-anak dan keluarga....


  • Adakah ini alasan yang di berikan maka apakah bermakna sehari semalam 24jam yang Allah s.w.t peruntukkan masih tidak mencukupi?
  • Apakah Tuhan memberikan masa tidak seimbang untuk dunia ini @ kita sendiri yang mengabaikan masa?Jangan berikan alasan yang boleh menjuruskan kita meletakkan kesalahan kepada yang Maha Pencipta alam ini kerana setiap yang Dia anugerahkan di dunia ini adalah yang terbaik untuk makhlukNya.
  • Kita sebenarnya insan yang leka dan lalai dalam segala  hal seperti firmanNya,
                                   "  Demi masa.Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian." (al-Ashr: 1-2 )

Ketika mengejar keduniaan secara berleluasa maka cuba kita fikirkan....apakah sebenarnya yang kita kejar? Harta ? kemewahan ? Pangkat ? Tapi kemana pula khazanah-khazanah ini kita belanjakan?Kita tidak mampu membawa khazanah ini ke liang lahad apabila mati esok.
  • Oleh itu jangan kita mengabaikan tanggungjawab dalam memberikan pendidikan yang sempurna.Sekiranya kita adalah orang yang terlalu sibuk tetapi kita seorang yang berharta maka gunakan harta itu sebagai perbelanjaan agar dapat memberikan didikan agama bukan hanya kepada isteri dan anak-anak sendiri malah kepada umat Islam yang lain.
  • Jika kita miskin maka kita carilah orang yang ikhlas serta bersedia memberikan didikan kepada anak-anak kita.Jangan beri alasan tidak ada orang yang sanggup kerana dunia ini luas dan masih ada insan yang rela berkhimat secara     ikhlas semata-mata hanya       untuk mengadap Allah s.w.t dengan sempurna apabila dia mati kelak.
  • Berharta atau tidak bukan faktor penghalang untuk mencari orang yang ingin mendidik anak.Ia memang tanggungjawab kita untuk mendidik mereka.

    Psstt!! Renungan Untuk Kita Bersama....

13 comments:

  1. Betul tu..kdg2 kita manusia mengejar sesuatu di dunia sehingga kita lupa usia semakin menghambat kita ke dunia satu lagi yg cuma beberapa langkah saja lagi ke depan....Cukupkah kita membawa bekalan utk ke dunia satu lagi tu??

    ReplyDelete
  2. sangat terkesan di hati saya..terima kasih cik ros..best entry ni...

    ReplyDelete
  3. setuju..anak2 itu satu tanggungjawab.mendidik mereka itu satu amanah yg perlu ditunaikan sebaiknya..:)

    ReplyDelete
  4. Tanggungjawab kita sebagai manusia banyak sebenarnya.

    ReplyDelete
  5. semua manusia ada tanggungjwb.. ats diri sendiri sama ada tok laksanakan atau tidak

    ReplyDelete
  6. memang tak dinafikan, walaupun belum bkhawin kekdang tangjawab dengan diri sendiri pun terabai..

    mcm mana lah kalau dah kawin nanti...
    ermm..nampaknya nur kena plan sesuatu untuk diri sendiri...

    huhuhu...terbaik entry ni..! buat nur fikir sesuatu...

    ReplyDelete
  7. selagi kita bernafas..tanggungjawab tak pernah lepas...

    ReplyDelete
  8. sebagai manusia ni mmg banyak tanggungjawabnya....

    ReplyDelete
  9. tanggungjawab yg sgt penting sbnrnya..ibu bapa lah yg mencorakkan anak2 dlm memberikan didikan dunia & akhirat..
    entry yg bagus K.Rose :)

    ReplyDelete
  10. betul..tanggungjawab tue tak kira kecik @ besar

    ReplyDelete
  11. selagi hidup memang tak lepas dari tanggungjawab.

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠