30 November 2013

Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2013


Senarai penuh pemenang Anugerah Skrin 2013 - Anugerah Skrin 2013 sedang rancak berlangsung semalam  di Stadium Malawati, Shah Alam bermula seawal jam 9.00 malam tadi. Kehadiran ramai selebriti terkenal dengan gaya fesyen yang berbeza-beza membuatkan anugerah kali ini lebih hebat dan menakjubkan.
Bagi korang  yang tidak sempat mengikuti keputusan pemenang Anugerah Skin 2013,korang  boleh tengok senarai penuh pemenang yang di sediakan di bawah...

KATEGORI DRAMA
  • Drama Terbaik - Mawar Putih Tanda Perpisahan (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd)
  • Lakon TV (skrip) Terbaik - Mazlan Manan
  • Pelakon Lelaki Terbaik - Wan Hanafi Su (Hari-hari Terakhir Seorang Seniman)
  • Pelakon Harapan Terbaik - Shasha Al Khred (Kawan)
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Hasnol Rahmat (Tunggu Sekejap)
  • Pelakon Wanita Terbaik - Umie Aida (Aku Bukan Malaikat)
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Izreen Azminda (Perempuan Itu Ibuku)
  • Pengarah Terbaik - Eirma Fatima (Aku Bukan Malaikat)
  • Videografi Terbaik - Mohd Faizal B. Mohd Ali (Mawar Putih Tanda Perpisahan)
  • Drama Komedi Terbaik - Primeworks Studios (Mentua VS Mentua)
  • Drama Rantaian Terbaik - Surat Dari Langit Biru (Rashbir Media Sdn Bhd)

KATEGORI FILEM
  • Lakon Layar (skrip) Terbaik - Nik Amir Mustapha (KIL)
  • Pelakon Lelaki Terbaik - Shaheizy Sam (SAM)
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Khir Rahman (Rock Oo)
  • Pelakon Wanita Terbaik - Christina Suzanne (KIL)
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Miera Liyana (Pecah)
  • Pengarah Terbaik - Nik Amir Mustapha (KIL)

KATEGORI BUKAN DRAMA
  • Bual Bicara Terbaik - Bella (NTV7) 
  • Dokumenteri / Majalah Terbaik - Salam Muslim (Astro Oasis)
  • Laporan Khas Berita Terbaik - Buletin Utama : Kanta Kpop (TV3)
  • Rancangan Hiburan Terbaik - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (TV3)
  • Rancangan Muzikal Terbaik - Anugerah Juara Lagu 27 (TV3)
  • Rancangan Realiti Terbaik - Maharaja Lawak Mega (Astro Warna)

Anugerah Khas Anugerah Skrin 2013 - Drama Saya Sebenarnya Isteri Dia

4 comments:

  1. sy tk tgok..baru tahu kt sini PEMENANGNYA..kai layan MLM

    ReplyDelete
  2. ok dah tau pemenangnya..hihi.. mmg x tgk pun mlm tu.. bkn x ingat tp mls nak tgk.. kami lyn chennai express.. lg syok.. ;p

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠