11 November 2013

Drama Cinta Pandang Kedua(novel)

Salam semua,
Drama di bawah adalah drama Akan datang di slot aurora tv9,aku baca sinopsis menarik jugak jalan ceritanya....entah bila di tayangkan aku pun tak pasti...Para pelakon adalah

Dazrin- Zairul Hasmat

Ainnur Azreen- Izara Aishah




Sinopsis:
Dahlah gemuk macam gajah, garang pulak macam singa! Patut tak payah pergi sekolah,duduk saja dalam hutan!" Zairul Hasmat memang meluat dengan Ainnur Azleen.
Walaupun mereka sekelas, tapi tak pernah sebulu, Ada saja sikap Ainnur yang menjengkelkan hatinya.
Di sekolah Zairul adalah "prince charming" sedangkan Ainnur si Ugly Betty.Ibarat langit dan bumi.  Disebabkan Ainnur mempunyai badan XXL,dia hanya mampu memuja zairul dalam diam. Zairul pula suka menyakat hingga menyebabkan Ainnur malu dan terasa hati lalu nekad untuk tukar sekolah.
Setelah bertahun masa berlalu,
Ainnur bertemu semula dengan Zairul dalam sebuah syarikat. Dia menjadi ketua di bahagian itu,manakala Zairul hanya budak penghantar surat.
Zairul tidak tahu bossnya itu adalah awek  XXL yang diejek,dicaci dahulu -Ainnur Azreen.Pertama kali berjumpa,dia terus jatuh cinta. Sanggup berkorban jiwa raga.
Ainnur pula mendapat idea,Inilah masanya untuk dia membalas dendam.

Sumpahan cinta pertama menhantui Zairul walaupun dia dikelilingi wanita jelita. Untuk mengembalikan maruahnya, dia berjanji akan dapat berdikari dan menimba pengalaman mengendalikan syarikat dengan caranya sendiri. Dia mengambil keputusan untuk menjadi mat despatch di syarikat ayahnya sendiri tanpa pengetahuan sesiapa. Banyak cabaran yang perlu dihadapinya. 

Di sana, Ainnur Azlee seorang gadis naif mencari cinta dan harga diri yang hilang. Kegagalan cinta pertama membuatkan dia serik untuk jatuh cinta. Begitu jua cinta kedua. Dia kecundang lagi.Ke Newcastle jauh dia membawa hati nan lara
Katanya "Melihat si dia berbahagia, hatinya sudah berlagu ria."


Katanya lagi " DIA dan CINTA tidak akan ada titik pertemuannya. DIA dan CINTA tidak akan ada jodoh bersama." Lalu dia belajar untuk bahagia tanpa CINTA dan DIA.

Bukan senang hidup sendiri di perantauan untuk melupakan kenangan pahit dicabul oleh insan yang sangat dipercayai. Siapa menyangka, lelaki yang menjawat jawatan pensyarah telah merobek kepercayaan. Hanya kerana satu kesilapan, dia hampir hilang segala-galanya. Puas dia merayu supaya diperisterikan lelaki durjana itu, tetapi nyata jodohnya dengan lelaki itu tidak ada.


Forgive and forget. Dia belajar untuk memaafkan diri sendiri untuk melupakan kisah silam yang menyakitkan. Lalu anak tunggal yang patuh kepada ibunya ini berjanji akan menjadi anak yang taat. Dia menjadi bos Zairul di pejabat.



Seorang ke Tokyo dan seorang ke Newcastle. Masing-masing ada cerita sendiri.Masing-masing ada hidup sendiri. Selepas berbelas-belas tahun rupanya mereka bertemu kembali di bawah satu bumbung yang sama. Di situlah segala yang disimpan tersingkap perlahan-lahan. Zairul Hasmat bertemu kembali dengan Ainnur Azleen. Masing-masing cuba menyembunyikan identiti diri di zaman silam.Kedua-dunya sedar, mereka pernah bermusuh dan bersengketa. Ainnur bahagia dengan permainan yang sedang diaturnya. Namun Zairul terpaksa mengalah, bimbang cinta pertama yang pernah berputik hanya akan memakan dirinya sendiri.


Di Phuket satu kejadian tidak disangka telah menguji cinta sejati. Ainnur telah diperangkap oleh bekas pensyarahnya yang mahu membalas dendam kepada ibu Ainnur. Ainnur dipenjarakan di Phuket. Tatkala dilanda musibah, hanya Zairul yang ada untuk membantu. Tanpa disangka, Ainnur mengaku yang Zairul adalah suaminya. Zairul tiada pilihan selain dari meneruskan drama yang dicipta Ainnur. Dia berusaha untuk membebaskan Ainnur dari penjara dengan mengahwini gadis itu pada majlis akad jarak jauh.



Zairul berjaya membawa Ainnur pulang. Tetapi kepulangan mereka telah menyingkap segala. Rupanya mereka berdua memang telah lama saling menyinta. Hanya pada cinta pandang kedua segalanya menjadi nyata.

Kerana peristiwa itu, Zairul telah menemukan harga dirinya kembali. Dia pulang sebagai anak yang akan mewarisi Venture Holding. Mat despatch itu berjaya menyelesaikan semua kemelut di sana.



Eihya Abdullah- Ainnur 17 tahun



kredit gambar: Penulis Cinta pandang ke2

Kredit ADMYA

aku suka singgah blog ADMYA sebab banyak info tentang drama yang akan keluar...

13 comments:

  1. Banyaknya adaptasi adaptasi sekarang ni.

    ReplyDelete
  2. MCM BEST JER..TP NTAH KENAPA,BUI X MINAT SGT DGN PELAKON LELAKI TU..

    ReplyDelete
  3. macam menarik je drama nie..sbb tgk pelakon dia pon ok..tak mcm pelakon playboy itu suami aku..maybe sebab dorang tu semua pelakon baru kot

    ReplyDelete
  4. Adaptasi novel lagi? Harap2 yang ni tak mengecewakan macam drama2 adapatsi sebelum ni. Huhu..
    Mieza Suri Shaklee

    ReplyDelete
  5. Mmg mcm goreng pisang panas la kan drama yg diadaptasi ni....

    ReplyDelete
  6. banyaknya drama adaptasi novel sekarang ni ya

    ReplyDelete
  7. aduh baca sinopsis macam best pulakkan... malas tul le takut terjebak macam Mr arrogant ... tak boleh miss langsung hehehehe

    ReplyDelete
  8. byk drama adaptasi dr novel skang nih

    ReplyDelete
  9. hahaha... mcm tak sama je ainur azleen time gemuk ngn kurus.. hehehe.

    ReplyDelete
  10. Dr novel jgk ni..arap2 best ni.hehe

    ReplyDelete
  11. hmmm.. dah xde idea..byk adaptasi novel jer.. huhu

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠