28 December 2011

Cerita Seram Tentang Uri

Aku pernah dengar waktu kecik2 dulu.....Orang tua2 berpesan kalau ada wanita bersalin cepat2 tanam uri tersebut sebelum apa2 berlaku...Korang percaya atau tidak terpulang....Kat bawah nie ada kisah seram tentang uri wanita bersalin....Seram pulak aku membacanya....Ada tak sesiapa yang pernah mengalimi benda pelik cam gini....













Kami sekeluarga tinggal di kawasan timur singapura. Ketika berlaku kejadian yang ingin aku ceritakan ini, kakak iparku baru sahaja bersalin dua hari yang lepas. Walaupun dia masih lagi ditahan dihospital, uri bayinya telah dibawa pulang dahulu untuk ditanam. Malangnya uri itu tidak dapat ditanam pada hari ia di bawa balik dari hospital kerana hari sudah senja. Uri itu kami letakkan dalam botol di atas meja dapur. Lampu dapur pula di nyalakan kerana menurut orang tua tua, uri bayi yang baru hendaklah di letakkan dekat cahaya supaya tidak diganggu hantu dan syaitan. Jam di dinding berdenting menandakan 12.45 tengah malam. Penghuni penghuni lain dirumah sudah nyenyak dibuai mimpi. Aku pula, entahlah. Perasaanku berlainan malam itu. Selalunya tidak begitu. Mata ini belum lagi terasa mengantuk, sebaliknya perut pulak terasa lapar. Aku terus melangkah menuju ke dapur untuk mencari makanan. Kaki ku baru selangkah menjejak ruang lantai dapur apabila ku lihat lembaga putih ditingkap dapur-berjalan diudara. Mimpikah aku? Tak kan ada orang berjalan atas angin, jawab hatiku sendiri. Lagi pun, rumah kami ditingkat lima. Aku terus beristighfar. Lembaga itu melintas lagi ditingkap dapur. Tiba tiba ia berhenti, lalu memandang kearahku dan menunjuk ke arah botol yang terletak diatas meja. Matanya merah, bagaikan bebola api. Lendir dicelah celah mulutnya yang keluar sangat menjijikan. Barulah aku sedar yang lembaga itu adalah pontianak. Dengan kuasa Allah, mulutku mula membaca ayat Al Quran. Pontianak itu tiba tiba berlalu, menghilangkan diri. aku kira semuanya sudah selesai, tapi aku tersalah duga. Sejurus kemudian, aku terlihat lembaga itu ditingkap ruangan tamu pula. Ia cuba mencakar cakar dinding ruangan tamu. Aku hairang kenapa ibu ayah tidak sedikitpun mendengar kejadian ini. Mingkin ini suatu ujian untukku. Alhamdulilah, surah yassin telah diletakkan di setiap penjuru dan tingkap dirumahku. Oleh sebab itulah pontianak itu tudak boleh masuk. Aku de dapur lalu mengambil segelas air lalu kubacakan ayat Qursi. Sesudah itu, aku renjiskan keseluruh penjuru rumah dan disemua tingkap. Akhirnya pontianak itu pergi jga dengan hilaian yang sangat menggerunkan. Esok pagi pagi lagi aku mengajak abangku perfi menanam uri anaknya. Waktu melawat kakak iparku dihospital kemudian, diakatakan bahawa anaknya semalaman menangis tak henti henti. Mujur ayahku telah membekalkan surah surah untuk menjadi pendinding. Aku hanya terdiam disitu mendengar cerita mereka. Kejadian malam itu tidak keberitahu sesiapapun.-

P/S: Cerita di atas kredit By  Putri Roh 

9 comments:

  1. peh seramnye..mende tu nak mkn uri ek? emm baru 2 ari lepas sy terjumpe 1 blog yg cite psl pompoan yg baru bersalin meninggal sbb doc x keluarkan uri..kesian..dah la ank sulong :(

    ReplyDelete
  2. eeee...bc nga ari cam nie pun da rasa lain...

    ReplyDelete
  3. Emmmm...ingatkan cerita itu akan berakhir dengan ayat:

    "....tiba2 mataku terbuka. Barulah ku tau rupanya itu cuma mimpi..."

    Entri baru di blog JR: "Jawatan Kosong, Kerja Mudah, Gaji Lumayan: Geli Girl"

    ReplyDelete
  4. @Eera Shera

    Ya ker....tertinggal uri dalam perut selepas bersalin memang boleh mati...kesiannya...

    ReplyDelete
  5. ada kemungkinan jugak benda nie boleh berlaku..:)

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠