09 April 2012

Kereta Aroon Aziz Yg Di Menanginya

Wah! beruntungnya dapat kereta....jeles ahkak tau....Apa-apa pun aku nak ucapkan Tahniah! kepada Aaron Aziz atas kejayaannya.....


Ramai dah tahu tentang keputusan ABPBH semalam kan.. Apapun pagi ni jom tengok kerete yang dimenangi oleh Bintang Paling Popular tu~

HABUAN...Aaron menang kereta Nissan Teana V6 2.5L (Premium)


GENTING HIGHLANDS: Hero filem Ombak Rindu, Aaron Aziz, 36, menepati ramalan apabila dinobatkan Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) yang berlangsung di Arena of Stars Genting Highlands, malam tadi.
Kemenangan Aaron sekali gus mengenepikan pemenang tahun lalu juga pelakon Shaheizy Sam serta tiga lagi finalis dengan undian tertinggi, Zizan Razak, Maya Karin dan Najwa Latiff.
Lima tahun tercalon sebagai calon Top 5 untuk kategori Pelakon Lelaki TV Popular, namun kemuncak kerjaya Aaron dilihat begitu ketara sejak tahun lalu.

Nora Elena, drama bersiri di TV3 yang sebenarnya menjulang nama Aaron sebelum mencipta fenomena menerusi filem Ombak Rindu arahan Osman Ali.

Melalui filem ‘box office’ berkenaan, bapa kepada tiga cahaya mata itu berganding dengan pelakon wanita hebat, Maya Karin dan Lisa Surihani.

Pelakon kacak kelahiran Singapura itu mencatat kemenangan berganda malam tadi apabila mengungguli kategori Pelakon Filem Lelaki Popular. Bagaimanapun, Aaron terpaksa akur di tangan Fizz Fairuz menerusi kategori Pelakon TV Lelaki Popular.
Kemenangan Aaron membolehkannya membawa pulang kereta Nissan Teana V6 2.5L (Premium) tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.

Penyampaian hadiah disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif New Straits Times Press, Mohammad Azlan Abdullah yang diiringi Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid. Keseluruhannya ABPBH2011 mempertandingkan 16 anugerah kepada artis tanah air.

Seperti sebelumnya, ABPBH tidak pernah melupakan perjuangan insan seni terdahulu dan kali ini Datuk Sheila Majid dipilih sebagai penerima, Anugerah Artis Sepanjang Hayat.

Satu lagi anugerah khas yang baru diwujudkan tahun ini bersempena ulang tahun Jubli Perak (25 tahun) ABPBH iaitu Anugerah Seri Perak, yang menghimpunkan kembali bekas Bintang Paling Popular bermula 1990 hingga 2010, menyaksikan Datuk Siti Nurhaliza dinobatkan pemenang.

SUMBER


Nota Kaki: Macam tak percaya Fizz Fairuz menang!!! Korang tengok tak gelagat Fizz Fairuz malam tadi....

5 comments:

  1. Salam Rose.Bestnya dapat kete!mahaiiii tuh!
    K.atie malam tadi layan bola jer... ARSENAL lwn MAN CITY ngan HB.hikhik

    ReplyDelete
  2. tahniah buat aaron
    beruntung isteri dia dpt daimond layiee
    tidur lenalahh di genting suami isteri nie ekekeke ;)

    aah ada jugak tgk fizz .. kesian lakk cam nak nangis pun ada .. sbb dia tuu setanding laki lisdawati tuu sape .. haa sepatutnya dah lama dpt award kan .. ekeke dia memang x sangka sbb dia cakap dia x der peminat ..

    sooo sweet ! .. ngeeeeeeeeee

    ps : dikk huhuhu tlg akk .. shout akk duk kat bwh rose .. konon2 nak tukar freebies dia tetiba jadi gitu .. x berani nak buat lebih2 takut banyak yg lari lagi huuhuhuh

    ReplyDelete
  3. x tgk pon mlm td lps maghrib trus zzzzz

    ReplyDelete
  4. menepati ramalan..heee

    Tahniah Aaron...

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠