06 November 2013

Wartawan Zubir Kena Hentam


Assalamualaikum...ada baca tak kisah seorang pelakon kena fitnah dengan seorang wartawan...So sesiapa yg belum tahu boleh baca kat bawah kenapa wartawan Zubir Kena Hentam...
Dalam dunia hiburan yang serba glamor, bukan artis saja yang dikenali masyarakat malah wartawan yang menulis cerita juga. Dan dalam ramai-ramai wartawan hiburan, antara yang paling dikenali adalah Zubir dari BiPop, Berita Harian.
Antara artis yang pernah bermusuhan dengan wartawan ini seperti Shila Amzah, Zain, Rozita Che Wan, Hattan, Michael Ang, Hans Isaac, Pierre Andre, Rita Rudaini, Neelofa, Anzalna, dan ramai lagi.
Aeril Zafril melalui satu post di Instagram peribadinya, mengeluarkan satu screenshot yang diambil dari WeChat milik Wawa Zainal yang menampakkan beberapa mesej dari Zubir mengajak Wawa keluar. Dari caption gambar tersebut, Aeril Zafrel mencela Zubir dengan menyertakan ayat ‘cliche’ yang selalu dilontarkan wartawan tersebut, “Abang boleh naik dan jatuhkan….
Para peminat Aeril Zafrel jelas kecewa dengan sikap wartawan itu yang menganggap dirinya seperti Tuhan boleh menjatuhkan dan menaikkan orang serta menyekat rezeki orang lain ikut suka hatinya sahaja.
Baru-baru ni si Zubir ni cuba libatkan si Ummi Nazeera kononnya pernah berkahwin dengan Aeril Zafrel sebelum perkahwinannya bersama Wawa Zainal pula.
Penyanyi Hattan pernah menghentam Zubir sebelum ini dengan kata-kata “Sudahlah gemuk pendek, mahu disanjung pula“ sementara Hans Isaac pula pernah mencela wartawan ini melalui Twitter miliknya.
Kepada Zubir, janganlah gunakan kelebihan menulis kamu tu untuk menjatuhkan orang lain takut-takut nanti kamu pula tersungkur terpalit tahi ayam.

Kredit SINI

Aku pun tak tahu apa masalah Zubir nie...sebab Wawa tak layan dia ke?emmm

35 comments:

  1. kerana mulut badan binasa...smoga di beri hidayah atas keterlanjurannya

    ReplyDelete
  2. tak baikkan zubir tu buat mcm tu...
    xpatut betull!

    cari makn cara yg salah...

    ReplyDelete
  3. Masalah betul la Zubir ni.. Dah banyak kali dengar pasal dia suka buat cerita yang tak betul.. Nasiblah artis oi.. Dah nama pun artis pandai2 ler elak dari fitnah & gosip macam ni.. Huhu..
    Psssst! Nak bgtau ni, nama blog & url dah tukar baru.. Hehe.. Jemput singgah balik.. Hehehe..
    Mieza Suri Shaklee

    ReplyDelete
  4. hah dia minat wawa kot. wartawan pun kdg2 yg lebih. menyampah wartawan cam ni.

    ReplyDelete
  5. terima kasih berkunjung ke laman santai leeza

    ReplyDelete
  6. tak serik lagi la si zubir ni dengan apa yang dia dapat ritu...
    jangan pasni buat repot sebab rasa keselamatan diri seolah terancam.

    ReplyDelete
  7. dunia hiburan dekat malaysia memang menakutkan..thats why sye prefer kpd kpop and artis2 dekat korea tu..serius talk kelakuan dorang jauh beza dengan malaysia..even just sebagai reporter..

    ReplyDelete
  8. Biasa wartawan dear...memang tak habis dengan gosip...hihi

    ReplyDelete
  9. entah ye,tak berani komen..tp ramai sgt artis dok musuh dengan dia mesti la bersebab kan

    ReplyDelete
  10. nanti kita tunggu jawapan zubir.... sure laser habis

    ReplyDelete
  11. kesiannya tak dilayan.. tak beretika betul wartawan mcm ni..

    ReplyDelete
  12. Nasib baik dia cuma kata 'boleh turun dan naikkan orang'. Nasib baik dia tak pinjam kata-kata Firaun 'boleh hidup dan matikan orang'.

    Itulah bila sesetengah orang menganggap dirinya Tuhan....

    ReplyDelete
  13. ishh xmalu sungguh zubir ni. ajak bini org. dy ni xkwin lg ke smpai ajak2 bini org ni.huh

    ReplyDelete
  14. Memang mengundang masalah tu....

    ReplyDelete
  15. Tak suka dgn perangai zubir.Terlalu bnyk aib yg dia buka -,-'

    ReplyDelete
  16. Ada baca jugak pasal zubir nie.. tapi tak pasti la sahih ke tak cerita tue.. hrp yg baik2 saja la.. =D

    ReplyDelete
  17. apa lah.... tau lah dia wartawan hiburan sana sini cari gosip... tp biar lah bt keje tuh elok skit... tau nk cari slh org je... tak paham betui

    ReplyDelete
  18. panas punggung la tu tak dapat cari kesalahan org tu

    ReplyDelete
  19. Wartawan macam tu la. Cerita pasal hidup orang suka. Diorang punya cerita pula siapa nak tulis?

    ReplyDelete
  20. hm.. dunia ni bulat. jadi tak payah la nak menjatuhkan orang lain.. :)

    ReplyDelete
  21. ramai gak yg artis ber"musuh" dgn zubir ni ye

    ReplyDelete
  22. dok dengar dia ni asyik fitnah orang ja..

    ReplyDelete
  23. owhh..wartawan ni.. kenal sgt.. mmg kecoh orgnya ...haha.. x sukalah!

    ReplyDelete
  24. saya pun banyak kali baca cerita dia ni
    ingatkan artis je gila glamour
    rupanya wartawan pun sama juga
    macam-macam =)

    ReplyDelete
  25. bole pulak buat orang macam tu..apa la..

    ReplyDelete
  26. kekadang rasa muak nak ambiktau hal artis ni kan

    ReplyDelete
  27. kadang-kadang penulisanpun boleh memporak perandakan orang, patut jadi pengajaran kat kita kan..

    ReplyDelete
  28. Napela si zubir tu x habis2 nk cari buruk aeril n wawa. Sakit jiwa ke si zubir ni. Bos bh pun wat x kisah je ke ? Atau ada konspirasi nk lakukn akhbar. Nampaknya sama2 dpt sahsm la ye? Kesian aeril n wawa smga mereka tabah dlm hal ini.aamin

    ReplyDelete
  29. sy memg tak suka die nih kak..die tak takut dose ke?buat cerita bukan2 n tabur fitnah..

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠