24 September 2013

Gosip Terbaru Hero Cinta Jannah Aeril Zafriel

Assalamualaikum...

Nak tercabut jantung aku bila terbaca kat kosmo tentang gosip pelakon nie....yalah...hari-hari aku bukak  dia punya instragram.....ada pulak gosip yg kurang menyenangkan...emmmm....siapalah yg tulis artikel tue...entah2 artis lain tak...



Laporan Kosmo! hari ini menyebut yang sebuah stesen radio swasta hujung minggu lalu telah mengeluarkan satu gossip kononnya seorang pelakon wanita yang telah lama senyap dari dunia hiburan kini sudah melahirkan anak dan sedang berpantang.
Bapa kepada anak tersebut pula khabarnya adalah pelakon lelaki yang sedang popular dengan sebuah drama bersiri yang di’siarkan setiap petang di televisyen.
Dan spekulasi pun timbul mengatakan gossip tersebut merujuk kepada Wawa Zainal & juga Aeril Zafrel yang kebetulan sedang popular dengan Cinta Jannah di TV3.
Aeril Zafrel yang ditemubual menafikan perkara tersebut & berkata ianya hanya kata kata orang ramai yang tidak mempunyai bukti selain menegaskan sekali lagi yang hubungannya dengan Wawa Zainal hanya sekadar sahabat baik.
“Saya tidak tahu hendak kata apa (ketawa). Itu hanyalah kata-kata tanpa sebarang bukti yang sahih, jika saya nafi & komen lebih-lebih orang memang tidak akan berhenti bercakap. Memang saya tidak berkahwin, saya hanya kahwin dalam drama sahaja”
Menjawab dakwaan yang Wawa Zainal telah hamil, Aeril Zafrel meminta semua pihak berhenti menyebarkan cerita jika tiada bukti.
“Jika saya kahwin, pasti ada bukti kerana pelbagai perkara harus diselesaikan seperti dokumen, bukan boleh berkahwin secara senyap kerana akhirnya orang akan tahu juga,” tambahnya lagi yang memaklumkan Wawa Zainal masih berada di Sabah untuk berubat.
Nota Pink: Kalau dunia hiburan artis nie...pantang ada artis glamour sikit...pasti ada gosip panas....betul tak?

26 comments:

  1. Saya tak pernah terkejut dgn apa juga berita negatif tentang artis kerana mereka adalah artis..Jika mereka ilmuan agama memang terkejut habis, tapi artis...?

    ReplyDelete
  2. takleh tgk hero Cinta Jannah skrg nih.. tu yg singgah n komen kat blog Cik Rose.. selalunye gosip2 ni.. ade betulnye kan...kan...

    ReplyDelete
  3. macam2 bila dah jadi public figure ni... nak tak nak kena bijak tepis dan telan apa yang diperkatakan...nak jadi retis kena kental ye tak? he he he...

    ReplyDelete
  4. bab gosip no 1..hahah.

    sbr jela dgn berita bukan2 ni kan kak.

    ReplyDelete
  5. tula.. asal ada artis tgh popular meletop je ada jela gossip yg nk menjatuhkan... haihhh manusia mmg x blh tgk org lain senangkan... ada jerrrrr

    ReplyDelete
  6. ish..kalo x betul dah kira fitnah.. dosa besar tu.. alahaii hensemnya izaryl.. hikhik.. kalo dia dgn wawa pun apa slhnya kan.. sepadan tu..wawa pun comei..ada lesung pipit.. haha

    ReplyDelete
  7. hmmmm... camnolah tuh?.
    ps: nk blajar hias blog boleh?

    ReplyDelete
  8. macam macam kontroversi sekarang ni...

    ReplyDelete
  9. wawa zainal sakit ape? hehehe..die dahlah cantik.. sesuaila tu dengan zafril nih..

    ReplyDelete
  10. mcm logik gak..tp harap2 tak la..

    ReplyDelete
  11. pernah tengok dia berlakon kat Tv...ok la lakonan dia tu kann...

    ReplyDelete
  12. erkkk!!! tahu tak pe...baru naik ada2 je gossiping....huhu...kesiannnn

    ReplyDelete
  13. dia ni baik kot kan.. kesian difitnah..

    ReplyDelete
  14. ada jgak terbaca pasal perkara ini tadi...

    ReplyDelete
  15. baru je si aeril ni naik namenye..
    dah de gossip panas mcm ni ye...

    ReplyDelete
  16. hmm...speechless..

    ReplyDelete
  17. macam2 la dorg nie..huhu

    ReplyDelete
  18. KAK EDIT BLOG LAGI TAK??INGAT NAK MINTAK TLG MASUKKAN FB MYER..TAK TAHU MCM MANANAK BUAT..

    EMAIL NURUL
    nurulhezrina83@gmail.com

    ReplyDelete
  19. bila ada drama popular kt tv.. msti akn kluar gosip bkaitan plakonnya..

    ReplyDelete
  20. Ai pun tdengar dlm radio..mula2 tu pkir juga sapa artis pompuan tu..haisshh kalo lah betul k.Ros..abis la hero pujaan tu.

    ReplyDelete
  21. Laaaa, kak..
    Aeril nie kena gosip dengan eiqa laa kak :P :P :P
    eheheheee

    ReplyDelete
  22. baru nak popular, dah kena gosip..haishh,,saboo je lah...

    ReplyDelete
  23. Gosip yang tak betul boleh mengundang fitnah. Jadi berhentilah menyebar gosip yang tak tentu betul tu kan.

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠