Jom Kita Tengok Apa korang punya....
WANITA TANAH
Taurus ( 21 April - 20Mei ) , Virgo ( 24 Ogos - 23 Sept ) dan Capricon
( 22 Dis - 20 Jan )
Seorang yang boleh dijangka,berwibawa
dan praktikal penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman
dari segi emosi dan material.Semangat produktif dan gigih yang disertai
dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai
kejayaan dalam perniagaan Kebijaksanaan dan
kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi
yang pendiam dan tenang Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk
keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat
konservatif, serius dan sederhana Tidak mudah menunjukkan sifat
penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan
berwibawa
WANITA API
Aries ( 21 Mac - 20 April ) , Leo ( 24 Julai - 23
Ogos ) dan Sagittarius ( 23 Nov - 21 Dis ).
Dilahirkan
sebagai pemimpin Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima
pendapat orang lain walaupun ianya benar seorang yang artistik dan sukar
dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu mempunyai
personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi
sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat
yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. Suka berterus terang dan
tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan
terhiris. Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.
Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan
perhubungan itu terus berkesan. Tidak keberatan untuk beralih arah jika
berasa tertekan
WANITA ANGIN
Gemini ( 22 Mei - 21 Jun ) , Libra ( 24 Sept -23
Okt ) dan Aquarius ( 21 Jan - 19 Feb )
Berterus
terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek
kehidupan. Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan
inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai. Bergaya, tenang dan tidak
cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap
diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. Sanggup
mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian
dan mengelakkan perselisihan atau konflik. Sentiasa gigih untuk
mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi. Kurang cenderung
untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja
WANITA AIR
Cancer ( 22
Jun - 23 Julai ) , Scorpio ( 24 Okt - 22 Nov ) dan Pisces ( 20
Feb - 20 Mac )
Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang
maju .Mereka ini dipandu oleh perasaan hati .Mempunyai sifat mudah
bersimpati. Berdaya imaginatif sentimental Mempunyai perasaan yang
berubah-ubah,berhati-hati ,tenang dan mudah tersentuh oleh emosi
orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata
dalam sebarang situasi yang menyedihkan.Mudah mengikut rentak emosi
orang lain dan juga diri sendiri
P/S:Hari nie cuaca sungguh indah....
ha....korang yg mana hihihi...aku pisces kikiki
Jom Join SAYS Malaysia Dapat Free Rm 5.00